Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak, anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi. Bagaimana caranya? Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda.
Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatkan jalinan kasih sayang ibu bapa dan bayi. Cubalah!
1. Berborak dengan bayi anda bagi membantunya belajar cara berkomunikasi. Ulang perkataan yang disebut dan galakkan si manja apabila dia cuba untuk meniru suara anda.
2. Ajar bayi tentang anggota badan. Contohnya, tanya bayi anda, “Mana hidung, baby?” dan tunjukkan hidung si manja. Teruskan dengan menyebut dan menunjuk anggota tubuh badan bayi yang lain.
Ads
3. Menyanyikan lagu dan bertepuk tangan. Jika anda kerap berbuat begitu, si manja akan cuba untuk meniru pergerakan dan suara anda. Cara ini juga dapat membantu bayi mengembangkan kordinasi tangan-mata dan bahasanya.
4. Rangsang kordinasi tangan-mata bayi anda dengan memegang mainan yang berwarna-warni untuk digenggam oleh si manja.
5. Melakukan pelbagai memek muka seperti tersenyum lebar, menjelir lidah ataupun membuka mulut luas-luas. Selang beberapa bulan, anda akan lihat bayi anda meniru gaya anda.
6. Rangsang kordinasi dan kemahiran motor halus bayi dengan menyediakan objek yang kecil dan selamat untuk si manja ambil. Contohnya, anda bawa bayi duduk di luar rumah dan cabut rumput atau petik bunga. Si manja pasti akan seronok melakukannya.
7. Bacakannya buku cerita dan menunjuk kepada objek serta menyebutnya.
Ads
8. Jika bayi sudah boleh duduk, letakkan mainan di atas lantai dan rangsangnya untuk merangkak (bergerak) dan mencapai mainan tersebut.
9. Berikan bayi mainan blok ABC dan mintanya memasukkan blok ke dalam kotak acuan.
10. Main permainan “di mana barang tersembunyi”. Sorokkan barang yang berwarna terang di bawah kain atau di bawah pasir kinetik. Kemudian, anda boleh letakkan tangan bayi menyentuhi objek dan membantunya mencari barang yang disorokkan. Lama- kelamaan, dia boleh mencari barang tersebut sendiri tanpa bantuan anda.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan nak salahkan satu pihak sahaja tetapi sejak kebelakangan ini banyak kes membabitkan hubungan suami isteri dilaporkan. Jika dilihat pada matlamat awal perkahwinan masing-masing nak hubungan berkekalan namun kerana ada kesilapan, itu yang buatkan hubungan makin renggang.
Pesanan Imam Muda Hassan yang selalu berkongsi ilmu rumah tangga ini boleh dimanfaatkan bersama-sama agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia selamanya.
“Takkan senang orang yang menzalimi, dan takkan susah orang yang dizalimi”. Ini ungkapan seorang guru teman yang teman akan ingat sampai bila-bila.
Sabda Nabi SAW, doa orang yang dizalimi itu tergolong dalam golongan orang yang mustajab doa.
Walaupun luka hati seorang isteri sukar untuk dirawat, tapi cukuplah Allah sebagai tempat mengadu, Dia yang boleh menyembuhkan luka dalam hati.
Cukuplah seorang isteri mendoakan kebaikan buat suaminya, dan mendoakan juga kebaikan pada dirinya sendiri. Jika suami melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap isteri, mohon agar Allah tunjukkan kebenaran pada suaminya. Kadang-kadang kerana ego seorang suami, dia tidak nampak kesalahan dirinya, biarlah Allah jentik hatinya untuk dia tahu salah silap dirinya.
Isteri doalah, “Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik di sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya anak sulung ada keistimewaan tersendiri. Merekalah yang mengajar kita untuk menjadi ibu ayah serta mengajar kita erti kesabaran. Selain itu, kehadiran mereka mendidik ibu ayah untuk lebih matang dan bertanggung jawab.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif melalui penulisannya, terdapat beberapa fakta tentang anak sulung yang tidak ramai tahu. Biarpun perkongsian ini telah dibuat beberapa tahun lepas, tapi mungkin masih ada yang tak tahu tentang fakta menarik tentang anak sulung!
Ikuti penulisan ini.
+ Anak Sulung mempunyai IQ yang lebih tinggi
Kajian daripada University of Edinburgh mendapati anak pertama (first-born children) mempunyai IQ yang lebih tinggi
Ini kerana anak sulung mendapat perhatian ibubapa (quality parental attention) yang lebih berkualiti dibandingkan adik beradiknya semasa masih kecil
+ Anak Sulung lebih cenderung untuk jadi CEO syarikat
Kajian yang diterbitkan oleh IZA Institute of Labor Economics mendapati anak sulung lelaki 24% lebih cenderung menjawat jawatan CEO daripada anak nombor dua dan 28% lebih cenderung untuk menjawat jawatan CEO berbanding anak nombor dua.
