Walau pun sudah mencecah usia 7 bulan, pelakon Betty Rahmad tidak melepaskan peluang membawa anaknya untuj ditahnik oleh ulama terkenal, Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.
Tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya. Ia adalah sunnah.
Menerusi kemaskini Instagram miliknya, Betty melahirkan kesyukuran kerana anaknya, Ardy Wira berpeluang untuk bertahnik walaupun sudah memiliki 8 batang gigi.
Ads
“Alhamdulillah rezeki @ardywira_ dapat ditahnik dengan ulama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid harini walaupun dah ada 8 gigi syukur masih ada rezeki kamu.
Namun momen yang melucukan turut dinyatakan Betty di mana Wira telah menggigit jari Habib Ali Zainal Abidin.
“Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mummy dan daddy.”
Ramai peminat yang mengatakan beruntungnya anak kecil ini ditahnik oleh ulama tersohor itu.
Ads
“Untung nya dpt di pegang ulama..semoga jadi soleh dan ustaz.” @sweetdara_stokis_kl
“Alhamdulillah..rezeki @ardywira_ ..? sama mcm ank i .alhamdulillah dpt ditahnik kan dgn ulama habib ali zainal. Semoga mnjadi ank yg soleh dan sentiasa disayangi ramai @ardywira_ . “ @dylafadyla
Ada ibu ayah yang sangat rapat dengan anak-anaknya. Nak bermesra dengan kasih sayang, perkara biasa bagi mereka. Setiap hari, ada saja jenaka, cerita dan gurauan yang dikongsi bersama.
Ada juga ibu ayah yang terlalu sibuk dengan kerja atau hanya banyak buat urusan sendiri. Maka hubungan dengan anak kaku dan jauh, sehingga nak cium dan belai anak pun tiada masa dan tak biasa.
Jika keadaan begini berterusan, bersedialah menghadapi saat tua yang sunyi, saat kita pula memerlukan perhatian, saat gajet dan hiburan tidak lagi boleh mengisi kekosongan hati. Kita pasti mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak.
Allahuakbar. Teringat sebuah kisah di dalam hadis sahih, Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu rutin yang indah bagi sebuah keluarga.
Maksudnya: “Sekelompok orang Badwi datang menemui Rasulullah SAW, mereka berkata, “Apakah kalian mencium anak-anak kalian?” Para sahabat menjawab, “Ya.” Maka orang-orang Arab Badwi itu berkata, “Demi Allah, kami tidak pernah melakukannya.” Maka Nabi SAW bersabda: “Aku memiliki apa yang telah Allah hilangkan dari sikap kasih sayang kalian.” (HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Subhanallah. Alangkah indahnya sebuah keluarga yang sering menzahirkan kasih sayang sesama mereka. Bergurau-senda, bermanis muka dan berdakapan penuh mesra menjadi resepi bahagia.
Mudah-mudahan ini menjadi asbab dalam menyuburkan kasih sayang kita sekeluarga hingga ke syurga. Allahumma Ameen.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak mula berusia 2 tahun ke atas, ibu bapa dah terfikir untuk bagi anak bebas lampin. Cuma yang risaunya, takut anak terkucil atau membuang air besar di merata-tempat.
Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Elina Fatini, cara dia melatih anaknya sangat mudah dan boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain.
Masa Mayra umur 3 tahun kami start hantar dia ke playschool. Untuk mudahkan urusan Aunty (teacher) dia dekat sekolah, kami cuba untuk potty train awal-awal.
Proses ni tak senang ya. Tapi kali pertama dia dapat pee dan poopoo sendiri dekat toilet is the best feeling ever la! Sampai mengalir air mata terharu. Siap bersorak dekat anak depan pintu tandas. Yeayy!
Semua ibu bapa sudah dan akan lalu proses ni. Dan pengalaman setiap orang tu tak sama.
Mula-mula saya start dengan buang air besar dulu. Nampak je dia tengah meneran tu terus angkat pergi toilet. Yang buang air kecil ni susah sikit.
Start cuti sekolah tu bermulalah potty train ni.
First day.. fuhh mummy yang tak kuat penat, lelah, serabut, geram. Semuanya ada. Kurang buat research dan tak ready dari segi mental adalah antara puncanya.
So saya stop dan mula balik bulan depannya. Sebab dah start expose bulan lepas, Mayra pass lepas 3 hari potty training. Alhamdulillah.
Lain anak lain cara nya. Antara tips yang saya boleh kongsi ikut pengalaman sendiri ialah:
1. Ibu kuatkan mental!
Ni yang paling penting. Saya putus asa sebab ni la penat nak cuci kalau anak terbabas. Rasa nak marah. Padahal kita yang tak bersedia. Anak tu tak bersalah pun. Kesian dia kena marah.
2. Sentiasa pesan kat anak.
Kalau boleh bagitau anak, nanti nak pee pergi toilet, nak poo pergi toilet ya. Setiap 10 minit pesan pun takpe. Jangan jemu. Inshaallah. Berkesan sangat.
3. Belikan tempat toilet comel-comel untuk dia.
Supaya dia tak takut dan seronok ke toilet. Kalau Mayra saya beli tempat duduk yang kecik tu. Tu pun dia pakai sekejap je.
Lepas tu dia dah boleh duduk dekat sit toilet biasa. Risauu takut jatuh mula-mula tu. Tapi lama-lama okey je.
4. Simpan semua karpet.
Senang nk detect dia kalau terbabas & senang lah nak cuci. Sediakan juga alat mencuci kat satu tempat. Macam tisu, kain buruk, kain mop, air sabun dan sebagainya.
5. Take note pukul berapa dia pee & poo.
Kalau boleh gantung whiteboard satu dekat pintu toilet tu, catit berapa minit sekali dia nak ke tandas. Dari situ kita boleh agak pukul berapa pulak lepas ni.
6. Buat bila betul-betul free & ready.
Kalau yang surirumah senang sikit. Tapi kalau yang bekerja tu buat masa weekend dan kalau perlu ambil cuti untuk fokus proses ni.
7. Kejut anak waktu malam untuk ke tandas
Sediakan alas bawah katil, senang nak cuci. Beli yang ringan. Saya dulu beli sarung cadar yang berat so susah sikitla.
Yang penting kena sangat sabar dan jangan stress dengan anak-anak. Dia pun tengah dalam proses untuk belajar. Jangan lupa kita dulu-dulu pun macam ni juga masa kecik hehe
Kerjasama dengan partner untuk sama-sama cuci dan saling memberi semangat.
Ada mak ayah yang merungut bila mana dikurniakan semua anak perempuan dan terus berusaha memiliki anak lelaki.
Jangan sesekali merasa kecewa atau juga rendah diri tanpa kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga bahagia anda. Sebenarnya anda patut rasa bangga.
Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlakdirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakanwalaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!