Minum air masak dari cawan adalah antara perkara pertama yang kita kena latih bayi seawal mula makan.
Walaupun bayi sudah cukup dapatkan hidrasi daripada susu, air masak sangat penting untuk:
1️. Latih anak minum menggunakan cawan
2️. Bersihkan mulut selepas makan
3️. Elakkan anak sembelit
4️. Buat anak belajar rasa dan hopefully sukakan air masak nanti!
Bila nak latih anak minum menggunakan cawan, saya cadangkan anda cari cawan yang kecil (saya suka ezpz) dan isikan air dalam kuantiti kecil. Bila anak nak minum, bantu letakkan cawan di bibir anak dan condongkan. Kira 1 – 2 – stop supaya tak terlalu banyak air masuk
Ads
Ads
Once anak dah biasa dan minum air dari cawan dengan yakin tanpa keluar semula air, boleh bertukar kepada straw pula.
Pentingnya guna cawan berbanding sippy cup adalah untuk perkembangan oral motor anak dan mengelakkan masalah speech delay.
Ohh btw anak minum air masak tak boleh lebih 4 oz sehari ya. Kecuali kalau suhu terlalu panas dan nampak anak peluh banyak sangat!
Susu paling terbaik untuk manusia, adalah susu ibu. Selepas umur 2 tahun, dah cukup tempoh penyusuan susu ibu, anak-anak dah tak perlu ambil susu secara harian 3 4 botol sehari sebenarnya.
Bagi anak keperluan nutrisi yang secukupnya dari makanan sebenar. Real food, dan bukan ultra processed food. Menurut Dr Mazliana Mazlan, Ibu ayah perlu pelbagaikan makanan anak, supaya mereka tak bergantung lagi dengan susu.
Susu, lembu atau kambing, ada protein casein. Yang boleh tambahkan keradangan pada badan anak.
Saya minum susu setiap hari waktu dalam pantang anak pertama. Baru saya sedar itu puncanya anak saya berkahak waktu umur 10 hari. Lepas stop je susu, terus dah tak dengar bunyi kahak baby yang menyusu. Lain orang, lain ceritanya dengan susu.
Susu, ada banyak jenis. Susu segar, susu tepung, susu formula. Susu kambing lebih baik dari susu lembu, insyaAllah.
Susu kambing, ada protein casein A2, yang mana ianya lebih mudah dihadam dan sifat keradangan kurang berbanding susu lembu yang ada protein casein A1.
Tapi ada jugak susu lembu dari protein casein A2. Kalau jumpa yang ini, insyaAllah ianya lebih baik untuk kita bagi anak.
Saya kongsikan pilihan susu yang ada di pasaran. Bukan yang terbaik, tapi antara yang ok untuk anak-anak. Paling sikit bahannya, paling baik insyaAllah.
Susu-susu ni, hanya untuk anak umur 1 tahun dan ke atas.
Bawah 1 tahun, tetap perlu cari susu formula untuk anak, kalau tak diizinkan untuk kita susukan anak dengan susu ibu. Yang ini saya tak ada cadangan, korang jangan tanya saya tauuu.
Lepas 2 tahun, tak perlu bagi susu secara harian untuk anak. Banyak sumber kalsium, DHA, dari makanan segar lain yang patut anak ambil.
Kadang kita pelik anak tak nak makan nasi, rupanya sebab dia dah kenyang dengan susu formula tinggi gula. Cuba kita stop kejap susu untuk anak yang macam ni, anak mesti lapar, dan akan cari jugak makanan.
Niat perlu ada, untuk kurangkan susu pada anak bila umur dah injak 2 tahun. Kurangkan perlahan-lahan. Bukan drastik stop terus semua susu anak. Terkejut dia nanti, kesian.
Bila suap bayi makan, macam mana hendak tahu sama ada dia sudah kenyang atau belum? Kadang kala bayi tetap mengangakan mulutnya walau sudah semangkuk penuh anda menyuapnya makan.
Kalau yang jenis cerewet makan pula, cepat sahaja dia menutup rapat mulut apabila tangan ibu hendak menyuap makan. Seboleh mungkin dia mengelakkan makanan daripada masuk ke dalam perut.
Hairan ibu dibuatnya. Macam mana hendak kenyang jika satu makanan pun belum masuk ke dalam perut.
Tugas mengenal pasti anak sudah kenyang atau selesai makan menjadi tanggungjawab seorang ibu.
Ia nampak remeh tetapi ia penting untuk memastikan si manja tidak terlalu kekenyangan sehingga boleh menyebabkan dia termuntah kembali apa yang dimakan.
Ia juga menjadi satu tugas yang agak ‘tricky’ terutama kepada bayi yang sudah mula belajar makan sendiri tetapi mereka belum boleh bercakap untuk memberitahu mereka sudah kenyang.
Setiap bayi mempunyai cara unik tersendiri untuk memberitahu ibu dan ayah bahawa mereka sudah kenyang tetapi beberapa petunjuk berikut ini mungkin berguna untuk dijadikan panduan memahami ‘signal’ si kecil anda.
