Keibubapaan

Dah Pandai Mogok Hisap Jari, Dah Cukup 4 Bulan, Wajah Comel Gebu Anak Elfira Loy Buat Ramai Cair!

Share

Setiap kali wajah comel, Nur Aria Mikayla, anak kedua pelakon cantik, Elfira Loy muncul di Instagram ibunya, ramai yang cair dek kecomelan wajahnya.

Terbaru, Elfira Loy memuat naik beberapa keping gambar Aria yang kini rupanya sudah pun berusia empat bulan.

Menariknya kata Elfira, diusianya empat bulan hari ini, anak kecilnya itu kini sudah pandai menghisap jarinya jika terlambat diberikan makanan.

“My baby princess is four months old today!

“Aria dah mula pandai mogok hisap jari kalau mommy lambat angkat to feed her,” kongsinya.

Bukan itu sahaja bahkan kata Elfira lagi, Aria juga kini sudah pandai tersenyum dan ketawa ketika diagah.

“Lepas tu geram sangat dah banyak senyum-senyum and gelak,” tulisnya berkongsi.

Menerusi akaun khas buat anak kecil itu, Elfira turut memuat naik gambar terbaru Aria yang cukup comel.

“Happy four months old baby princess mommy,” tulisnya.

Bahkan beberapa keping gambar si comel Nur Aria Mikayla yang berkulit putih kemerahan ini buat ramai yang cair.

Rata-rata wargamaya memuji kegebuan wajah Aria yang kini semakin membesar. Tak kurang juga yang turut meminta agar pelakon berbakat itu untuk menambah anak.

Nur Aria Mikayla turut sama memiliki wajah putih kemerah-merahan, sama seperti abangnya, Muhammad Rayyan Khalaf yang sentiasa menjadi kesukaan ramai.

Terdahulu, Elfira Loy selamat melahirkan bayi keduanya pada 20 Mei lalu. Hari ini, si comel putih gebu ini sudah pun berusia empat bulan.

 

Menarik: Rawatan Best Snek Pantang Sedap, Suraya Mother Care Beauty Tawarkan Servis Terbaik!

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.

Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN