Kelahiran pasangan kembar, anak kesayangan YouTuber Alieff Irfan dan isterinya Bella sememangnya dinantikan lama.
Malah si comel Ayla Medina dan Ayden Maleeq kini menjadi penyeri kehidupan dan pelengkap bahagia buat ibu dan ayahnya.
Setiap kali pasangan kembar ini muncul di Instagram, wajah comel keduanya sering didambakan pengikut setiap pasangan Youtuber ini.
Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos tahun lalu, wajah comel Ayla Medina dan Ayden Maleeq hanya dikongsikan pasangan ini selepas tiga bulan.
Dan video terbaru Ayden dan Ayla yang dikongsikan pasangan itu sudah semestinya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, wajah comel keduanya buat ramai yang geram. Ditambah pula dengan lesung pipit yang menjadi penyeri.
Ads
“Kebahagian mummy dan daddy. Alhamdulillah,” tulis pasangan ini dikapsyen mereka.
Ayla dan Ayden kini dilihat semakin sihat membesar malah terserlah kecomelan wajah masing- masing.
Ayden kelihatan begitu seiras seperti Bella, manakala Ayla pula saling tak tumpah seperti Alieff. Cantik aturan Allah untuk Bella dan Alieff, seorang ikut wajah daddy dan seorang ikut mommy.
Ads
Paling menarik perhatian pastinya lesung pipit keduanya yang menambah senyuman manis. Memang comel!
Sehingga kini, perkongsian ini telahpun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet.
Terdahulu, Bella dan Arieff Irfan menanti hampir tiga tahun untuk memiliki zuriat. Paling bahagia bila pasangan ini dikurniakan sepasangan anak kembar pada 31 Ogos tahun lalu.
Hentikan kritikan tidak berasas di media sosial kepada kaum ibu yang menghantar anak kepada pengasuh demi khidmat kepada rakyat dan negara antara kenyataan media yg dikeluarkan oleh Badan NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia selain itu mereka juga menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Sikap kurang sensitif sesetengah ibu bapa yang memberikan komen yang berunsur kritikan di laman sosial ekoran insiden Allahyarham adik Adam Rayqal boleh melukakan hati keluarga mangsa.
Rumpun NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia juga berharap Kementerian Kesihatan bersama Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi terlibat meneliti dan menguatkuasa akta berkenaan pengasuh dan pusat jagaan agar kejadian sama tidak berulang.
Kenyataan Media bersama Ucapan Takziah dari NGO Kesihatan
Kami dari rumpun NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia ingin menzahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap insiden terbaru kematian di bawah jagaan pengasuh
Kami dengan penuh simpati menyampaikan salam Takziah kepada ibu mangsa, JT Farrah Madihah Othman dan keluarganya diatas pemergian Allahyarham Adam Rayqal Mohd Sufi.
Difahamkan ketika kejadian, JT Farrah sedang bertugas shift petang di Jabatan ICU Neonatal, Hospital Kuala Lumpur, di mana beliau harus menempatkan bayinya kepada pengasuh demi khidmat kepada insan lain.
Kami berharap majikan beliau telahpun memberikan sokongan sewajarnya terutamanya bantuan psikososial kepada beliau dan keluarga untuk menghadapi dugaan besar ini.
HENTIKAN KRITIKAN
Kami juga menyeru masyarakat awam agar menghentikan kritikan tidak berasas di media sosial kepada kaum ibu yang menghantar anak kepada pengasuh demi khidmat kepada rakyat dan negara. Warga media sosial juga digesa agar menghentikan sebaran grafik yang boleh mengangu emosi.
BERI SOKONGAN
Kami menyeru kaum keluarga, jiran dan masyarakat agar memahami dan bersama memberikan sokongan kepada staf kesihatan wanita dalam menguruskan anak dan keluarga tatkala terpaksa bertugas dalam waktu tidak menentu seperti tugasan atas pangilan atau shif.
KUATKUASA UNDANG-UNDANG DAN POLISI LATIHAN PENGASUH
Kami juga berharap agar Kementerian Kesihatan bersama Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi terlibat dapat meneliti dan menguatkuasakan akta serta polisi berkenaan pendaftaran dan latihan ke atas pengasuh dan pusat jagaan kanak-kanak, selain menyediakan khidmat pusat jagaan kepada kakitangan awam.
BANTUAN KEPAKARAN DAN NASIHAT KEPAKARAN
Kami seluruh NGO perubatan dan kesihatan dengan ini menyatakan kesudian kami untuk membantu pihak Kementerian dan Agensi berkaitan dari segi nasihat kepakaran, latihan seperti bantuan asas kecemasan (CPR) kepada bayi, penggubal polisi dan akta serta pemantapan penguatkuasaan bagi mengelakkan kejadian sebegini tidak berulang di masa hadapan.
Sekian.
Kenyataan bersama oleh;
Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
Pertubuhan Kesihatan Ikram Malaysia (IKRAM Health Malaysia)
Malaysian Integrated Medical Proffesionals Association (MIMPA)
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Green Crescent Malaysia (GCM)
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
Tak terduga dugaan yang datang apabila insan yang kita cintai akhirnya kembali kepada pencipta. Tiada siapa yang sangka, tiada siapa duga. Betulah kata pepatah, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Illahi.
Hanya yang merasa yang tahu betapa penatnya melawan perasaan rindu, sedih dan harus kuat demi anak-anak. Begitulah kisah Puan Shahida apabila suaminya dijemput Illahi ketika dia sedang berpantang anak ke empat mereka.
TEMPAT YANG SAMA, CERITANYA KINI BERBEZA
Suami saya yang juga ayah kepada kembar yang pernah viral dulu, telah pergi menghadap Ilahi semasa saya berpantang 25 hari anak ke4.
