Sedar tak sedar usia kandungan pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad kini sudah pun berada di trimester kedua dan bakal memasuki trimester ketiga tidak berapa lama lagi.
Menurut kata Uyaina, dia sendiri tidak menyangka yang dia kini bakal memasuki fasa terakhir kandungannya beberapa minggu lagi.
Menerusi Instagramnya, Uyaina turut memuat naik beberapa keping gambar terbarunya dengan baby bump yang comel.
Paling menarik, Uyaina turut meminta pengikutnya di Instagram untuk meneka jantina bayinya.
“Girl or boy? Hmmmm…
Ads
“Can’t believe I’ll be entering my third trimester in a few weeks! 🧡 For now morning sickness dah banyak kurang Alhamdullilah,” kata Uyaina berkongsi.
Malah bakal ibu cantik manis yang semakin berseri-seri ini juga turut meminta pengikutnya mencadangkan nama yang indah untuk anaknya kelak.
“Btw, you guys ada suggestion nama yang baik-baik tak untuk baby? Share dengan Yana please!,”pinta Yana.
Ramai teka baby girl
Ads
Meninjau di ruangan komen pula, berbanding baby boy, ramai yang mula meneka anak di dalam kandungan pengacara cantik manis ini baby girl. Betul ke?
Tak kurang juga yang turut mencadangkan beberapa nama pilihan untuk Uyaina.
Mengandung anak kembar adalah pengalaman yang unik dan memerlukan perhatian khusus. Namun, ramai ibu mungkin tidak menyedari bahawa mereka sedang mengandungkan anak kembar sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan.
Berikut adalah 11 tanda yang boleh menjadi petunjuk awal bahawa anda mungkin sedang mengandungkan anak kembar:
1. Berat badan naik mendadak
Jika berat badan anda meningkat dengan terlalu cepat, terutamanya dalam trimester pertama, ini mungkin petanda kehamilan kembar. Peningkatan berat badan yang signifikan boleh berlaku disebabkan oleh pertumbuhan dua janin dalam rahim.
2. Perut lebih besar dari biasa
Perut yang kelihatan lebih besar daripada usia kandungan yang sebenar boleh menjadi tanda anda mengandungkan anak kembar. Ini kerana rahim perlu menampung dua janin yang sedang membesar serentak.
3. Mual dan muntah luar biasa (Morning Sickness teruk)
Morning sickness yang lebih teruk daripada biasa, terutamanya pada awal kehamilan, boleh menjadi petunjuk kehamilan kembar. Ini disebabkan oleh tahap hormon kehamilan yang lebih tinggi dalam tubuh.
Ketika hamil kembar, tubuh ibu menghasilkan hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin) dalam kuantiti yang jauh lebih tinggi berbanding kehamilan tunggal.
4. Cepat penat dan lemah badan
Keletihan yang melampau dan rasa lemah badan yang berterusan mungkin menunjukkan bahawa tubuh anda bekerja lebih keras untuk menyokong dua janin sekaligus.
5. Pergerakan bayi awal atau terlalu kerap
Merasa pergerakan bayi lebih awal daripada biasa atau pergerakan yang sangat kerap boleh menjadi tanda kehadiran lebih daripada satu janin dalam rahim.
6. Lebih banyak cirit-birit atau kembung perut
Perubahan hormon dan tekanan tambahan pada sistem pencernaan akibat kehamilan kembar boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit atau kembung perut yang lebih kerap.
7. Perubahan emosi yang lebih drastik
Kehamilan kembar boleh menyebabkan perubahan emosi yang lebih ketara disebabkan oleh tahap hormon yang lebih tinggi. Ibu mungkin mengalami perubahan mood yang mendadak atau lebih sensitif daripada biasa.
8. Terdapat dua degupan jantung
Semasa pemeriksaan kehamilan, jika doktor mendengar dua degupan jantung yang berbeza, ini adalah petunjuk kuat bahawa anda mengandungkan anak kembar.
9. Pemeriksaan AFP sangat tinggi
Alpha-fetoprotein (AFP) adalah protein yang dihasilkan oleh janin. Tahap AFP yang lebih tinggi daripada biasa dalam ujian darah boleh menunjukkan kehamilan kembar.
10. Pemeriksaan Ultrasound (USG) menunjukkan dua janin
Pemeriksaan ultrasound adalah cara paling pasti untuk mengesahkan kehamilan kembar. Melalui imbasan ini, doktor dapat melihat dengan jelas kehadiran dua janin dalam rahim.
11. Peningkatan hormon HCG
Tahap hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang lebih tinggi daripada biasa boleh menjadi tanda kehamilan kembar. Hormon ini dihasilkan oleh plasenta dan tahapnya meningkat dengan kehadiran lebih daripada satu janin.
Jika anda mengalami beberapa tanda di atas, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. Kehamilan kembar memerlukan pemantauan yang lebih teliti untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terjaga dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat. Semasa mengandung, bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan, tetapi apa yang anda makan.
Secara umumnya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari amat penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Ini kerana apa yang ibu makanan turut sama dikongsi oleh bayi yang dikandung. Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.
Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi. Malah jika berlakunya peningkatan berat badan dan tidak dikawal, ibu juga akan menghadapi pelbagai masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
Sehubungan itu, doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.
Apa yang pasti, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi yang pada asasnya anda perlu mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan.
Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat. Biar sedikit tetapi kerap.
7 panduan mengenai nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil
1.Vitamin B kompleks – menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal. Sumber makanan: Birijin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu), telur dan sereal.
2.Vitamin D – untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Sumber makanan: Minyak hati ikan, susu dan kuning telur.
3.Vitamin E – bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Sumber makanan: Gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau.
4.Protein – sumber zat pertumbuhan sel. Sumber makanan: Daging, kekacang, ikan dan telur.
5.Asid folik– Untuk perkembangan sistem saraf, dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800 mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan nutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi. Sumber makanan: Bayam, brokoli, pisang dan tomato.
6.Zat besi – mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung. Sumber makanan: Bayam, kangkung, daging dan hati.
7.Kalsium – bagi proses pembentukan tulang, dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis. Sumber makanan: Sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu.