Memberikan yang terbaik untuk si kecil adalah naluri semula jadi setiap ibu bapa. Soal pemakanan dan minuman bayi sering menjadi topik utama — salah satunya ialah, bolehkah bayi minum air mineral? Nampak bersih, dijual di pasar raya, dan “mineral” pula kedengaran sihat — tetapi adakah ia benar-benar selamat untuk bayi?
Mari kita fahami lebih mendalam isu ini daripada sudut perubatan, pemakanan dan keselamatan bayi.
Ads
Bahaya Memberi Air Terlalu Awal
1. Buah Pinggang Bayi Belum Matang
Buah pinggang bayi masih belum berkembang sepenuhnya, terutamanya dalam 6 bulan pertama kehidupan. Ia tidak mampu menapis air berlebihan atau mengendalikan elektrolit dengan cekap seperti orang dewasa.
Memberi air kosong terlalu awal boleh menyebabkan ketidakseimbangan garam (elektrolit) dalam badan bayi.
2. Risiko “Water Intoxication” (Keracunan Air)
Ya — bayi boleh mengalami keracunan air! Ini berlaku apabila bayi diberikan terlalu banyak air, dan ia menyebabkan pencairan sodium (natrium) dalam darah mereka.
Ads
Akibatnya:
Sel otak boleh membengkak
Bayi mengalami sawan, kelesuan, atau dalam kes ekstrem, kematian
Keracunan air pernah dilaporkan walaupun hanya selepas bayi diberi 2–3 oz air kosong dalam masa yang singkat!
Bila Baru Boleh Mulakan Air untuk Bayi?
Umur 6 bulan ke atas, apabila bayi sudah mula diberi makanan pelengkap (makanan pejal).
Ads
Ketika ini, air boleh diberikan dalam kuantiti kecil, biasanya selepas makan untuk bantu penghadaman dan elakkan sembelit.
Air bukan pengganti susu – bayi masih perlu susu sebagai sumber utama nutrien sehingga sekurang-kurangnya umur 1 tahun.
Walaupun air itu penting untuk hidup, ia bukan minuman sesuai untuk bayi kecil. Susu ibu atau susu formula adalah satu-satunya sumber cecair yang mereka perlukan sehingga mereka bersedia menerima makanan pejal.
Air bukan “kosong” untuk bayi — ia boleh membawa risiko jika diberi terlalu awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidur juga amat mustahak kepada perkembangan si manja, sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal. Jangan ambil mudah keperluan ini kerana kekurangannya boleh mempengaruhi perkembangan otaknya si kecil dalam jangka masa panjang.
Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka. Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.
BERAPA LAMA SI KECIL PERLU TIDUR SIANG?
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia lima tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.
5 SEBAB TIDUR PENTING UNTUK SI MANJA
1.Doktor percaya REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.
7 TIP SUPAYA ANAK TIDUR LEBIH BAIK
Ada 7 cara boleh anda cuba supaya si manja boleh tidur dengan cara lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata-kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa ‘down’ dengan kuantiti susu yang sedikit. Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup.
Biar sedikit tetapi mencukupi untuk bayi kita. Dietition Fizah Sobri berkongsi sebab bayi menangis dan bukan hanya disebabkan susu tak cukup semata-mata. Teruskan menyusu tanpa putus asa.
“Anak kau tu tak cukup susu, tu sebab asik nangis je” Mommies pernah dengar macam ini terutamanya waktu pantang.
“Bagi botol/air kanji nanti senyap la baby tu”.
Meh sini nak habaq, ingat baby nangis sebab lapar sahaja ke? Ada banyak sebab baby terutamanya newborn menangis. Antaranya:
1. Tidak berasa secure/selamat
Dah 9 bulan lebih duduk dalam rahim ibu, dengar denyutan jantung ibu, dalam suasana yang maintain 37°C tiba tiba kena keluar dari comfort rasa terbuka siapa tak takut. Antara sebab kenapa baby bila dibedung tak nangis sebab mereka rasa secure.
2. Suhu
Kalau mommy panas baby pun panas. Kalau mommy sejuk baby pun sejuk. Bezanya kalau mommy tak rasa selesa mommy boleh ubah sendiri, baby macam mana nak cakap? Menangis je la ye.
3. Mengantuk
Kena angkat sini, pass ke sana. Kena cubit pipi, kena cium satu muka. Macam mana si manja nak tidur? Mommies kalau tak cukup tidur pun bad mood kan. Baby lagila kan.
4. Sakit
Sakit kena gigit nyamuk ke, sakit bedung ketat sangat ke, sakit tersilap saiz diaper ke mesti baby nangis.
Ada banyak sebab selain lapar susu na. Mommies dont give up bila ada yang kata suruh tambah susu botol anak tak cukup minum susu badan.
Susu ibu sangat special dan supply mengikut demand baby, bukan kita tentukan.
Jika baby berat naik, berak tak sembelit, kencing kerap dan bukan kuning pekat, you are on the right track.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kita ada anak kecil ni, banyak perkara yang perlu kita titik beratkan. Pemakanan dan kesihatan mereka tiada kompromi. Ini kerana imun sistem mereka masih lemah dan dalam proses membina imun sistem yang lebih kuat.
