Arrian, anak Tomok memang terkenal dengan stail rambut ala mushroom. Namun untuk persekolahan tahun hadapan, rambut Arrian telah dipotong. Netizen memujitindakan Tomok dalam mementingkan disiplin anak dan peka peraturan sekolah.
Arrian atau Arrianshah Akid, 6 tahun bakal bersekolah di Tahun 1 pada sesi 2019. Anak lelaki yang boleh berbahasa Mandarin ini tetap kelihatan comel walau pun bertukar gaya rambut.
Tomok memuatnaik gambar kedua-dua anaknya Arrian dan Andra dengan stail rambut baru dengan emoji ‘menangis’.
Rangsangan sensori antara salah satu aktiviti penting dalam perkembangan kanak-kanak. Selalunya ibu bapa terlalu fokuskan kepada keupayaan kognitif dan melupakan keperluan sensori anak-anak.
Jika diikutkan kemahiran kognitif kanak-kanak akan menjadi lebih baik apabila keperluan sensori, perkembangan sensori motor dan perkembangan persepsi motor berkembang dengan baik.
Sebab itulah ketika awal usia perkembangan kanak-kanak, aktiviti berbentuk sensori perlu diperkenalkan bagi membolehkan kanak-kanak menerokai persekitaran melalui deria sensori.
Pekongsian dari Terapis Cara Kerja, Siti’ Aisyah Rozalli sangat bermanfaat dan ibu bapa boleh cuba buat untuk aktiviti anak di rumah.
Sensory Rice Rangsang Deria Anak
Tak. Ni bukan buat makan-makan ye. Ni THE Sensory Rice. Hehehe. Kenapa nama dia Sensory Rice?
Kan beras letak warna je tu?
Haaa..Sebab PURPOSE beras ini diwarnakan adalah untuk rangsangan SENSORI 😊
Beras berwarna ni akan jadi “tools” untuk anak-anak ini belajar “respon adaptif” kepada stimulasi yang diberikan oleh Sensory Rice.
Stimulasi apa?
✅ Tactile
✅ Proprioception
✅ Visual
✅ Olfactory sekali (sebab ada hint bau cuka pada beras ni).
Ingat saya pernah cerita tentang “Whole Brain Learning”?
Untuk otak belajar secara optimum, SEMUA BAHAGIAN otak perlu di-activate.
Kerana itulah multi-sensory learning adalah yang TERBAIK untuk anak-anak. Bila anak dah tahu macam mana nak regulasi diri mereka berpandukan stimulasi sensori yang mereka terima, maka mereka akan lebih mudah “adapt” dengan apa sahaja yang berlaku di persekitaran mereka.
Resepi Sensori Rice
1️⃣ Beras
2️⃣ Cuka
3️⃣ Pewarna makanan
4️⃣ Ziplock bag
Kaedah:
❤️ Masukkan 1 cawan beras, + 1 sudu kecil cuka + 1/2 sudu kecil pewarna dalam ziplock bag.
❤️ Tutup ziplock bag kedap (keluarkan udara dia tau. Nanti meletup pula)
❤️ Bagi ziplock bag tu pada anak, suruh anak gelek/golek/guling ziplock bag tu sampai semua beras jadi warna idaman.
❤️ Anginkan beras berwarna tu supaya pewarna betul-betul kering. Siap dan boleh lah guna untuk rangsangan anak.
Tumbesaran kanak-kanak adalah suatu perkara yang sangat diraikan oleh ibu bapa. Daripada berat badan, ketinggian atau pelbagai lagi aspek perkembangan anak, mereka sangat teruja untuk melihatnya. Begitu juga dengan aspek pergerakan anak mereka. Daripada mengiring, meniarap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri sehinggalah berjalan, ibu bapa perlu sentiasa ada untuk membantu anak anda.
Kebiasaannya, kanak-kanak akan mula mampu berjalan sekitar umur mereka 1 tahun atau lebih bergantung kepada keupayaan fizikal mereka. Sebagai ibu bapa, anda perlulah memainkan peranan dan menjadi cikgu yang baik untuk melatih mereka belajar berjalan dengan betul dan selamat. Berikut merupakan 7 tip yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu anak anda belajar berjalan.
1. Jangan memaksa anak anda berjalan
Anda perlu tahu bahawa perkembangan kanak-kanak itu berbeza mengikut kemampuan mereka. Oleh itu, jangan membanding-bandingkan anak anda dengan anak individu lain yang sudah mampu berjalan meskipun sama usianya. Paling penting, jangan memaksa anak anda untuk berjalan selagi mereka belum bersedia untuknya. Keyakinan mereka akan jatuh merudum sekiranya mereka dapat mengesan yang anda hampa dengan mereka.
2. Berikan mereka ruang untuk praktis
Anak anda memerlukan ruang dan peluang yang secukupnya untuk praktis dan memperbaiki kemahiran berjalan mereka. Apa yang anda boleh lakukan untuk menyediakan kesempatan itu adalah dengan membawa mereka ke taman permainan atau mana-mana tempat yang menarik dan biarkan mereka sendiri menerokai kawasan tersebut dengan berjalan perlahan-lahan. Namun, anda diingatkan untuk sentiasa mengawasi pergerakan mereka.
3. Berikan galakan dan dorongan kepada mereka
Kadangkala, kanak-kanak akan mudah putus asa atau menangis setiap kali mereka gagal melakukan sesuatu termasuklah cubaan untuk berjalan. Jika ini berlaku, jangan sesekali memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan dan berikan semangat kepada mereka untuk cuba berjalan perlahan-lahan sehingga berjaya.
4. Pastikan keselamatan mereka terjamin
Kanak-kanak masih belum dapat membezakan apa yang bahaya dan apa yang selamat untuk mereka cuba. Ketika mereka sedang dalam proses belajar berjalan, pastikan di sekeliling mereka tidak terdapat sebarang objek yang berbahaya dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka seperti guli, mainan kecil, alatan tajam ataupun perabot berbucu yang terdapat di ruang tamu rumah anda.
5. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan
Sebagai ibu bapa, anda disarankan untuk tidak memberikan tekanan kepada anak anda ketika mengajar mereka berjalan. Sebaliknya, anda boleh lakukan aktiviti yang menarik seperti berjalan bersama haiwan peliharaan anda. Ini kerana aktiviti yang menarik dapat membuat mereka rasa teruja dan lebih relaks untuk belajar sesuatu pergerakan yang baru.
6. Biarkan mereka bermain di luar rumah
Kadangkala, belajar berjalan di rumah sahaja boleh mendatang kebosanan kepada anak anda. Oleh itu, ambil inisiatif dengan membawa mereka keluar ke taman permainan atau padang rekreasi yang selamat untuk anak anda. Mereka akan berasa lebih seronok dan selamat lebih-lebih lagi jika anda berjalan bersama-sama mereka dengan perlahan-lahan.
7. Lakukan praktis secara berperingkat
Tidak semua perkara perlu digesa termasuklah kemampuan anak anda untuk berjalan. Jangan sesekali menganggap sekali latihan sahaja sudah mencukup untuk mereka berjalan sendiri kelak. Sebaliknya, beri peluang untuk anak anda melakukan praktis secara berperingkat. Satu persatu langkah anak anda sebenarnya akan membuahkan hasil yang bagus juga akhirnya.
Adakah anda perlu risau jika anak anda lambat berjalan?
Menurut ‘Red Flags of Development’, ada petanda yang perlu menjadi ukuran seseorang kanak-kanak itu lambat berjalan. Berikut merupakan petandanya:
12 bulan: masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: masih belum stabil semasa berjalan
Sekiranya anda mendapati bahawa terdapat petanda ini pada anak anda, segera bawa mereka berjumpa dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan doktor.
Setiap ibu bapa pasti teruja tak lama lagi si kecil bakal masuk ke sekolah rendah. Bermakna fasa tadika/taska sudah berlalu bukan? Namun adakah anak-anak anda sudah bersedia untuk menempuhi alam persekolahan yang sebenar?
Ibu ayah perlu meneliti beberapa perkara sebelum anak masuk ke darjah 1 supaya anda dapat mengenalpasti potensi mahupun masalah perkembangan anak. Ikuti senarai sedia sebelum anak masuk ke darjah 1 yang dikongsi oleh penulis keibubapaan ini.
Readylist ni penting supaya anak boleh survive & tak bergelut di dalam kelas nanti. Ibu ayah boleh semak seawal usia 4 tahun lagi, jangan lambat..
1️⃣ Anak kenal tak sekurangnya 6 warna
Umur 4-5 tahun anak sepatutnya dah boleh kenal & ingat warna primer seperti merah, biru, kuning, hijau, oren dan ungu.
Penting sebab dari kenal warna ini boleh bantu kita kesan anak ada masalah buta warna atau tidak. Jangan terkejut ramai sebenarnya yang buat warna.
2️⃣ Anak mampu mewarna gambar bersaiz kecil
Daripada aktiviti mewarna ni kita boleh tengok anak tu ada masalah fokus atau tidak.
Jika warna terkeluar border sikit sikit tu ok lagi tetapi jika yang terkeluar tu lebih setengah inci jaraknya kena cepat cepat guide anak tu.
3️⃣ Anak boleh memadan gambar / bentuk sama.
Cuba dapatkan buku aktiviti seperti memadankan gambar atau bentuk sama ni. Lihat anak mampu buat atau tidak.
Jika dia tak mampu padankan, ada risiko besar kemahiran VP ( Visual Perception ) anak lemah.
Kemahiran VP ni besar impaknya di dalam proses belajar nanti. Dengan VP ni la penentu anak cepat atau lambat faham apa cikgu ajar di kelas.
4️⃣ Anak boleh tak tulis nama sendiri
Apa tanda anak dah mampu menulis ialah bila dia boleh tulis nama sendiri. Mudah je tapi ramai lagi murid darjah 1 yang tak boleh buat.
Selain itu untuk survive di dalam kelas anak perlu tahu nama sendiri, kerana apa-apa nanti cikgu akan panggil nama sahaja. Jadi kena alert dengan nama sendiri.
5️⃣ Anak dah kenal sekurangnya 4 bentuk
Sebenarnya seawal 4 tahun lagi anak dah patut kenal 4 bentuk at least. Segiempat, segitiga, bulatan & bintang contohnya.
Dari kenal bentuk ni kemahiran visual memory anak akan di asah. Lepas dah kenal baru anak boleh untuk melukis bentuk tersebut.
Visual memory penting juga di darjah 1 kerana banyak gambar, objek & bentuk yang akan di gunakan dalam p&p nanti.
6️⃣ Anak boleh kira sekurangnya 1-20
Ini asas dalam matematik. 1-20 adalah keperluan minima murid darjah 1 kena kuasai. Dapat lebih bagus tapi jika kurang maknanya anak tak capai standard paling minima.
Baru kenal nombor ni, belum masuk operasi tambah tolak lagi. Lebih baik capai usia 6 tahun anak dah boleh kira 1-100.
7️⃣ Anak mampu duduk diam 6-12 minit minima
Apabila masuk ke sekolah anak anak perlu mampu untuk fokus & duduk diam ketika proses p&p berlangsung.
Jika ikut umur purata attention span normal murid darjah 1 ialah 10 – 14 minit, ini asas jika nak duduk diam dan fokus belajar.
Ke semua Readylist ni bukan self-learned skills. Kita kena bimbing & praktis dengan anak seawal usia 2-4 tahun lagi. Ikut kemampuan.
Lagi awal lagi bagus.
8️⃣ Selain daripada kemahiran untuk belajar, kemahiran urus diri pun super duper penting bila dah masuk sekolah.
Antaranya ialah :
– guna toilet sendiri
– tidak memilih makanan
– makan sendiri
– berkomunikasi
– boleh ikut arahan
– belajar sendiri
– penjagaan diri
– berkawan
Nampak remeh tapi kemahiran ni semua jadi penentu anak boleh survive atau tidak di sekolah nanti.