Menanti detik melahirkan anak, lebih-lebih lagi anak pertama memang mendebarkan. Benarkah masa melahirkan sebenar dah tiba? Sudah sampai masakah? Macam-macam keraguan dek kerana kurang pengalaman.

Menunggu hari demi hari sehingga detik kontrasi sebenar memang mendebarkan. Ditambah dengan keliru dan pelbagai soalan mengenai kontrasi sebenar, ibu jadi tidak keruan. Bagi menjawab persoalan dan mengenal pasti detik kelahiran sebenar, panduan kontraksi ini bakal ibu perlu ketahui dan fahami. Barulah makin bersedia bila detiknya sudah tiba.

Tanda-Tanda Nak Bersalin. Jangan Tunggu Lagi, Dah Sampai Masa Baby Keluar!

Apa itu tanda kontraksi?
Kontraksi adalah bahagian normal kehamilan dan berlaku ketika otot rahim mengetat dan melentur, sama seperti proses meregangkan otot lain.

Pada akhirnya, pengecutan otot rahim inilah yang akan membantu anda dalam proses kelahiran bayi, mendorong si manja ke dalam saluran kelahiran dan keluar ke dunia. Pun begitu, bagi kebanyakan wanita hamil, tanda kontraksi atau aktiviti otot rahim ini boleh menjadi sesuatu yang merunsingkan.

Tanda-Tanda Nak Bersalin. Jangan Tunggu Lagi, Dah Sampai Masa Baby Keluar!

6 tanda kontraksi perlu tahu
Umumnya, dikatakan terdapat 6 jenis kontraksi yang akan anda lalui sebelum, semasa dan selepas bersalin.

1. Braxton Hicks – Kontraksi setiap hari
Dinamakan sempena nama doktor, Braxton Hicks pada dasarnya dianggap sebagai kontraksi pemanasan (warm up). Ia adalah satu keadaan normal dan biasanya akan bermula pada trimester kedua. Selalunya anda akan rasa pengerasan atau pengetatan otot rahim yang cepat, terutamanya pada bahagian depan.

Mengalami dehidrasi atau pergerakan yang lebih banyak boleh menyebabkan tanda kontraksi ini terjadi. Bagi sesetengah keadaan ibu selepas bersalin Braxton Hicks lebih dirasai pada waktu malam, terutamanya selepas hari yang memenatkan. Jadi, jangan panik jika mengalami kontraksi ini. Ia bukanlah tanda proses kelahiran bayi sehingga memerlukan anda bergegas ke hospital. Bertenang!

Tanda-Tanda Nak Bersalin. Jangan Tunggu Lagi, Dah Sampai Masa Baby Keluar!

IKLAN

2. Kontraksi fasa awal kelahiran – Masa untuk bersedia tetapi jangan pergi ke hospital lagi
Kontraksi ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa. Anda mungkin akan berasa seperti mengalami kekejangan haid tahap ringan sehingga sederhana.

Biasanya tempoh kontraksi itu berselang dan berubah-ubah. Antara 7 hingga 10 minit, bahkan mungkin berselang 20 minit atau lebih. Ketika kekejangan berlaku, anda mungkin boleh tidur atau melakukan sebarang aktiviti lain.

Untuk mengetahui sama ada apa yang anda alami itu kontraksi fasa awal kelahiran atau Braxton Hicks, anda perlu lihat atau kira masa pengecutan dan lihat coraknya. Jika berada dalam fasa awal proses kelahiran bayi, anda perlu mempunyai matlamat untuk kekal berada di rumah selama mungkin.

Tanda-Tanda Nak Bersalin. Jangan Tunggu Lagi, Dah Sampai Masa Baby Keluar!

Minta bantuan pasangan untuk bantu anda tenangkan diri -mungkin menggunakan pencahayaan yang rendah dan suasana tenang.

Jika ia tidak membantu, mungkin anda boleh alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti lain seperti berjalan kaki, memasak atau menonton rancangan TV atau filem kegemaran.

3. Kontraksi fasa kelahiran aktif – Ya! Anda boleh mengajak pasangan ke hospital
Tanda kontraksi yang berlaku pada fasa kelahiran aktif ini bermaksud segala-galanya semakin meningkat, kekerapan kontraksi semakin dekat – antara jarak 4 hingga 5 minit dan berlaku sekitar 30 saat hingga 1 minit bagi setiap sesi kontraksi.

IKLAN

Inilah masa yang tepat untuk pergi ke hospital. Ini terutamanya apabila kontraksi semakin kuat, kerap dan dekat. Malah bahagian depan dan belakang rahim menjadi lebih sakit dan tegang. Anda mungkin memerlukan lebih sokongan emosi atau bantuan untuk menenangkan diri sepanjang tempoh ini.

 

4. Kontraksi peralihan – Menghampiri masa bersalin!
Fasa peralihan ini bermaksud anda akan bersalin tidak lama lagi. Ia adalah di mana bukaan serviks berubah daripada 8 kepada 10 cm.

Keadaan ini selalunya merupakan bahagian yang paling sukar untuk proses kelahiran bayi. Kontraksi yang berlaku pada fasa peralihan ini boleh berlanjutan sehingga 2 minit dan kuat dengan tempoh rehat pendek di antaranya. Biasanya, ia disertai dengan tekanan besar pada bahagian vagina dan rektum.

Dalam tempoh ini, anda mungkin akan mengalami rasa mengigil, muntah, rasa kesejukan dan keinginan untuk bersuara. Kata-kata semangat daripada pasangan pastinya memberikan perbezaan besar antara tekanan kuat pada punggung dan sokongan yang diperolehi.

Tanda-Tanda Nak Bersalin. Jangan Tunggu Lagi, Dah Sampai Masa Baby Keluar!

IKLAN

5. Kontraksi meneran – Bayi bersedia untuk keluar!
Semasa fasa meneran ini, seringkali anda akan merasa seperti ingin untuk membuang air besar. Ketika ini, tanda kontraksi yang berlaku adalah lebih kuat dan tidak berkurangan. Untuk meneran biasanya memerlukan sokongan yang banyak. Pasangan anda boleh membantu memberikan kata semangat seperti “Anda hebat” atau “Anda boleh melakukannya”.

Suami juga mungkin boleh membantu mengelap peluh atau memegang tangan anda untuk memberikan lebih keselesaan.

6. Kontraksi selepas proses kelahiran bayi – Pengecutan otot rahim juga berlaku selepas bersalin
Tanda kontraksi tidak hanya diperlukan untuk mengeluarkan plasenta sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi proses pengucupan rahim – membolehkan rahim kembali ke ukuran asal sebelum kehamilan (involution) – juga boleh menyebabkan kontraksi.

Proses penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan berlakunya kontraksi selepas melahirkan anak. Dikenali sebagai sakit selepas bersalin, ia biasanya berada pada keadaan paling sakit antara 2 hingga 3 hari selepas kelahiran. Namun keadaan ini normal.

Sumber: Hellodoktor.com

Menarik: Panik Bukaan Dah 9 Sentimeter, Ryzal Syukur Dapat Tengok Anak Lahir, Sediakan Sup Seaweed Untuk Maryam!

Nak siap-siapkan lebih awal kelengkapan berpantang nanti, bolehlah kunjungi Feel Pantang.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI