Ainul Mardhiah semakin menunjukkan perkembangan positif. Ayahnya Ahmad Safiuddin menyampaikan khabar gembira Ainul kini sudah membuka mata.

Ainul yang menjalani pembedahan berisiko tinggi selama 5 jam Isnin lalu bagi membuang ketumbuhan seberat 200gram. Bayi yang kuat, Ainul setiap hari menunjukkan perkembangan yang baik.

Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari
Keadan Ainul ketika mula sedar selepas pembedahan.

BAKAL DIPINDAHKAN KE WAD BIASA

Ainul, 10 bulan menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia. Si kecil ini dikhabarkan bakal dipindahkan ke wad biasa pada hari ini.

Selain itu, ayahnya juga turut bercerita tentang gelagat Ainul di wad. Dia kini tidak lagi meronta untuk mengeluarkan tangan, sebaliknya tidur lebih lena apabila kedua belah tangannya dikeluarkan.

“Hari ini Ainul betul-betul buka mata. InshaAllah, hari ini Ainul kembali semula ke wad biasanya. Nurse-nurse yang menjaganya pun dah tak sabar nak tunggu Ainul balik wad.

“Kalau kita dapat lihat, tangan Ainul di luarkan?

“Ini lah Ainul Mardhiah yang sebenar.

“Dua hari lepas, setelah Ainul sedar dari pembedahan, perkara pertama yang dia buat adalah cuba nak keluarkan tangan dia dari balutan tu. Bukan main lagi dia meronta-ronta nak keluarkan tangan ?

“Hari ni, nurse biar kan je dia keluarkan tangan. Sebab bila dia keluar tangan macam ni, dia senyap. Kalau di balut, memang tak tidur lah dia jawabnya.

“Ainul ni dulu masa di rumah, paling tak suka selimut. Kalau selimutkan dia, esok pagi tengok-tengok selimut dah jatuh bawah kaki.”

Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari
Ainul selepas pembedahan.

WARGANET MENDOAKAN

Warganet terus mendoakan Ainul Mardhiah agar pulih dan sembuh. Ada juga yang turut sebak melihatkan perkembangan Ainul.

IKLAN

Ada juga yang memohon agar ibu dan ayah Ainul berehat dan memelihara kesihatan walau pun sedang sibuk menjaga permata hati mereka itu.

Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari

Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari

IKLAN

Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari

Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari Dah Betul-Betul Buka Mata, Ayah Ibu Kongsi Ainul Tak Meronta & Cuba Hisap Jari

HISAP JARI & MENOLEH

Dalam perkembangan terbaru, mama Ainul, Nurul Erwani berkongsi video Ainul cuba untuk menghisap jari dan menoleh ke kiri dan ke kanan.

IKLAN

“Ainul jalan jalan dalam hospital tadi. Dah boleh masuk wad biasa ? Seronok dia nak hisap jari tengok kiri kanan❤️

“Sayang Ainul?.”

Sumber: Ahmad Safiuddin _nrlerwani

Artikel berkaitan: [Ambil Masa Bawa Ainul Balik Malaysia. Lepas Ni Akan Ada Fasa Belajar Makan Guna Mulut]

[Hadiahkan Senyuman Untuk Jururawat & Borak Dengan Mama; Ramai Teruja, Doa Ainul Cepat Sembuh]

[Hebatnya Perjalanan Ainul Mardhiah. Dari Tiada Harapan Kuasa Doa Mengatasi Segalanya]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI