Kehamilan

“Dah Hujung-Hujung..” Neelofa Buat Persediaan Bersalin, Jalani Fisio 2 Kali Seminggu

Share

“Sudah hujung-hujung.” Demikian perkongsian selebriti popular, Neelofa, 32, mengenai usia kandungannya, sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu, dia juga kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.

“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisioterapi yang dilakukan dua kali seminggu.

“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory baru-baru ini.

Difahamkan, senaman fisioterapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.

Terdahulu, sejak Julai lalu khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.

Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang selepas tersebar beberapa keping foto dia kerap memegang bahagian perut yang semakin membesar.

Namun, sehingga kini pasangan tersebut mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut dan tidak berkongsi lanjut mengenai berita kehamilan tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Kredit: Kosmo Online 

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN