Senyuman yang terukir mencairkan siapa sahaja yang melihat. Ainul Mardhiah, bayi 10 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor makin menunjukkan perkembangan yang baik selepas pembedahan. Semua mahukan Ainul cepat sembuh.
Ainul yang menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200gram yang memakan masa 5 jam Isnin lalu dikhabarkan menunjukkan kemajuan positif.
Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram, Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga dua hari selepas pembedahan.
Ainul juga memberikan respons baik semasa sesi ‘borak-borak’ dengan mamanya. Malah Nurul Erwani turut menyatakan hasrat untuk mengajar permata hatinya itu bertutur tak lama lagi.
Ads
Rabu, 12 Jun 19 London, 9:00 malam.
“Alhamdulillah keadaan Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga. Baru lepas berborak dengan Ainul tadi.
“Nurse pun beritahu Ainul baik harini, dah senyum senyum dekat nurse?. Nanti mama ajar Ainul cakap sikit sikit ya.”
❤️❤️❤️
Follower melahirkan keterujaan, gembira dan bersyukur atas perkembangan positif yang ditunjukkan Ainul. Ainul dihujani doa daripada warganet dan berharap Ainul pulih segera daripada pembedahan dan kanser yang dialami sembuh.
Momen bila anak mula berjalan, ibu pasti akan mudah tersentuh. Pasti akan merasakan betapa cepatnya masa berlalu kini anak yang dikandung sudah mencapat satu milestone baru.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam kemaskini Instagram berkongsi tentang buah hati kecilnya Siti Aafiyah yang kini sudah berjalan laju pada usia 1 tahun 3 bulan.
Ibu penyayang ini mengucapkan kesyukuran atas perkembangan anaknya dan turut memaklumkan yang Aafiyah tidak lagi mahu dipegang semasa berjalan. Malah tidak lagi minta dibuka apabila dipakaikan tudung.
Paling lucu, penyanyi nombor 1 Malaysia ini turut memberitahu Aafiyah berjalan tanpa berhenti.
Demam selepas bersalin, adakah bahaya kepada ibu? Demam selepas bersalin atau ‘postpartum fever’ adalah satu keadaan yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu selepas melahirkan anak.
Keadaan ini boleh menimbulkan kebimbangan kerana ia mungkin menandakan adanya jangkitan atau komplikasi lain. Ketahui punca, tanda-tanda, dan tindakan yang perlu diambil jika mengalami demam selepas bersalin.
Punca Demam Selepas Bersalin
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan demam selepas bersalin, termasuk:
Jangkitan Rahim (Endometritis)
Jangkitan pada lapisan rahim adalah punca utama demam selepas bersalin. Ia boleh berlaku jika terdapat sisa plasenta yang tertinggal atau jika terdapat jangkitan bakteria semasa proses kelahiran.
Jangkitan Luka Episiotomi atau Cesarean
Luka akibat episiotomi (luka yang dibuat untuk memudahkan kelahiran) atau pembedahan cesarean boleh dijangkiti bakteria, menyebabkan demam dan rasa sakit.
Mastitis
Jangkitan pada payudara, yang dikenali sebagai mastitis, juga boleh menyebabkan demam. Ia biasanya disebabkan oleh penyumbatan saluran susu atau jangkitan bakteria.
Jangkitan Saluran Kencing
Kencing yang tidak lancar atau penggunaan kateter semasa proses kelahiran boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, yang juga boleh menyebabkan demam.
Tanda-tanda Demam Selepas Bersalin
Tanda-tanda demam selepas bersalin boleh berbeza-beza bergantung kepada punca demam tersebut. Namun, beberapa tanda umum termasuk:
*Suhu badan yang melebihi 38°C (100.4°F)
*Menggigil atau berpeluh
*Sakit di bahagian perut atau pelvis
*Pelepasan vagina yang berbau tidak menyenangkan
*Kemerahan, bengkak, atau nanah di sekitar luka episiotomi atau cesarean
*Sakit atau bengkak pada payudara
*Kencing yang sakit atau kerap
Adakah Bahaya kepada Ibu?
