Kita sudah semakin menghampiri bulan Ramadan. Sudah tentunya sepanjang bulan kita berpuasa itu, kaum ibu akan cenderung mencari resipi kuih raya yang mudah untuk dicuba. Tambah pula sekarang masih dalam tempoh PKP, para ibu banyak masa untuk mencuba pelbagai jenis resipi.
Perkongsian dari Farisha Sofea ini pasti akan membuatkan para ibu teruja. Mana tidaknya, untuk menghasilkan kuih raya yang sedap dengan hanya dua bahan. Sudah tentu ramai yang mahu mencubanya! Cara untuk membuatnya juga tidak sukar.
Ikuti perkongsian resipi ini.
BISKUT SUSU VIRAL 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu pekat
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung di dalam bekas diikuti dengan susu pekat.
2. Tuang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh.
3. Kemudian ambil doh, bulatkan dan leperkan sedikit.
4. Susun dalam loyang yang telah digris atau dialas dengan baking paper.
5. Panaskan oven. Kemudian bolehlah dibakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
*Taburkan hiasan jika suka atau buat corak menggunakan garpu mengikut kreativiti masing-masing.
Nampaknya ramailah yang akan sukakan resipi ini. Selain mudah dibuat ia juga tidak renyah kerana hanya menggunakan dua bahan sahaja. Anak-anak juga pasti akan suka kerana ia berperisa susu. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI