Memujuk anak memotong rambut tak mudah. Rambut umpama harta kesayangan bagi anak perempuan. Apa lagi yang menyimpan rambut yang panjang mengurai bak puteri kegemaran mereka.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @simpleajer turut membuatkan wargamaya rasa bersalah. Malah gelagat comel anak kecil ini yang menangis ketika dipotong rambutnya buat ramai terhibur.
Mana tidaknya, aksi comel anak kecil yang pada mulanya bersetuju untuk menggunting rambutnya kemudiannya diakhiri dengan tangisan.
Tangisan anak kecil itu yang seolah-olah tidak merelakan rambutnya dipotong buat si bapa rasa cukup bersalah.
“Wanita mempunyai emosi yang sangat complex,” tulisnya di kapsyen.
Kongsi bapanya, anak kecilnya itu pada mulanya cukup beriya untuk menggunting rambutnya namun kemudian menangis ketika rambutnya dipotong.
Ads
“Memula beriya ajak Daddy gunting rambut.
“Bila dah gunting menangis pulak. Mengusik jiwa betul. Daddy ke yang salah,” katanya lagi.
Menurut bapa ini, biar pun dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan namun dia masih gagal mengenal pasti emosi anak-anak kecil ini.
Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi cerita tentang dugaan yang dilaluinya dan penantian selama 10 tahun demi menimang cahaya mata. Sebelum ini Datuk Siti mengambil langkah untuk tidak bercerita tentang dugaan untuk mendapatkan Siti Aafiya.
Tidak dapat menahan sebak ketika bercerita tentang impiannya untuk mendapatkan cahaya mata, Datuk siti menitiskan air mata di hadapan pendakwah terkenal, Ebit Lew dalam satu program TV.
Video ini dimuatnaik oleh pembantunya di instagram. Antara pengalaman yang dikongsi oleh Datuk Siti ialah terpaksa menunggu zuriat selama 10 tahun walaupun pelbagai rawatan telah dilakukan.
“Masa tu saya dah kuat kerana tahun ke 10tahun adalah tahun satu yang saya rasa lamanyaa..”
“tapi saya dah positive saya dah fikirkan yang baik saja pada Allah kerana sebenarnya saya dah cuba macam-macam, ada orang cakap pergi berurut saya pergi, orang kata buat cara-cara tradisional saya buat, cara moden sebenarnya saya buat IVF ni dah 5 kali”
“Cuma saya tak cerita kat orang, sebab saya tak nak orang kata itu pun nak cerita. Ada orang tulis ada ‘duit banyak tapi tak nak usaha’ tapi sebenarnya saya berusaha cuma saya tak nak bagitahu je”. Sorry ea emosional sikit!
Ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka untuk mendapatkan zuriat. Bukan mudah, mereka juga berusaha dan mereka faham perasaan Datuk Siti. Hanya yang melaluinya sahaja memahami.
Bangga bila artis yang bukan saja hiburkan orang malah dapat bagi inspirasi pada orang, Moga DCT selalu dalam lindungan Allah.
Luaran nampak tenang happy tp dlm hati Allah je yg tahu kesedihan yg dilalui
Orang yang senasib mcm dato ct je paham
Saya menangis ketika melihat video ini karena ctdk yang alami seperti saya alami
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al-Masrie telah berkongsi tentang bagaimana beliau menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya.
Beliau yang sering berkongsi tentang tip keibubapaan menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya, Sheikh Adam & Sheikh Noah. Kata beliau, ia baik untuk memori dan sebaik-baiknya dilakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik.
Terdapat beberapa tema yang digunakan seperti warna, bendera negara, haiwan, perkataan dan lain-lain. Ia adalah untuk memahatkan perkataan di dalam memori. Ia sudah dilakukan beliau kepada dua anak perempuannya, Bella & Tasha.
Dari lahir sehingga usia 3 bulan, kad imbasan hitam putih pilihan yang baik untuk penglihatan. Bagi usia 2 tahun ke bawah, lakukan dengan cepat kerana daya tumpu anak singkat. Lakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik selama seminggu.
Dalam masa yang sama ibu bapa perlu memastikan anak selesa, dalam keadaan yang tidak lapar & mood yang baik. Tak perlu soal mereka, hanya bacakan kerana tujuannya ialah mengingati perkataan itu.
Untuk perkataan, abjad & bahasa asing, bacakan dengan kuat dengan nada yang melucukan. Berhenti bila anak kelihatan bosan.
Keputusannya akan dilihat pada masa akan datang. Ia akan meningkatkan daya tumpu, fokus dan stimulasi otak.
Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan kad imbasan kepada Adam & Noah. Tajuk yang dipilih ialah anatomi.
Pelik rasanya bila anak kecil kita kerap alami selesema malah tak juga sembuh walaupun diberikan ubat oleh doktor. Anak berhingus, berkahak dan selesama pada tempoh yang lama ditambah dengan suhu yang kurang stabil sebenarnya memberi petanda masalah infleunza. Namun ada beberapa perkara mama perlu kenal pasti bagi mengelakkan masalah ini berlarutan.
Menurut Dr. Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Consultant Paediatrician daripada KPJ Damansara Specialist Hospital, influenza sebenarnya berbeza daripada selesema biasa kerana ia melibatkan kesan keseluruhan pada tubuh anak-anak yang dijangkiti.
Bagaimana Boleh Berjangkit?
• Influenza ini boleh dijangkiti melalui titisan air yang tersebar melalui mulut dan hidung. Apabila seseorang batuk atau bersin, zarah virus itu juga tersebar ke alam sekitar dimana seseorang boleh terdedah terhadapnya. Selain itu, ia juga boleh merebak melalui tangan kita yang tercemar.
• Selsema boleh disebarkan melalui dua cara; orang yang dijangkiti boleh menjangkiti orang lain ataupun orang yang tidak dijangkiti boleh dijangkiti melalui menyentuh permukaan yang telah dicemar oleh yang dijangkiti virus itu kepada tubuh badan sendiri.
Orang sering mengatakan mereka menghidap selsema padahal ia sebenarnya mungkin influenza.
Apa perbezaannya?
• Influenza merupakan penyakit yang berbeza berbanding dengan selsema biasa.
• Tidak seperti selsema, influenza dalam kebanyakan kes adalah penyakit yang lebih teruk. Simptom-simptom termasuk demam (demam tinggi > 38 ° C) dan kelesuan, batuk, sakit tekak, dan sakit otot.
• Tanda-tanda awal lain termasuk sakit perut, sakit dada dan cirit-birit. Jangkitan ini boleh merebak dengan cepat kepada penyakit pernafasan yang teruk terutamanya individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.
• Secara umumnya selsema adalah penyakit kurang serius dan mempunyai kadar morbiditi dan kematian yang rendah risiko kematian dan komplikasi yang teruk.
• Keseluruhannya, influenza lebih berbahaya berbanding dengan selsema utamanya di kalangan kanak kanak dan golongan berisiko tinggi.
Terdapat kumpulan yang berisiko tinggi yang boleh terdedah dengan influenza. Kanak-kanak juga dianggap berisiko tinggi. Mengapa anak-anak tergolong ke dalam kategori ini?
• Kanak kanak berada dalam keadaan pertumbuhan yang dinamik di mana sel sel membiak dan juga sistem organ sedang berkembang dengan pesat.
• Selain itu, kanak kanak juga bernafas udara yang lebih banyak dan pengambilan makanan dan air dalam kuantiti yang lebih sesuai dengan kadar nisbah berat badan mereka.
• Sistem saraf pusat mereka, ketahanan diri, pencernaan dan sistem pembiakan lebih terdedah berbanding dengan orang dewasa. Pendedahan kepada toksin alam sekitar tertentu boleh mengakibatkan kerosakan kekal, dan menyebabkan penyakit semasa dewasa.
• Kanak kanak juga lebih terdedah kepada keadaan persekitaraan yang tidak sihat dan bahan yang merbahaya kerana mereka lebih kerap bermain berdekatan dengan lantai atau tanah terutamanya ketika tahun-tahun awal mereka dan mereka juga sering terdedah kepada aktiviti tangan-ke-mulut.
Bagaimanakah influenza memudaratkan kanak kanak?
Kanak-kanak terutamanya mereka yang berada dibawah umur 5 tahun merupakan golongan yang terdedah merupakan golongan yang berpotensi untuk dijangkiti dan mengalami sakit yang ketara dari virus influenza ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pengambilan vaksin influenza tahunan terhadap kanak-kanak yang berumur di antara 6 bulan ke 5 tahun.
Apa Mama Perlu Buat?
• Kenali tanda awal influenza dan fahami bagaimana ia berbeza dengan selsema biasa.
• Rujuk pada pakar untuk mendapatkan nasihat jika anda rasa anda mengalami tanda awal atau gejala seperti influenza.
• Terakhir dan paling penting ialah untuk menitik beratkan keadaan kesihatan anda dan sentiasa bersikap proaktif dalam melindungi anda dan yang tersayang daripada dijangkiti dengan mengambil vaksinasi influenza tersebut.
• Tambahan pula, adalah penting untuk tidak mengambil ringan terhadap kepentingan menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sebetulnya demi menghalang pembiakan dan penyebaran penyakit ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.