+ Anak Sulung lebih penakut
Ada satu kajian yang dibuat pada tahun 1968 mendapati anak sulung ni lebih cenderung untuk tak terlibat dengan sukan berbahaya disebabkan takut dengan kecederaan fizikal.
Walau apa pun kajian tentang anak sulung, yang jelas perangai dan kelakuan anak sulung akan menjadi ‘references’ atau tempat rujuk adik beradiknya yang lain.
Semua mata akan tertumpu padanya. Adik-beradik akan tengok perangai anak pertama. Jiran jiran pun suka tengok perangai anak yang pertama. Mak ayah pun akan letak harapan yang lebih tinggi (higher expectations) pada anak pertama ni.
Jadi, tak mudah juga sebenarnya menjadi anak yang pertama ni sebab segunung tanggungjawab dan harapan orang di sekeliling yang terpaksa digalas di bahunya.
Cuma kita kena ingat, walau anak nombor berapa pun kita, kasih dan cinta kita pada mak ayah yang melahirkan kita tetap kena jadi yang pertama selepas Allah dan RasulNya.
Selain itu, anak sulung juga mempunyai kriteria seperti berikut:
KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang penuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.
Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
“Stres betul aku nak handle anak aku yang dah masuk fasa individuating ni. Abang dia dulu, senang je nak handle. Tapi, si adik ni lain macam plak aku tengok.”
“Eh..memang anak perempuan ni annoying ke compare to anak lelaki masa umur 2 ni?”
Haa…inilah antara perbualan yang biasa antara mak-mak bila masing-masing buka cerita masa umur anak 2 tahun.
Sebelum anda rasa stres tanpa tahu penyelesaian yang nak dilakukan, Ibu Rose (Pakar Keibubapaan & Kasih Sayang berkongsi tentang 4 jenis personaliti anak.
Jadi apabila dah kenal jenis personaliti anak, lebih mudahlah kita nak handle anak tu.
Cara anak itu mengendalikan fasa ini banyak bergantung kepada personaliti anak itu. Sebenarnya lebih tepat dikatakan meta-program. Namun, untuk memudahkan penerangan, Ibu guna perkataan personaliti, kerana ramai yang boleh faham maksud perkataan itu.
Jenis personaliti anak:
1-Ada yang kuat kehendak dan mahu dan mahu, maka anda akan mendapati, anak itu akan kuat meragam bila dia kecewa, tidak mendapat apa yang dia mahu. Dan mereka tidak kisah untuk menyatakannya dengan kuat supaya orang tahu. Selalunya yang begini, lebih mudah dipujuk dengan mengalihkan perhatiannya atau mengayakan dengan perkara yang lebih best.
2- Ada yang jenis susah untuk menyatakan kemahuannya dan mudah kecewa kerana dia tidak boleh menyatakan kemahuannya supaya difahami seperti yang dia mahu orang faham. Ini jenis anak yang sangat teliti dan lebih menekan ke dalam diri.
Namun, bila sudah tersimpan terlalu banyak, ini yang meletup dengan kuat. Anak yang begini lebih susah dikendalikan bila dia mengamuk kerana dia hanya fokus kepada apa yang dimahu. Kalau cakap atau gayakan benda lain pun tidak semudah yang pertama itu.
Yang begini, anda perlu sangat tenang dan jangan cuba hendak bercakap apa-apa dan mengharapkan dia akan faham. Jika kuat, peluk dia dengan kuat dan sebut dengan gentle bahawa dia dikasihi dan dia selamat.
Jika dia tidak mahu dipeluk, biarkan dia sedikit jauh dari anda namun ‘state’ diri anda mesti tenang dan penuh bertimbang rasa dengannya.
3- Yang satu lagi jenis ini, dia lebih mudah dipujuk dan digayakan dan dia lebih tenang. Namun, akan ada juga episod mengamuk dia jika dia terlalu letih.
Oleh itu pastikan dia tidak terlalu letih, atau lapar dan sentiasa memberi dia rasa selamat. Kerana anak ini mudah sedikit digayakan, maka ramai ibu bapa tidak sedar bahawa anak ini memendam rasa. Toys dia diberi sahaja kawan bermain tanpa meminta kebenaran dia, dia disuruh diam bila dia mula hendak menyatakan kemahuannya. Lantaran,kerana sudah terlalu banyak kekecewaan, dia akan meletup dan jika ini terjadi…nasiblah ibu bapa…rasalah monster anak itu keluar.
Oleh itu Ibu berpesan, jangan ambil sambil lewa anak yang begini dan ambil mudah perasaannya. Selalu peluk dan selalu berikan perhatian yang sewajarnya.
4- Anak yang sememangnya tidak mengamuk dan ibarat angel. Jika anda mendapat anak begini, memang bagaikan dapat emas orang kata. Namun, anak itu tetap melalui fasa ini. Oleh itu jika nampak dia mahukan dan menyatakan kemahuannya, lakukanlah yang sewajar. Jika boleh beri. Jika tidak boleh terangkan dengan baik dan ganti dengan benda lain.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam mendepani cabaran keibubapaan dengan lebih baik.