Tahniah diucapkan buat penceramah Da’i Syed yang telah selamat menimang cahaya mata sulungnya selepas isterinya, Hana Ismail melahirkan anak sulung mereka pada jam 2.06 petang, Rabu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Syed menerusi satu hantaran di Instagram yang meluahkan rasa syukur tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu.
“Alhamdulillah isteri saya Hana selamat melahirkan anak kami pada pukul 2.06 petang. Terima kasih yang mendoakan,” tulisnya.
Syed yang kini bergelar bapa turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menemani isteri semasa proses kelahiran.
Ads
“Melihat sendiri dengan mata. Tak tahu nak cakap macam mana. Nak pengsan.
“Terima kasih buat isteriku. Wanita hebat, melahirkan zuriatku. Kuat semangat, tak banyak kerenah. Sabar dengan segala kesakitan,” luahnya berkongsi.
Ads
Selepas selamat bergelar bapa, Syed juga dilihat turut memotong rambutnya yang panjang.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur. Keduanya mendedahkan kehamilan pada 1 Syawal lalu.
Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Soalannya perlu tak berurut & berpantang
Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG‼️‼️‼️
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.
Berapa Lama Tempoh Berpantang ?
Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.
Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana untuk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yang di ajar oleh orang tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja & cuti yang pendek.
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yang ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal dalam rahim atau di saluran peranakan, mengeluarkan angin, melembutkan urat-urat yang tegang & menyegarkan badan.
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.
Jenis-Jenis Makanan Yang Patut Dielakkan
Elakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas gugur:-
?️ Tekanan emosi @ meroyan
?️ Masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
?️ Lemah rahim berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
?️ Ketidakseimbangan hormon
?️ Bengkak dan bisa otot peranakan
?️ Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
?️ Kebas-kebas sendi
?️ Mudah berasa seram sejuk
?️ Demam yang tidak kebah
?️ Kedinginan seks
?️ Kalah dalam perjuangan jimak
Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
Nurse bukan sahaja memberikan perkhidmatan di hospital ataupun klinik. Mereka juga bertanggungjawab untuk melakukan lawatan ke rumah-rumah ibu yang baru melahirkan bayi kerana pemerhatian penuh perlu dilakukan. Dengan lawatan nurse ke rumah akan memudahkan ibu dalam pantang kerana ibu tidak perlu berulang-alik ke klinik ataupun hospital.
Namun tak semua ibu yang menerima kedatangan nurse ke rumah. Ada yang tidak suka diganggu. Ikuti perkongsian Puan Salina tentang ibu berpantang yang menolak lawatan nurse ke rumah.
***Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kehamilan di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Cerita sedih, lokasi di rahsia kan. Semoga cerita ini jadi iktibar bg kita semua.
Tengah mengurut, ada yang bagi salam, picit loceng, ting tong loceng bunyi, so akak tanya la, dik nak buka pintu ke?? Ibu dalam pantang tersebut bertanya, sape tu kak?
Jawab akak, “Nurse yang datang nak melawat awak la, nak akak buka kan pintu ke? (nak bangun tiba-tiba..)
Kak tak payah bukak, suami tak izinkan nurse datang melawat, saya tak suka, rimas! Datang hari-hari pulak tu, menyusah kan sy je! OMG, stress saya kak hari-hari benda yang sama. Lepas tu suruh bawak baby cucuk sana sini, sakit la baby.
Akak tanya lagi, Habis tu baby kuning? Jawabnya, Tak apa saya pantau sendiri je dengan suami.
Sombongnya, selamba, sedih, luluh hati dengar dia kecam nurse yang datang melawat, tahu tak pentingnya nurse tu datang melawat? Akak pun terus bebel, Nurse bukan datang suka-suka je tau, diorang datang periksa awak dan baby, check tekanan darah, periksa baby awak ada jaundice ke tidak, dan check luka awk (Episiotomy dan perineum awk).
Suami boleh tau ke luka awak macam mana? Kasi tengok boleh la tapi benang jahitan lepas tu? kaki awk bengkak tu? Awak tahu tak bahayanya pulmonary Embolism?
Kemudian dia jawab, Tak tahu pun ape tu kak?? Allahuakbar, pasal tu awak kena benarkan nurse melawat di rumah, Tak lama pun! Just nak tengok luka awk, bayi, benda ni bahaya, darah beku dalam saluran darah di paru-paru tu punca kematian ibu masa berpantang!
Akak tanya lagi, suami awk doktor ke? Dia tahu ke pasal benda-benda ni? Jawapannya, taklah suami saya kerja niaga sendiri.
Allahu panjang lebar akak membebel! Tiba-tiba fon akak berbunyi, bila angkat (kak Salina mengurut kat mane ari ni, akak jawab dekat kawasan #####. Perbualan disambung, Akak kereta akak ada kat luar suruh dia buka pintu just sain je, kita tak nak tanggung apa-apa risiko!
Akak lupa pulak nurse kenal akak, kereta akak. Korang semua tolong la kasihan pada nurse-nurse yang bertugas, bagi kerjasama, mencegah sebelum Parah. Bila dah parah menyesal tak sudah. Dah kena leter, bebel baru bagi nurse masuk, kesian nurse berpeluh-peluh kat luar.
Kereta akak pun nurse dah kenal hahahha. Maaf panjang lebar celoteh hari ni. Alhamdulilah, ibu dan baby kena pergi check joundis, senyum lebar nurse atas kerjasama akak Bidan, yg penting kesihatan ibu dan bayi dalam berpantang. Syukur, tq baca! diorang lagi takut akak bidan membebel dari nurse. Haus tekak hari ni air liur kering, takpe ilmu harus di sampai kan.
Hos & pengacara Nabil Ahmad selamat menyambut cahaya mata ketiga. Kini dirinya dikelilingi 3 anak dara!
Sekian lama menunggu kehadiran anak ketiga, akhirnya impian Nabil terlaksana apabila isterinya, Zira Ayub telah pun selamat bersalin 1 tengah hari, 24 April 2019.
Nabil yang sudah mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, 7 tahun dan Leyla Medyna, 4 tahun bagaimana pun belum mengumumkan nama bayinya dan ia akan diumumkan minggu depan dalam rancangan TV yang dihoskan beliau, Meletop.
meletop Tahniah Bambil @nabilzira & @zira.ayub selamat melahirkan baby girl jam 1.00 tengahari tadi ?? 3 anak dara dah hehehehe. Selamat berpantang ya ☺️
Oh! Nanti Nabil akan umumkan & share nama baby girl comel lotey ni secara Eksklusif dekat MeleTOP next week tau! Korang jangan lupa tengok ok!