Keibubapaan

“Daddy Ke Yang Salah” Mula-Mula Setuju, Bapa Serba Salah Anak Menangis Lepas Potong Rambut!

Share

Memujuk anak memotong rambut tak mudah. Rambut umpama harta kesayangan bagi anak perempuan. Apa lagi yang menyimpan rambut yang panjang mengurai bak puteri kegemaran mereka.

Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @simpleajer turut membuatkan wargamaya rasa bersalah. Malah gelagat comel anak kecil ini yang menangis ketika dipotong rambutnya buat ramai terhibur.

Mana tidaknya, aksi comel anak kecil yang pada mulanya bersetuju untuk menggunting rambutnya kemudiannya diakhiri dengan tangisan.

Tangisan anak kecil itu yang seolah-olah tidak merelakan rambutnya dipotong buat si bapa rasa cukup bersalah.

“Wanita mempunyai emosi yang sangat complex,” tulisnya di kapsyen.

Kongsi bapanya, anak kecilnya itu pada mulanya cukup beriya untuk menggunting rambutnya namun kemudian menangis ketika rambutnya dipotong.

“Memula beriya ajak Daddy gunting rambut.

“Bila dah gunting menangis pulak. Mengusik jiwa betul. Daddy ke yang salah,” katanya lagi.

Menurut bapa ini, biar pun dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan namun dia masih gagal mengenal pasti emosi anak-anak kecil ini.

MENARIK:

Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!  

Mahu Zurafah & Harimau, Sambutan Birthday 2 Tahun Anak Fazura Meriah, Rupanya Fatima Pilih Sendiri!

Paw Daddy Beli Mainan Berjaya, Dah Pandai Minta Toys Sendiri, Ramai Suka Fatima Teruja Shopping!

Bahkan katanya lagi sehingga kini dia juga tidak dapat mengenal pasti emosi tertentu dalam situasi berbeza.

Dalam pada itu, video yang dikongsikan ini menerima pelbagai reaksi dari wargamaya.

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Tik Tok @simpleajer

IKLAN