Demam selepas bersalin boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan yang serius jika tidak dirawat dengan segera. Jangkitan yang tidak dirawat boleh merebak dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk, seperti sepsis, yang boleh mengancam nyawa.
Oleh itu, adalah penting untuk ibu yang mengalami demam selepas bersalin untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
Jika seorang ibu mengalami demam selepas bersalin, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
Dapatkan Rawatan Perubatan Segera
Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai. Doktor mungkin akan melakukan ujian darah, air kencing, atau imbasan untuk mengenalpasti punca demam.
Mengambil Antibiotik
Jika jangkitan bakteria dikenal pasti, doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan tersebut. Penting untuk mengambil antibiotik mengikut arahan doktor sehingga habis.
Menguruskan Luka dengan Baik
Pastikan luka episiotomi atau cesarean dijaga dengan baik, bersih, dan kering. Ikuti arahan penjagaan luka yang diberikan oleh doktor.
Pemeriksaan Payudara
Periksa payudara secara berkala untuk tanda-tanda mastitis dan pastikan bayi menyusu dengan baik untuk mengelakkan penyumbatan saluran susu.
Demam selepas bersalin bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan. Ia mungkin menandakan adanya jangkitan atau komplikasi yang memerlukan perhatian perubatan segera. Ibu yang mengalami demam selepas bersalin perlu mendapatkan rawatan segera untuk memastikan kesihatan mereka tidak terjejas. Dengan tindakan yang cepat dan penjagaan yang betul, kebanyakan komplikasi selepas bersalin boleh dirawat dengan berkesan.
Tarikh 6 julai 2019 pasti akan sentiasa menjadi ingatan buat Nurul Ashiqin Abd Rahman, 29 tahun dan pasangannya. Pada Tarikh itulah anak sulungnya Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan, yang berusia 3 tahun 5 bulan ketika itu dikesan mempunyai penyakit kanser otak tahap 4.
Hati ibu manalah yang tak sedih dan sebak saat dimaklumkan oleh doktor dengan perkhabaran sedemikian. Namun Ashiqin dan pasangan reda dengan segala Ketentuan dari Maha Pencipta kerana DIA lebih mengetahui segala-galanya.
Dalam perkongsian Ashiqin di laman Facebook miliknya, dia dan keluarga yang tinggal di Pulau Pinang menyatakan sehingga kini Huzaifah sudah dua kali menjalani pembedahan untuk kanser otak yang dihidapinya itu.
Ibu ini berkongsi perkembangan anaknya itu dilaman Facebook miliknya. Ternyata ia satu perkongsian yang cukup meruntun hati. semoga segalanya dipermudahkan!
“Anak sulung saya Muhammad Al-Huzaifah Bin Ahmad Farhan pada awalnya sama seperti kanak-kanak biasa yang aktif berlari sana sini, petah berbicara dan bijak. Namun kami sekeluarga telah di uji apabila tiba-tiba kaki Huzaifah tidak dapat berjalan setelah bangun dari tidur.”
“Doktor telah melakukan X-ray, dan ambil ujian darah. Keputusan adalah normal. Pihak hospital kemudiannya melakukan CT scan di bahagian otak dan ujian susulan saraf tunjang. Tadi doktor dah bagi result, walau pahit terpaksa aku telan jua.”
“Doktor cakap air dalam kepala Huzaifah berlebihan sehingga block saluran yang mana pun mereka belum tahu. Ia menyebabkan Huzaifah tak boleh jalan.”
“Selepas itu ujian MRI dilakukan untuk memastikan apa yang block saluran air dalam otak dia. Lepas buat MRI doktor masukkan VP SHUNT, iaitu tiup kekal untuk salur air dari otak ke perut.”
“1st operation andai dari keputusan MRI ada ketumbuhan yang menghalang, doktor plan akan buat 2nd operation iaitu operation besar-besaran selama 4-6jam. Bermaksud Huzaifah akan menjalani 2 operation.”
