Sebelum ini, ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan kerana, wajah kanak-kanak comel yang menghiasi botol berkenaan merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.
Ujar ibunya yang dikenali sebagai Fatimah Abdullah, dia mula membawa anaknya itu hadir ke sesi uji bakat ketika berusia tiga tahun lagi. Ibu Madihah juga akui bahawa dia tidak sangka rezeki untuk menjadi penghias jenama berkenaan berpihak kepada anaknya itu.
Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 25 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.
Ads
Madihah turut gemar bermekap dan sangat suka belajar mekap menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara mekap dengan betul.
Ads
Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.
Ads
Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai lebih 40 ribu followers.
“Sayalah pejuang Covid” begitulah gambaran yang dapat diberikan oleh si ibu apabila bayi berusia 4 bulan ketika positif Covid-19 sebulan yang lalu. Lebih menyedihkan apabila mereka sekeluarga seramai 16 orang disahkan positif Covid-19.
Ibu saudara kepada bayi tersebut tampil mencerita pengalaman bagaimana mereka sekeluarga diuji dengan virus ini. Dia juga menasihati agar lebih berjaga-jaga kerana virus ini sangat menyakitkan dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.
Boleh share sy izinkan untuk create awareness Covid fighter 1 family
16 org positif 1 meninggal (mak) Kluster permatang
Maaf banyak gambar di hospital mira dah padam.
Assalamualaikum semua,hari ni genap 20 hari mira di hospital sebab covid,mira da janji dengan semua nak cerita semua kan..ya mira tepati hari ni…harap boleh ambil iktibar dan pengajaran.maaf jika penulisan mira kacau bilau..mira cuba..
22/10/2020
Mak masuk icu
Sebab kaki mak bengkak teruk,overload fluid doc kata
23/10/2020
Katanya mak kena kuarantin sbb ada kes..xpasti buat swab test result negatif.
26/10/2020
Besday mak,aku sambut beli bouquet,beli rantai emas kat mak,sebab kali terakhir mak datang ipoh,mak cakap mak teringin nak rantai emas,sedih sgt mak tak sempat pun pakai,malam.tu mak nak fries mcd..mak mkn skit ja,mak kata teringin..tapi mak makan 2 3 fries saja 😭
27/10/2020
Mak masuk icu balik sebab pnafasan mak xok,mak kt icu tp mak nak mee sotong plak,abg beli mee sotong,kak ipar suapkan mak,kmi kena gilir2 naik sbb plawat hanya 2 jam bole jumpa 2 org skli.kami ank2 kena jumpa doc2 mak,sakit mak kami terpaksa rahsiakan p&c
29/10/2020
Mak dah intubate,atas keizinan kami semua,sempat aku cium mak sblm intubate,mintak ampun dengan mak..belai2 mak.rupanya tu kali terakhir dpt syg mak.cium.makk. 😭😭
30/10/2020
Mak dah koma,keadaan mak dah kritikal,doc mintak kami skeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak.
Balik tu semua dalam keadaan letih,masa ni aku dgn abg lg sorg dah ada simptom batuk dan demam.
31/10/2020
Abang aku pagi2 dah call,bgtaw mak positif covid utk swab test ke2,hanya Allah saja tahu perasaan aku,meraung nangis2,aku taw dgn keadaan mak yg kritikal,hrpn mak nak baik sgt2 tipis,mak kena transfer ke icu gh penang,makanya tercetus la.kluster permatang dari mak aku,sbnrnya kmi pn xthu dtg dri mana,ssungguhnya soalan ni xmmpu aku jwb,sbb covid tu kta xnmpk…klu nmpk snang aku bgtaw dtg dri sapa..
Kak ipar aku org 1st swab mmandangkan dia mmg keja hosp.jd dia pling pantas swab sbb mmg dia tgh kerja time tu,kami plak kena swab
2/11..kak ipar dapat result hari yang sama jgk,sbb contact rapat,jd positif dan ambulan pun dtg ambil.time ni org kata dia pncetus..ksian dia..dia pn xtaw apa2..kmi pn xthu dri sapa kmi dpt..covid ni merata ada dlm komuniti kta skrg.asbab mak aku positif smua buat cerita bukan2..xapala..kmi redha..ni ujian buat kmi
1/11/2020
Abg aku no 3 pegi swab test,sbb simptom dia smkin trok..kmi plak kkm mtk swab test 2/11..utk depa prepare kmi kluarga bsr utk swab test..
Abg aku pn positif mlm tu jgk ambulance dtg ambil..
