Penyanyi dan pengacara versatil, Elly Mazlein yang kini sedang menunggu hari melahirkan anak keduanya dilihat sudah pun membuat persiapan akhir menyambut bayinya.
Malah menerusi perkongsian Elly di program Meletop baru-baru ini, Elly sudah pun mengumumkan percutiannya khusus untuk menyambut kelahiran bayi lelaki yang bakal diberikan nama Haider oleh Elly dan suami.
Teruja menantikan kelahiran kedua itu, Elly dilihat sudah membuat persiapan akhirnya. Malah menerusi Insta Storynya, personaliti versatil ini sudah pun menyiapkan barang keperluan diri dan bayi untuk di bawa ke hospital.
” Sentiasa siap-siap awal dan letak dalam kereta. Baby kekadang suka keluar awal. Dalam beg ni dah siap kelengkapan bayi untuk bagi pada nurse.
” Satu plastik dah siap letak pampers, barut, baju stocking, towel, minyak, barang mandian dan lain-lain.
“Kak Lina siap buat 3 plastik untuk 3 hari, senang tak kelam kabut nanti,” jelasnya.
Tidak hanya untuk baby Haider, bahkan Elly turut mempersiapkan sebuah beg besar untuk dirinya sendiri sepanjang berada di hospital kelak.
Ads
” Dalam beg besar pulak, barang keperluan Kak Linalah dan standby juga barang baby, worry ada yang tak cukup.
“Biar bawa banyak dari tak cukup. Huru hara dikk. Biyo orang kata macam nak pindah dok sepital. Asalkan tak menggelabah tombol pintu barang tak cukup. Time tu Kepomm boleh jadi singa Lion King dik,” tulisnya lagi.
Dah mula contraction awal, baby Haider buat kejutan
Melalui beberapa perkongsian Elly di Instagram, baby Haider sudah pun membuat kejutan awal dan menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan.
Pun begitu Elly sudah pun dibenarkan untuk pulang dari hospital kerana masih belum sampai masa untuk bersalin.
“Ok dah boleh balik jap lagi. Alhamdulillah rasa contraction dah kurang lepas nurse bagi ubat & injection.
Ads
“Moga Baby Haider baik-baik aje dalam peyot mama ya. Sikit je lagi. Sabar ye, Atuk Papa Mama & kakak Manja pun tak saba nak jumpa Haider.
“InsyaAllah see u soon Permata Ke 2 mama wahai Haider,” kongsi Elly menerusi Instagramnya.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Baby Haider dan mama Elly. Semoga dipermudahkan kelahiran kelak.
Terdahulu, Elly dan suaminya, Mohammad Azlan Che Nuh mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020. Pasangan ini sedang menantikan kelahiran zuriat pertama mereka. Elly turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Puteri Sara Sefhia menerusi perkahwinannya yang terdahulu.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendedahan mengenai jantina bayi anda merupakan salah satu perkara yang paling teruja yang anda akan lalui. Anda pasti tertanya-tanya adakah anda akan memiliki seorang pemain bola sepak atau seorang puteri kayangan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang didakwa sebagai tanda-tanda bahawa anda memiliki anak perempuan. Adakah ia benar-benar tepat dan berkesan? Ikuti kupasannya melalui artikel di bawah.
Mood swing yang melampau
Perubahan hormon semasa kehamilan seringkali menyebabkan mood swing. Sesetengah individu menyatakan bahawa wanita yang hamil bayi perempuan mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi lalu menyebabkan kekerapan mood swing. Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang kajian yang membuktikan dakwaan ini. Ini kerana perubahan hormon kerap berlaku semasa kehamilan tanpa mengira sama ada anda mengandungkan bayi lelaki mahupun perempuan.
Perut yang lebih besar
Ada terori yang menyatakan, sekiranya seseorang wanita bertambah berat badan di bahagian perut ketika hamil, itu menandakan bahawa dia hamil anak perempuan. Malang sekali, dakwaan ini ternyata tidak benar kerana wanita yang mengalami peningkatan berat badan sebenarnya bergantung kepada jenis tubuhnya, bukan jantina bayinya.
Perut lebih tinggi
Ini juga merupakan salah satu dakwaan yang tidak tepat. Ia tidak mempunyai asas saintifik yang tepat. Perut kandungan tinggi atau rendah bergantung kepada jenis tubuh wanita, penambahan berat badan, tahap kecergasan dan kekuatan otot.
Keinginan terhadap makanan manis
Ada teori yang menyatakan sekiranya wanita hamil berkeinginan terhadap sesuatu makanan yang manis, ia menandakan bahawa dia sedang hamil anak perempuan. Sekiranya lebih gemar makanan yang masin, ia petanda sedang hamil anak lelaki. Kedua-dua teori tersebut adalah tidak tepat sama sekali kerana ia bergantung kepada kekurangan mineral dalam badan, bukannya keinginan bayi anda.
