Siapa yang tidak berbangga dengan pencapaian anak-anak kita. Melihatkan perkembangan anak yang sudah mampu mempamerkan kebolehan sendiri pastinya membuatkan hati merasa gembira.
Pelakon, Anzalna Nasir turut berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya, Mohammad Eidrees yang sememangnya cukup bijak.
Jika sebelum ini Eidrees pandai mengalunkan zikir dan mengaji, kali ini si comel Eidrees tampil mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis pula. Bijaknya Eidrees.
Menerusi Instagramnya, Anzalna turut berkongsi satu video ketika Eidrees mengira. Pandai!
“Cepatnya membesar. Selain berzikir dan mengaji. Eidrees can count and sing in French.
“Hes a very shy boy susah nak ambil video. Nasib tak tercekik laici tu! hahahahhahah #23MonthsOld,” kongsi Anzalna.
Ads
Baru menjangkau usia dua tahun, kebolehan Eidrees sememangnya harus dipuji. Berkat didikan hebat dari ibu dan ayahnya saban hari.
Malah ada juga warganet yang meminta Anzalna berkongsi tip mengajar anak pelbagai bahasa pada usia sebegini. Namun kata Anzalna menerusi ruang komen, memaksa anak bukanlah cara tepat.
“Budak cepat belajar tetapi jangan paksa,” kongsi Anzalna lagi menerusi ruang komen.
Ads
Meninjau di ruangan komen, warganet turut menyifatkan Eidrees sememangnya anak yang cepat belajar dan bijak dalam serba serbi.
Pada usianya baru menjangkau setahun lebih, Anzalna turut memuat naik video Eidrees yang asyik berzikir dan mengaji. Aksi comel Eidrees itu ternyata mendapat perhatian seluruh pengikut Anzalna di Instagram. Bukan hanya aksi pandai berzikir bahkan gaya kusyuknya sampai geleng kepala dengan mata tertutup itu buat wargamaya naik geram.
Rata-rata memuji kepandaian Eidrees berzikir dan cara didikan Anzalna pada anaknya. Semoga Eidrees menjadi anak soleh yang membahagiakan ibu dan ayahnya bila besar kelak.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak mesti lebih hebat daripada saya. Ungkapan ini bukan sekadar kata-kata motivasi, sebaliknya menjadi prinsip hidup dan pegangan keibubapaan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Syukor dalam membesarkan anak-anaknya. Bagi figura yang berjaya dalam kerjaya dan kehidupan ini, kejayaan sebenar seorang ibu dan ayah tidak diukur pada pencapaian diri semata-mata, tetapi sejauh mana anak-anak mampu melangkaui batas kemampuan generasi sebelumnya.
Menurut beliau, melahirkan anak yang ‘lebih hebat’ bukan bermaksud meletakkan tekanan atau memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan. Sebaliknya, ia tentang menyediakan asas yang kukuh sejak usia kecil agar anak membesar dengan nilai, ilmu dan jati diri yang kuat.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar ditemui sempena majlis pelancaran ibu pejabat baharu Keedsflix di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu lalu, sekali gus meraikan pencapaian pembukaan lebih 300 cawangan tadika Keedsflix di seluruh negara.
Berkongsi tentang prinsip pendidikan dalam keluarganya, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar menegaskan bahawa pendidikan bukan hanya tertumpu kepada akademik semata-mata. Bersama isteri, beliau menjadikan pendidikan sebagai teras utama dalam kehidupan anak-anak, merangkumi aspek intelek, emosi, sosial dan rohani.
Mereka turut menetapkan ‘standard’ serta indikator tertentu dalam tumbesaran dan pencapaian anak-anak, bukan untuk membandingkan, tetapi sebagai panduan agar perkembangan anak sentiasa seimbang dan selari dengan nilai yang ingin dibentuk.
Konsep anak mesti lebih hebat daripada saya diterjemahkan melalui bimbingan yang konsisten, komunikasi terbuka dan penerapan nilai sejak usia awal, bukannya tekanan atau paksaan.
Menurut beliau, anak-anak perlu dibimbing untuk mengenali potensi diri, belajar bertanggungjawab dan memahami makna usaha sejak kecil. Nilai disiplin, adab dan empati diterapkan seiring dengan pembelajaran formal agar anak membesar sebagai individu yang seimbang.
Bagi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, jika ibu ayah mahukan anak-anak menjadi lebih baik, ibu ayah itu sendiri perlu terlebih dahulu menjadi contoh terbaik. Anak-anak belajar bukan hanya melalui nasihat, tetapi melalui pemerhatian terhadap sikap, cara berfikir dan tindakan ibu ayah mereka.
“Kalau kita mahu anak berjaya, kita sendiri kena tunjukkan usaha dan nilai yang betul,” antara prinsip yang sering ditekankan beliau. Prinsip anak mesti lebih hebat daripada saya bermula dengan perubahan dan kesedaran ibu ayah itu sendiri.
Beliau juga percaya anak-anak perlu diberi ruang untuk mencuba, melakukan kesilapan dan belajar daripada kegagalan. Di situlah terbentuknya daya tahan mental serta keyakinan diri yang menjadi asas kejayaan jangka panjang.
Apabila anak dibesarkan dengan kefahaman bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses belajar, mereka akan lebih berani mencuba dan tidak mudah berputus asa. Inilah antara nilai penting dalam membentuk generasi yang benar-benar ‘lebih hebat’ dari sudut mental dan emosi.
Sebagai pengasas tadika Keedsflix yang kini berkembang pesat, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar melihat pendidikan awal kanak-kanak sebagai kunci utama melahirkan ummah yang berjaya.
“Saya ingin melahirkan ummah-ummah yang berjaya,” luah beliau, merujuk kepada generasi masa depan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu, tetapi juga kukuh akhlaknya dan bersedia menghadapi cabaran dunia moden.
Usaha memperkenalkan modul pembelajaran bersepadu, pendidikan al-Quran berasaskan pendekatan kontemporari serta inisiatif digital dan animasi pendidikan Islamik membuktikan komitmen beliau dalam merealisasikan prinsip anak mesti lebih hebat daripada saya pada skala yang lebih besar.
Di sebalik jadual kerja yang padat, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar membuktikan bahawa peranan sebagai seorang bapa tidak boleh dipinggirkan. Bagi beliau, kehadiran, perhatian dan hubungan emosi dengan anak-anak adalah pelaburan paling berharga.
Beliau percaya anak-anak yang membesar dengan sokongan emosi dan kasih sayang akan lebih bersedia menghadapi dunia luar dengan keyakinan serta nilai yang betul.
Seiring dengan pembukaan ibu pejabat baharu Keedsflix, beliau memaklumkan pihaknya akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan. Antara inisiatif baharu yang diumumkan ialah pemerkasaan Modul Keeds Mandarin yang akan diperkenalkan di semua cawangan bermula 1 Januari 2026.
Langkah ini selari dengan keperluan dunia moden, di mana penguasaan pelbagai bahasa menjadi nilai tambah penting dalam perkembangan anak-anak sejak usia awal.
Keedsflix turut mengumumkan projek usahasama bersama Universiti Sains Malaysia (USM) dan SmartSens.Q bagi membangunkan modul pembelajaran al-Quran khusus untuk kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD).
Melalui pendekatan multisensori, modul ini dijangka membuka dimensi baharu dalam pendidikan awal Islamik yang lebih inklusif, memastikan setiap anak mendapat peluang pendidikan yang sesuai dengan keperluan mereka.
Kesimpulannya, prinsip anak mesti lebih hebat daripada saya bukanlah tentang persaingan atau perbandingan, tetapi tentang amanah. Amanah untuk menyediakan laluan yang lebih baik, nilai yang lebih kukuh dan masa depan yang lebih cerah buat generasi seterusnya.
Semuanya bermula dari rumah, dengan contoh yang baik, sokongan emosi yang konsisten dan pendidikan yang seimbang sejak usia kecil.
Macam-macam gelagat anak kecil kita. Ada yang suka mandi kolam tapi tak nak naik. Ada yang suka masuk kedai mainan tapi nak bawa balik mainan dan pelbagai lagi ragam. Namun inilah yang dikatakan anak kecil.
Namun jangan dibiarkan anak dengan fasa individual ini lama-lama. Cepat-cepat ajar anak untuk ‘move on’ dan beritahu anak sebabnya. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy mengenai masalah ini. Cepat-cepat betulkan dengan tip ini.
Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak saya pun ada ciri-ciri diatas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri.
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama, mak ayah perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak.
Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik kalian mulakan awal.
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tidak sebegitu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham.
1. Konsep kepunyaan. Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi ke mana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya. Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;
“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau “Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”) Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
3. Time out. Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan” “Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang. Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapka konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.
Konsep saya mudah, kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu. Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur. Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga. Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi. Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera ketika dalam jagaan pengasuhnya di Mutiara Magna, Kepong, Kuala Lumpur(16 Ogos).
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima maklumat kejadian kanak-kanak meninggal dunia pada jam 12.01 tengah hari.
Menurutnya, kematian mangsa disahkan oleh pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berada di lokasi.
“Pasukan polis yang tiba mendapati mangsa terbaring di dalam katil kanak-kanak dan lengkap berpakaian.
“Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa menemui kesan luka di dahi, mulut dan hidung selain kesan merah di bawah mata kiri, calar serta lebam di beberapa bahagian badan,” katanya.
Susulan itu, beliau berkata, polis menahan wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa untuk membantu siasatan.
“Siasatan mendapati suspek sudah menjaga mangsa sejak dilahirkan. Pengasuh itu adalah ibu saudara mangsa turut menjaga abang kanak-kanak itu yang berusia lima tahun,” katanya suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.