2/11
1 family aku ke kk kulim utk swab test
Simptom aku pling trok
Batuk,demam on off,muntah,sakit dada macam kena tumbuk,nafas xlepas,aku xtggu result dah,mlm tu jgk aku serah diri kt hospital kulim sbb aku xleh bnafas,dlm brapa jam.hosp kulim transfer aku ke hosp sultanah bahiyah alor star
3/11/2020-5/11/2020
Suhu aku 39,oxygen aku xcntik.kena tambah darah sbb hb jd 7,kena pakai gas,malam tu jugak aku kena transfer icu HSB baru,oxygen aku drop trok.malam tu jgk doc buat penerangan nak intubate aku.dia mtk no suami aku utk inform smua in detail..aku dah ngis2 merayu kt doc..xnk kna intubate mcm mak,aku msih bole lawan.aku nk cuba lawan..
6/11/2020
Abg aku plak ke icu,sama stuasi mcm aku,oxygen drop,ssungguhnya covid ni sgt jahat,mcm2 dia serang aku n abg aku..sementara tu family aku skit demi skit kena hntr ke HSB lama sbb positif..baby 4 bln ank kakak aku pn positif 😭
8/11/2020
9.13 pagi,mak dah meninggalkan kami untuk selamanya,mak dah lawan 8 hari,mak dah xmmpu,..mak dah penat,pling sedih buat keluarga aku,kmi sorg pn xbole blek tgk mak,smua kt hosp sbb covid,tggl suami dgn ank2 buah 3 org ja ngatif,tp xbole kluar sbb kuarantin,sedih sgt.pakai wakil buat pngecaman jenazah mak,kubur pn xbole tgk.smoga mak tenang dsana..Al-fatihah
Dan aku di icu selama 2 mggu,berperang dengan sakit,kena isolate sorg2 dlm blik,sdgkan org lain kt icu dduk luar katil bnyk2.boleh kata cond aku sgt2 xok.bole refer post2 di gambar..penat 2 mggu tu Allah sja thu..hri2 aku bperang sgn sakit.
16/11/2020
Alhamdulillah akhirnya aku recover,dah kena transfer ke hsb lama..wad biasa,skarang dlm proses recover,dpt dduk sblh suami..dia positif swab test ke2 hri ke 14..ank2 buah 3 org tu power..smpai skrg ngatif..immune pling power
21/11/2020
Hri ke 20,doc cakap klu 21 hari aku bole.balik dh,mudah2an amin,1 je nk pesan buat org dluar sana..bila ada teman2 sdara mara kena c0vid,shrusnya kita support emosi diorg,bukan kta tokok tambah cerita,buat fitnah yg xbtl psl org positif,nk thu dgn skit je cerita tmbh2 ni bole buat emosi psakit down,sbb tu psakit covid jika ada fmly depa bg dok 1 fmly utk support emosi sesama kmi..
Alhamdulillah family aku skrg smua dh ngatif
Abg aku,kak ipar discaj esok..aku n suami maybe ahad ni.
Lain2 smua awl lg dh discaj..recover cepat.covid ni xda ubat pn bg yg xda simptom..bg aku yg dok icu..ada ubat2 yg aku dpt..xbole bg information p&c.
Aku hrp kwn2 kt luar sana,follow lah sop,tak penting xperlu keluar,aku xcerita detail sgt spnjg aku sakit,p&c..apa aku ckp..covid ni real..mmg sakit sgt,xbole nk ucap perasaan sakit tu mcm mana,Allah maha mengetahui,stop spreading false news,stop la fitnah pesakit2 covid,selagi kta x kena,kta xrasa siksa tu macam mana..jd tlg la bg moral support kt mereka..itu shj dh ckup.
Terima kasih buat smua staff nurse/doktor2 icu hospital sultanah bahiyah yang menjaga aku dengan baik skli,mndikan aku,urut aku,sikat rmbut aku,ikat rmbut aku..ya Allah baik sgt depa,kalah hosp swasta taw 😭
Terima kasih staff nurse dan doktor hspital sultanah bahiyah lama sbb jaga aku sepanjang kat wad biasa..alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa.aku hrp aku mmpu tlg depa dgn bg awareness kt smua org psl covid.
Family is everything bila jd cmni kmi sling mnyayangi,saling support sesama kami,mgkin ksih syg mak buat kami adik bradik rpt mcm ni..