1. Membuat muka bosan
2. Mula bermain dengan makanannya
3. Memicit dan melenyekkan makanan
4. Melihat ke arah ibu dan melontarkan makanan
5. Memasukkan makanan ke dalam lampinnya
6. Menolak makanan jauh daripadanya
7. Menggunakan lengannya untuk menolak makanan di atas dulang kerusi makanannya
8. Lebih berminat kepada benda selain daripada apa yang ada di kerusi makan
9. Cuba memanjat keluar daripada kerusi makan
10. Menggelengkan kepala jika ditawarkan makanan lagi
Jadi bila si kecil anda ada menunjukkan salah satu daripada tanda-tanda berikut, janganlah paksa dia untuk terus makan lagi. Ia hanya akan membuatkan bayi membenci sesi makannya nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gangguan makan boleh berlaku kepada seseorang individu tanpa mereka sedari. Antara gangguan pemakanan yang boleh berlaku ialah anorexia nervosa, bulimia nervosa dan binge eating.
Anda mungkin terkejut, adakah binge eating juga diklasifikasikan sebagai satu gangguan makan?
Sebelum kita kenali sama ada ia adalah satu gangguan pemakanan atau tidak, kita perlulah mengetahui dengan lebih baik apakah yang dimaksudkan dengan binge eating.
Binge eating: Gangguan makan ikut nafsu!
Binge eating adalah satu keadaan di mana seseorang individu makan dengan banyak mengikut nafsu dalam satu-satu masa.
Mereka mengambil banyak makanan dalam tempoh masa yang pendek walaupun tidak rasa lapar pada ketika itu.
Antara perkara yang mungkin menyebabkan binge eating ini ialah stres dan waktu selepas stres tersebut.
Jika ada yang bertanya adakah binge eating dianggap sebagai satu gangguan, jawapannya adalah YA.
Ia adalah satu gangguan pemakanan yang disahkan oleh pakar perubatan. Ini simptom jika seseorang itu sedang alami gangguan makan binge eating
Seseorang individu tersebut akan disahkan mengalami gangguan pemakanan ini jika mempunyai tanda atau simptom seperti berikut:
-Makan dengan kuantiti yang lebih banyak daripada biasa
-Makan sehingga kenyang yang menyebabkan rasa tidak selesa pada perut
-Makan dengan banyak walaupun pada waktu diri tidak berasa lapar
-Makan berseorangan disebabkan rasa malu
-Berasa bersalah atau meluat dengan bentuk tubuh diri sendiri
Apakah penyebab kepada gangguan makan ini berlaku?
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor risiko yang menyebabkan gangguan pemakanan ini.
Berikut adalah antara faktor risiko yang mungkin berlaku kepada individu tersebut:
-Genetik
-Jantina
-Perubahan dalam struktur otak
-Saiz tubuh badan
-Pernah mengalami binge eating semasa kecil atau sewaktu remaja
-Trauma yang menyebabkan gangguan pada emosi
-Keadaan psikologi yang lain
Bagaimana gangguan makan ini didiagnosis?
Gangguan makan ini biasanya bermula ketika akhir waktu remaja dan awal 20-an. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku dalam semua peringkat umur.
Jika ia tidak dirawat, gangguan ini boleh berlaku dan bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Untuk mengesahkan bahawa seseorang itu mengalami gangguan pemakanan ini, dia mestilah pernah mengalami sekurang-kurangnya 1 hingga 3 episod binge eating dalam tempoh seminggu.
Bagi keadaan yang lebih melampau, seseorang itu mungkin mengalami lebih daripada 14 kali episod binge eating dalam tempoh seminggu!
Selain itu, antara ciri lain ialah seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah seperti muntah-muntah, mengambil julap atau bersenam secara berlebihan untuk tujuan mengelakkan binge eating.
Apakah risikonya kepada kesihatan?
Seperti yang anda boleh jangkakan, apabila anda makan secara berlebihan tanpa kawalan dan kerap, akan ada perubahan terhadap tubuh badan anda.
Malah, ia bukan sahaja melibatkan kesan kepada fizikal, tetapi juga kepada emosi dan juga kesihatan sosial seseorang individu tersebut.
Semestinya, risiko untuk mengalami obesiti itu amat tinggi. Hampir separuh daripada penghidap gangguan makan ini mengalami obesiti.
Apabila obesiti mula berlaku, maka risiko untuk mengalami penyakit-penyakit lain turut meningkat. Ini termasuklah penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 bahkan kanser.
Namun menurut kajian, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik ini adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai gangguan binge eating berbanding mereka yang sedia obesiti tetapi tidak mempunyai gangguan tersebut.
Selain daripada penyakit kronik tersebut, ada juga beberapa risiko kesihatan lain yang berkaitan dengan gangguan pemakanan ini seperti masalah tidur, keadaan sakit kronik, asma dan juga sindrom iritasi usus (IBS).
Bagi golongan wanita pula, ia akan memberikan risiko seperti masalah kesuburan, komplikasi ketika hamil dan berlakunya sindrom ovari polikistik (PCOS).
Ini yang boleh anda lakukan untuk atasi binge eating
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk atasi gangguan ini, dan ia bergantung kepada punca dan tahap keterukan gangguan tersebut.
Antara yang boleh dilakukan adalah dengan melibatkan diri dalam terapi tingkah laku kognitif (CBT), psikoterapi interpersonal, terapi tingkah laku dialektik, terapi pengurangan berat badan, dan juga ubat-ubatan.
Mungkin anda hanya perlu satu jenis terapi sahaja, tetapi mungkin juga perlu gabungan beberapa kaedah untuk mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.
Untuk kepastian, berjumpalah dengan doktor atau ahli psikiatri bagi memilih kaedah terbaik buat diri anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.