Bagi pasangan yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, tentulah agak sukar untuk mengetahui sama ada si comel sakit atau tidak. Senarai di bawah diharap sedikit sebanyak dapat membantu.
Jika anak tidak mahu menyusu, tapi kita tengok dia sihat dan segar serta aktif, tak perlulah risau tapi jika bayi anda tidak mahu minum susu 2 sesi berturut-turut atau tidak minta penyusuan dalam tempoh 4 jam, anda perlu lakukan sesuatu
Tindakan:
– Periksa suhu badan untuk pastikan bayi tidak demam.
– Pastikan air diminum dengan banyak untuk mengelakkan dihidrat
– Berjumpa doktor dan dapatkan nasihat yang sewajarnya
Batuk mungkin tanda penyakit atau tindak balas tubuh badan terhadap sesuatu yang merangsang tekak atau salur udara. Batuk mengeluarkan kahak dari dalam dada dan lendir daripada saluran udara. Adakalanya anak akan muntah lepas batuk. Dan ia boleh berlanjutan sehingga berminghu-minggu. Risiko untuk mendapat pneumonia dan bronkitis sangat tinggi
Tindakan:
– Dapatkan diagnosis yang tepat daripada doktor
– Boleh lakukan rawatan semulajadi seperti sapu minyak bawang putih, letakkan hirisan lemon di tapak kaki atau cara yang sesuai dengan anak-anak.
Bayi menangis bukan hanya kerana lampinnya basah. Ia memberi isyarat kepada kita yang dirinya bermasalah. Tidak selesa ataupun sakit. Jika bayi anda menangis berterusan selama lebih kurang sejam atau tangisannya luar biasa, hubungi doktor dengan segera. Jika bayi menangis dan tidak dapat ditenangkan selama 2-3 jam setiap hari (tanpa menunjukkan tanda penyakit lain) dia mungkin alami kolik ataupun kembung perut.
Tindakan:
– Periksa suhu badannya
– Tanggalkan pakaian untuk melihat tanda-tanda lain seperti kembung perut dan kena gigit serangga.
– Tenangkan bayi dengan memeluknya erat dan beri susu (mungkin dia lapar)
Demam ni sebenarnya bukanlah sejenis penyakit, tetapi hanyalah petanda sesuatu penyakit. Kita boleh tentukan yang anak tu demam dengan memeriksa suhu badan anak.Anak kita tu dikatakan demam sekiranya suhu melebihi 37.5 celcius. Namun, bagi seorang bayi berusia 6 bulan ke bawah, suhu badan melebihi 37 Celcius adalah sangat serius. Jika suhu badan kekal tinggi, dikhuatiri berlaku kekejangan (fit)
Tindakan:
– Dapatkan diagnosis yang tepat tentang penyakit anak dari doktor
– Lakukan rawatan semulajadi untuk anak demam sebagai langkah tambahan.
Ini berlaku pada waktu malam dan ia membawa petanda yang tidak baik. Ini kerana bayi semakin sukar bernafas kerana masih gagal mempelajari teknik menyedut udara dengan betul dan keadaan ini boleh membawa maut. Si comel mungkin juga mengalami athma. Jangan tunggu lama ye.
Tindakan:
– Hindari bayi dari asap rokok atau ubat nyamuk
– Jaga kebersihan rumah
– Sentiasa wujudkan sistem pengudaraan yang baik dalam rumah anda.
Kebanyakan bayi akan muntah setelah meyusu, terutama sekiranya susu diberi terlalu banyak. Ia adalah perkara biasa kerana susu yang keluar semula tu mungkin disebabkan oleh angin yang terperangkap dalam perut bayi. Tapi kalau muntah berkali-kali dalam satu masa tu, ia mungkin tanda ada jangkitan
Tindakan:
– Periksa suhu badannya untuk pastikan anak demam atau tak.
– Rehatkan atas katil dan lapkan badan dengan tuala lembap.
– Berikan air minum (sekiranya anak dah lebih 6 bulan) untuk menghilangkan rasa loya dan bau susu yang dimuntahkan.
– Bawa berjumpa doktor jika perlu
Seperti demam, cirit-birit turut merupakan gejala sesuatu penyakit. Contohnya jangkitan kuman pada usus, keracunan makanan, gangguan penyerapan makanan dan sebagainya. Ada juga cirit yang disebabkan oleh ketidaksesuaian susu yang diberikan. Namum secara umumnya cirit-birit adalah tidak bahaya tetapi komplikasinya berupa dehidrasi itu yang menyebabkan anak dalam bahaya
Tindakan:
– Jangan beri anak sebarang makanan dan susu.
– Amalkan diet BRAT.
– Periksa suhu badan anak sama ada demam atau tak.
– Jika cirit lebih 6 jam, bawa segera ke hospital berhampiran.
Semoga dengan perkongsian ini dapat ibu bapa kenal pasti apakah tanda-tanda sikecil tidak sihat dan bagaimana cara mengatasinya. Walaupun Zarith lebih suka mengamalkan rawatan secara semulajadi, namun pemeriksaan doktor juga adalah sangat penting. Kita perlu dapatkan diagnosis yang tepat untuk penyakit anak kita sebelum memulakan sebarang rawatan secara semulajadi ini.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.