Kulit berminyak dan rambut yang kusam
Sesetengah individu juga percaya sekiranya ibu hamil mempunyai kulit berminyak dan rambut yang kusam, ini bermakna bahawa dia sedang hamil bayi perempuan. Dakwaan ini juga adalah tidak tepat memandangkan perubahan pengeluaran minyak pada kulit dan penampilan rambut semasa hamil bergantung kepada perubahan hormon.
Degupan jantung bayi yang lebih cepat
Ramai juga yang mempercayai sekiranya degupan jantung bayi itu lebih cepat atau pantas, ia bermakna bahawa bayi tersebut adalah bayi perempuan. Walau bagaimanapun, dakwaan ini juga adalah tidak benar memandangkan kajian telah menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara degupan jantung bayi lelaki atau perempuan.
Jelas sekali bahawa kesemua dakwaan atau teori berkenaan penentuan jantina tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Sekiranya anda benar-benar ingin mengetahui jantina bayi, lakukan ujian ultrasound kerana ia lebih dipercayai dan lebih berkesan. Elakkan daripada mempercayai dakwaan karut yang tidak mempunyai sebarang asas dan telah dibuktikan tidak benar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Inilah yang dinamakan rezeki. Biarpun sudah berusia 52 tahun, namun penyanyi dan pelakon hebat, Datuk Awie bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata keenamnya tidak berapa lama lagi.
Menerusi laporan yang dipetik dari Mstar Online, Datuk Awie bakal menimang cahaya mata keenamnya itu pada Januari tahun depan.
Katanya lagi, memandangkan usianya yang kini sudah pun 52 tahun, dia kini sudah mula menitik beratkan soal kesihatan diri demi membesarkan anak kecilnya yang bakal lahir sedikit masa lagi.
“Syukurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang sayang anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingnya.
“Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia. Nanti orang tanya anak kau ke? Malu nanti,” selorohnya.
Kata Awie lagi, apa yang dilakukannya kini adalah dengan menjaga pemakanan agar memastikan tubuhnya kekal sihat dan bertenaga sentiasa.
Malah kata Awie lagi, biarpun kehidupannya kembali mencabar untuk menimang cahaya mata pada usia sebegini, namun dia sentiasa berfikiran positif dan menganggapnya sebagai satu cabaran bagi dirinya.
” Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil. Paling penting jaga pemakanan. Nanti kalau kita dah sakit susahkan isteri pula. Jadi saya anggap inilah antara cabaran hidup,” katanya lagi.
Pada November lalu, Awie berkongsi sebuah video ketika membawa suri hatinya untuk menjalani pemeriksaan bulanan di Hospital Ampang Puteri. Semoga selamat menimang cahaya matanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: MStar Online & @awieofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tekanan darah tinggi semasa hamil sering berlaku kerana biasanya tekanan darah wanita berubah-ubah. Tekanan darah wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak berkembang dengan sempurna.
Mommies!! Pernah mengalami darah tinggi semasa pregnant???
Nak tau kenapa sesetengah penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung?
1. Pengaliran Darah ke Placenta Berkurang
-bayi akan mendapat kurang nutrien dan oksigen, dan kemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
2. Placenta Abruption atau Uri Lekang
– Preeclampsia boleh menyebabkan placenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
3. Merencatkan Pertumbuhan Bayi
4. Kerosakan Organ-Organ Lain Seperti Buah Pinggang, Otak, Hati, Jantung, Paru-paru.
5. Kelahiran Pramatang
6. Risiko Penyakit Jantung di Kemudian Hari
Apa itu PREECLAMPSIA?
Tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan beserta simptom-simptom kerosakan organ lainnya. Boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Boleh juga menyebabkan sawan.
Antara tanda-tanda preeclampsia ialah:
1. Protein Dalam Air Kencing
2. Sakit Kepala Yang Teruk
3. PENGLIHATAN BERMASALAH – Penglihatan Bermasalah – Menjadi kabur, hilang penglihatan sementara atau sensitif kepada cahaya
4. Sakit Perut di Sebelah Atas – biasanya sakit di bawah tulang rusuk kanan
5. Loya atau Muntah
6. Kurang Platelet dalam Darah
7. Hati Tidak Berfungsi Dengan Baik
8. Susah Bernafas, Termengah-mengah
Apa perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung??
1. Hadir temujanji klinik prenatal sepanjang kehamilan
2. Makan ubat yang diberi doktor. Doktor anda akan memberi ubat yang sesuai dan selamat diambil semasa mengandung.
3. Kekal aktif
4. Ambil makanan yang sihat dan seimbang
5. Jangan merokok, mengambil dadah atau minum minuman beralkohol.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.