“Huzaifah ada ketumbuhan kecil di bahagian otak iaitu di tempat yang kecil, jadi maksud doktor risikonya sangat tinggi. Kemudian Huzaifah dimasukkan ke wad, doktor dari bahagian okologi (kanser) dah buat appointment dan abang mungkin start kimo lepas ni apa-apa pun tunggu keputusan doktor macam mana.”
“Semalam appointment dengan doktor neurology, Huzaifah nampak lemah sangat, nak minum pun selalu tersedak, air liur meleleh, badan lemah. Doktor cakap tu adalah progress kanser tu.”
“Ibu tanya doktor, kalau ikutkan Huzaifah stage berapa, doktor cakap Huzaifah stage 4. Luluh hati ibu nak, ibu harap abang kuat tau! Semua sayang dan doakan abang. Keputusan MRI menunjukkan otak dia bengkak, doktor dah on ubat streriod 2 weeks nak bagi kurang bengkak.”
“Kemudian, ibu dapat call dari Dr. Shoba (doktor onkologi), result sample ketumbuhan yang baru ini adalah confirm kanser. Alhamdulillah sekurangnya semua terjawab, dari tertanya-tanya, kali ini ibu lebih tabah dan kuat.”
“Ibu sempat tanya adakah rawatan untuk abang, doktor suruh datang pada 19 september untuk bincangkan. Pada hari itu (19 September) adalah hari jadi ibu pula tu. Ya betul! Allah SWT tak akan uji jika hambanya tak mampu.”
“Semua ini dugaan buat ibu dan abi supaya lebih kuat, lebih tabah dan lebih sabar. Orang tak lalui tak akan merasai, memang semua orang cakap redha. Ya kami akan ikthiar sehabis boleh dan apa saja ketentuan kami redha Insyaallah Allah janjikan yang terbaik.”
“19 September hari jadi ibu dan juga tarikh appoinment abang tentang result hari tu. Hari ni juga break news, semua doktor neuro kelilingkan abang, gosok kepala abang, doakan yang baik-baik buat permata hati ibu ini.”
“Doktor cakap kalau dia tak buat rawatan boleh tahan dalam 6 bulan kalau follow rawatan boleh lambatkan process mungkin dalam 1 tahun lebih ke 2 tahun. Sekarang doktor suggested radiotherapy tapi cuma lambatkan process dan akan arrange untuk jumpa paliatif.”
“Kanser abang dah pergi banyak tempat, doktor cakap kes abang rare sangat, kes pertama dalam fail dia untuk kanak-kanak seusia dia.”
“Doktor cakap dengan masa yang ada gembirakanlah hati abang. Insyaallah sayang, ibu akan buat yang terbaik untuk abang dan selebihnya kuasa Allah SWT.”
“Berharap anda mendoakan anak saya yang menghidap kanser otak stage 4 supaya dipermudahkan segala urusan dan di angkat segala kesakitan serta sentiasa berharap ada kejaiban buatnya, Amin!”
Dengan keadaan Huzaifah yang memerlukan sepenuh perhatian daripada ibunya, tentu sahaja wanita ini tidak dapat meneruskan pekerjaan yang sebelum ini dilakukan bagi membantu menampung keperluan keluarga.
Menurut Ashiqin lagi, Huzaifah juga kini sudah tidak mampu untuk makan dan bergantung sepenuhnya dengan susu khas. Tambahnya lagi susu khas yang berharga RM75 setin itu hanya mampu bertahan selama 4 hari untuk memenuhi keperluan Huzaifah.
Justeru itu pastinya keluarga ini butuhkan bantuan daripada orang ramai untuk menampung kos-kos yang ada untuk merawat anaknya yang sedang menderita kanser otak tahap 4 itu.
Bagi yang ingin membantu, anda boleh menyalurkan bantuan ke Maybank: 158051452929 Atas Nama: AHMAD FARHAN NOR AZMI CIMB: 7002838630 Atas Nama: AHMAD FARHAN BIN NOR AZMI
Sama-sama kita bantu mendoakan dan bagi yang mampu boleh sumbangkan seikhlas mungkin untuk keluarga Huzaifah. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.