Al-fatihah mak rogayah bt md desa
Sehingga hari ni msih blm tgk kubur mak
Rindu yang tak terucap…
22/11/2020
Alhamdulillah hari ni mira dan suami dah boleh dischaged 21 hri dsni bnyk sgt kenangan manis,sedih,happy,maka berakhirlah 16 org keluarga kami dri covid,terima kasih pada semua yang mendoakan keluarga mira,
TERIMA KASIH buat semua doktor2 staff2 nurse,staff2 HSB LAMA BLOK i
TERIMA KASIH buat semua doktor2 staff2 nurse,staff2 ICU HSB (will miss teh o panas akak2 nurse buat selama 2 minggu)
TERIMA KASIH buat semua doktor2 staff2 nurse HOSPITAL KULIM
TERIMA KASIH buat NGO KILANG KULIM,
TERIMA KASIH JIRAN2 DI KULIM UTAMA
TERIMA KASIH BUAT KELUARGA CIKMAT Nk Hanis SKELUARGA BNYK MMBANTU KAMI,
TERIMA KASIH KAWAN2 KAMI YG BANYAK BG SMGT
TERIMA KASIH JIRAN2 TNB YG XPTUS BG SMGT.
TERIMA KASIH BUAT SEMUA JGK.MAAF JIKA ADA TERCICIR NAMA..MOHON MAAF
Terima kasih buat semua yg banyak mmbantu kmi,dri semua segi,dari support emosi kami skeluarga,bagi kata2 smgt
Sesungguhnya covid tu bkn 1 teori atau konspirasi,sy sndri alami kesakitan,sndri tgk frontliner2 kta bkerja keras nak kami baik,berpeluh lencun di sebalik ppe mereka..hargailah mereka..covid tu kta xnmpk,maka kta kena jaga sop,xpnting xperlu kluar,jaga jarak 1 meter,pakai mask,cuci tangan skerap mgkin,sntiasa sanitize..
Love u all..❤❤❤❤ tak sabar nak ke kubur mak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Pihak kerajaan akan sentiasa memastikan bekalan bahan makanan sentiasa ada dan mencukupi, tidak perlu panik dan tergesa-gesa untuk membeli stok bahan makanan” ini adalah antara ucapan dalam sidang media berkaitan keadaan negara akibat Covid-19 sebentar tadi.
“Saya tahu ramai yang mula panik dengan situasi sekarang dan mula membuat pembelian secara panik, tetapi jangan risau kerana sumber makanan seperti ikan, sayur dan juga bahan makanan lain akan sentiasa ada, cukup dan kedai tetap akan beroperasi seperti biasa”.
Rata-rata mula panik setelah satu poster tersebar berkenaan tempoh berkurung ‘lock down’. Ramai yang membuat pembelian secara panik di pasaraya bermula semalam sehingga harini.
Beberapa keping gambar tular di media sosial hari ini dimana rakyat malaysia membuat pembelian secara panik (panik buying) akibat penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan.
Rakyat Malaysia dinasihati supaya bertenang dan patuhi langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kasih sayang seorang abang terhadap adiknya yang baru berusia 1 tahun. Difahamkan, baby Daffrel (1 tahun) menghidap penyakit sawan.
Dalam video tersebut jelas terlihat kasih sayang si abang yang menangis melihat adik kesakitan dan jika diberi pilihan dia yang ingin menanggung kesakitan adiknya. Hebat didikan si ibu membuatkan ramai warga maya sebak selepas menonton video pendek tersebut.
Video ringkas yang sempat dirakam sementara menunggu ambulans sampai.
Sebelum video ni dirakam, danish peluk aku dan nangis sambil cakap kat aku:
“Kenapa bukan abang yang jatuh ma? Kenapa adik yang jatuh?”
“Kenapa daffrel yang kena? Daffrel takde apa apa dosa pun ma”
“Abang jaga adik dari dia lahir dari dia belum ada sawan sampai sekarang. Sampai sekarang abang tunggu adik sihat, tiba tiba jadi macam ni”
“Macam mana abang nak sabar, ni adik abang. Abang tak sanggup tengok dia sakit. Abang sakit takpe, jangan adik abang”
“Kalau kita sekeluarga tengah makan, adik kena sawan masa tu, abang sanggup cuci tangan jaga adik. Abang taknak adik kena sawan kuat”
“Abang sanggup korbankan masa main abang untuk jaga adik. Abang sanggup korbankan masa belajar abang demi jaga adik”
Dan banyak lagi kata kata danish yang buat aku luluh. Aku nangis tengok daffrel luka, tapi aku lebih berjurai air mata tengok danish nangis sambil peluk aku dan keluarkan kata kata macam tu. Aku tak sangka sekuat tu dia sayangkan adik dia😭😭
Ini ketika di hospital, buatkan susu untuk adik.
Menurut Puan Norazimah, anak sulungnya, Danish memang sangat sayangkan adik bongsunya dan akan menjaga adik jika adik di serang sawan. Malah Danish tidak kekok menjaga adiknya yang masih kecil.
Rata-rata warga maya terharu melihat video yang dikongsi dan mendoakan kesembuhan baby Daffrel.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!