Ibu mana yang tidak rasa berbangga bila mana anaknya semakin menampakkan perkembangan dirinya dari hari ke hari. Satu nikmat buat semua ibu.
Hal yang sama turut dilalui oleh penyanyi popular, Ernie Zakri bila mana berkongsi mengenai anak sulungnya, Khawla Soleha yang mula belajar berjalan.
Khawla yang kini sudahpun berusia 1 tahun dilihat mula berjalan empat hingga lima langkah dan ini semestinya mengembirakan Ernie dan Shamel.
Menerusi Instagramnya, Ernie memuat naik gambar dan video telatah comel Khawla yang kini sudah pandai bertatih.
“My one year old best friend. Subhanallah. Khawla dah boleh jalan.
“Dah tak nak pegang tangan Eibu Daddy dah. Ok sambung nangis bai,” tulisnya.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan Ernie, Khawla dilihat sedang cuba berjalan di salah pusat membeli belah dan menurut Ernie anak sulungnya itu kini sudah lagi tidak mahu memegang tangannya dan suami ketika berjalan.
Malah kini semakin lincah dan sihat membesar. Betapa terharu dan bangganya naluri keibuan saat melihat perkembangan anaknya.
Rata-rata wargamaya turut teruja dengan gelagat Khawla Soleha malah mendoakan anak kecil itu terus sihat dan ceria malah membahagiakan ibu dan ayahnya.
Perjalanan panjang ada ketikanya memberi pengalaman seram bagi sesetengah individu. Pelbagai kisah mistik selalu diceritakan. Namun sebagai hambaNya, kita perlu yakin Allah sebaik-baik pelindung.
Seperti kisah satu keluarga ini, persinggahan di R&R bagi merehatkan diri setelah penat melalui perjalanan panjang di lebuh raya memberi pengalaman yang tak dilupakan tambah lagi ia berlaku pada bayi.
Menurut Tuan Syahmi di Tiktok baru-baru ini, kejadian ini berlaku ketika mereka sedang beratur untuk drive thru di sebuah restoran fast food.
Disebabkan terlalu lama menunggu, dia turun sekejap daripada kereta untuk membasuh botol susu anaknya dengan air panas.
Sisa basuhan itu dibuang ke kawasan bawah pokok berdekatan. Namun selepas itu, secara tiba-tiba anak meraung tanpa henti dan badan menggelepar.
Tanpa menunggu lama, mereka terus menggerakkan kereta dan pergi tinggalkan kawasan tersebut untuk mencari yang tempat lebih terang. Walaupun sudah membacakan surah-surah pendek, si anak masih lagi menangis tak ubah seperti sedang disampuk sesuatu.
Akhirnya setelah dipasangkan bacaan rukyah daripada Youtube, barulah keadaan kembali tenang dan anak terus diam.
Daripada kejadian tersebut, ayah ini ini berpesan agar jangan sembarangan membuang sesuatu di merata tempat kerana kita tidak tahu kesannya serta dikhuatiri akan terkena kepada ‘benda’ tidak sepatutnya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Rasa macam tak percaya dikurniakan zuriat ketika usia mencecah 40 tahun” begitulah luahan isteri kepada pelakon Adam Corrie Lee iaitu Puan Fazema Fuad.
Puan Fazema atau mesra dipanggil Puan Fazi mengimbau detik awal bertemu jodoh bersama Adam Corrie ketika usia mereka masing-masing 40 tahun dan 30 tahun.
“Suami diberi cahaya dan kembali Islam pada usia 39 tahun. Bertemu jodoh dengan saya ketika beliau 40 tahun dan saya 30 tahun.”
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana terlalu banyak rezeki yang dikurniakan buat mereka sekeluarga.
“Rezeki usia yang diberkati, diberikan hidayah, iman, jodoh, zuriat dan lain-lain lagi yang tak terhitung.”
Menurutnya, 10 tahun menanti zuriat akhirnya membuahkan hasil apabila mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 4 tahun yang lepas. Bagi Puan Fazi, doa serta usaha diiringi tawakal adalah kunci kesabaran yang paling utama.
“Kami dikurniakan zuriat selepas 10 tahun. Alhamdulillah”
“Cepat atau lambat sahaja. Doa, usaha & tawakal. Syukur Alhamdulillah. Nikmat apa lagi yang kami dustakan”
“Terima kasih Allah, sayang & anak mak, Fateh. Sayang hingga syurga”
Adam mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee yang kini berusia 4 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata kedua ibu bapa. Malah kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak.
Berikut antara doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk memastikan anak kita mempunyai sahsiah yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Yang penting jangan jemu mendoakan anak soleh.
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikurniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.