(Video yang pernah viral di page Pa&Ma suatu ketika dahulu yang dikongsi oleh Puan Shahida, gelagat arwah suami beliau melayan kerenah si kembar mendapat perhatian netizen)
Hargailah suami atau isteri selagi masih ada. Bila dia telah pergi menghadap Ilahi, tiada lagi tempat meluah perasaan berkongsi suka dan duka. Segala perihal rumahtangga, anak dan kerjaya perlu dihadapi sendiri, ditelan sendiri.
Segala penat lelah terpaksa tanggung sendiri kerana tiada lagi tempat meluah rasa hati. Bersabarlah duhai hati. InsyaAllah ada hikmah yang menanti. Baru sahaja bertukar status kepada ibu tunggal anak empat.
HANYA TINGGAL KENANGAN
Suatu ketika dahulu, di mahligai inilah tempat kami sekeluarga meluangkan masa bersama bergelak ketawa berkongsi suka dan duka.
Di sinilah juga tempat yang menjadi saksi betapa manisnya hidup berumahtangga. Dan kini, rumah ini kosong sekosong kosongnya ibarat kosongnya hati ini tanpa insan yang paling rapat di hati.
Tiada sudah kedengaran hiruk piruk suara tangisan serta gelak tawa anak-anak tatkala bergurau senda bersama Ummi Abah.
Lenyap sudah segala gelagat dan gurauan manja Abg terhadap Syg dan anak-anak. Pupus segala kekalutan dari pandangan mata, bilamana Abg dan Syg menguruskan anak-anak dari hari ke hari. Yang tinggal hanyalah potret dan video Abg untuk ditatapi buat peneman harian pengubat kerinduan.
Setiap memori di rumah ini kekal bersemadi dalam hati. Tak pernah lekang dari fikiran terpahat utuh di ingatan. Terlalu banyak untuk diceritakan. Tak perlu dirungkaikan satu demi satu. Cukuplah ia terpateri kemas dalam hati. Terlalu mahal dan tak terhitung nilainya.
Tak sempat Syg lalui hari tua bersama Abg. Terkubur impian kita untuk sama-sama tengok anak4 membesar di depan mata. Niat hatiku nak kekal lama apakan daya jodoh kita hanyalah sementara di dunia yang fana ini. Semoga dipertemukan kembali di SyurgaNya yang kekal abadi.
Begitulah adat resam kehidupan. Teruskan melangkah menyusuri perjalanan yang dirancang Tuhan.
Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin di sini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada ku lupa Yang terpahit jua termanis Semuanya bagiku terindah Kuingati buat selama-lamanya
Doa dan alFatihah tak jemu ku kirimkan buat dirimu cintaku
Allah dah ambil sedikit kebahagiaan dalam hidup saya. Terpaksa terima walau hati tak rela. Terus bangkit demi anak empat.
Cinta sampai Syurga
Kau himpunkanlah kami di JannahMu tanpa terhakis sedikit pun rasa cinta dan kasih sayang di antara kami semua
Rindu Yang Mendalam
Abg. Malam tadi Syg mimpi.
Dalam mimpi tu Syg melilau mencari Abg di celahan orang ramai. Syg perhatikan wajah seorang demi seorang. Namun hampa, wajah insan yang paling Syg rindu pada saat dan ketika ini tetap tak kunjung tiba.
Tapi Syg terus berusaha mencari dan mencari lagi tanpa mengenal erti putus asa. Merata-rata Syg berkeliaran dalam himpunan puluhan manusia.
Syg rindu nak genggam tangan Abg, cium pipi Abg. Dakap erat-erat tubuh gagah Abg tanpa melepaskan Abg sampailah di helaan nafas Syg yang terakhir.
Sehinggalah tiba suatu saat Syg tersedar dari lena. Berdegup kencang jantung ini mungkin terlalu penat lelah berlari-lari di alam mimpi, mengharap pada yang tak pasti. Syg toleh kiri dan kanan, Abg tetap jua tiada di sisi.
Sejurus itu juga Syg terhenti dari lamunan dan angan-angan. Ternyata, Abg benar-benar tiada lagi dunia ini. Bukan hanya di dalam mimpi, malah di dunia realiti. Pedih hati, sebaknya jiwa ini hanya Dia yang mengerti. Ibarat ada peluru kecil yang menembusi dada. Lukanya mungkin terlalu sukar untuk dirawati.
Benarlah. Rindu itu suatu kemanisan, sakitnya itu apabila merindui tapi tiada balasan
Selebriti, Kim Kardashian mengakui tugas menjadi seorang ibu bukanya tugas mudah walaupun dia bergelar seorang selebriti terkenal.
Kim mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama bekas suami, Kanye West iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.
“Ramai yang kata membesarkan anak terasa hari sangat panjang, namun tahun menjadi pendek dan saya setuju dengan itu terutama sewaktu mereka kecil.”
“Ia sebuah cabaran yang besar namun menjadi pengalaman paling berharga”
“Ada masanya saya menangis sebelum tidur. Ada masanya juga kita tak bersedia dengan apa yang akan dilalui tapi anda akan mencari jalan bagaimana menyelesikanya”
“Pada akhirnya ia akan membuat kita bangga kerana berjaya melalui hari yang sukar (membesarkan anak),” katanya lagi.
“Ini memang sebuah pekerjaan yang rumit tapi terpaling berbaloi dijalani di planet ini,” katanya yakin.
Kredit: CNN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kita rasa kita tegas, tapi sebenarnya kita tengah menengking. Perasan tak, anak-anak ni sebenarnya perlukan emosi yang stabil untuk mereka membesar dengan sihat? Dalam...