Berpantang selepas bersalin tak boleh malas, tak boleh culas atau pun sekadar ala kadar saja kerana bimbang kesannya di kemudian hari. Lagi-lagi bagi ibu yang berpantang sendiri.
Banyak kes ibu lepas bersalin meroyan dan macam-macam emosi dirasai sehingga diri pun jadi tak terurus dan anak dibiarkan. Dalam hal ini peranan suami sangat penting. Sebenarnya tak ada masalah nak pantang sendiri atau nak pantang di rumah ibu bapa.
Cumanya jika nak berpantang sendiri, pastikan mental dan fizikal kita bersedia dan suami kena ringan tulang, ambil berat serta selalu ada jika isteri rasa penat.
Perkongsian dari Dr Farhanah Ibrahim berkenaan Bahaya Ibu Berpantang Jika Dibiar Bersendirian ini perlu diambil tahu oleh semua pasangan yang akan menjalani tempoh berpantang.
Pengalaman sendiri masa berpantang anak 1st #iffahsolehah dulu pun sangat mencabar. Lepas discharge wad kakhana balik rumah, duduk seorang dengan baby. Suami kerja, mak pun kerja.
Mencabar jugak 1st time mom ni hentam berpantang sendiri. Tapi alhamdulillah masa tu ada yang ziarah. Satu hari tu kawan baik hati tolong belikan makanan. Ada kawan yang postcall sanggup datang ziarah baby.
Tak sempat kakhana nak sunyi sangat. Lepas seminggu, suami hantar balik Arau rumah mak mertua, sambung pantang sana.
Syukur tak ada kejadian yang tak diingini berlaku. Tapi kalau ikutkan, ibu berpantang ni bahaya tau kalau dibiarkan sendirian.
Tukang urut cerita banyak kes yang dia dapat, ada ibu sampai dengar suara bisikan, nak cekik anak dan sebagainya. Nauzhubillah.
3 BAHAYA TINGGALKAN IBU BERPANTANG SENDIRIAN
1. #STRESS YANG MELAMPAU
Ads
Sakit bersalin tak hilang lagi. Datang pulak sakit rengat. Pastu sembelit. Luka tak cantik, terbuka semula. Kena cuci pulak hari-hari kat KK.
Baby menyusu tak melekap elok. Nipple crack, luka berdarah teruk. Bengkak susu sampai demam. Dalam keadaan sakit teramat, baby pulak meragam. Menangis sepanjang malam.
Ada suami yang memahami dan sama-sama tolong salinkan lampin, dodoi dan tenangkan baby, alhamdulillah.
Ada suami pulak yang terus keluar dan tidur bilik lain tinggal isteri terkontang-kanting, sebab tak tahan dengar baby nangis.
Allahu akbar. Waktu genting macam ni kalau tak ada support especially dari suami dan famili, boleh breakdown sang isteri.
2. POSTPARTUM #BLUES
Stress yang melampau boleh bawak kepada postpartum blues. Kecelaruan emosi yang bercampur baur jadi lebih teruk disebabkan paras hormon yang berubah mendadak lepas bersalin, ibu pulak masih sakit, tak cukup rehat, rasa terasing dan lain-lain.
Postpartum blues ni boleh berlaku ke atas 80% ibu dan biasanya akan hilang menjelang 2 minggu lepas bersalin.
Ads
3. POSTPARTUM #DEPRESSION (PPD)
Ni yang kita sebut gila meroyan. Simptomnya lebih teruk dari sekadar stress dan baby blues, dikatakan 10-20% wanita mengalaminya lepas bersalin tapi actually ramai lagi yang tak didiagnos.
Dalam PPD, ibu-ibu boleh hilang pertimbangan. Ada yang dah tak peduli pasal baby dan anak-anak. Ada yang menangis sepanjang hari. Ada yang rasa nak bunuh diri (suicide) atau bunuh baby (infanticide).
PPD juga boleh dapat postpartum psychosis (i. e. dah mula ada halusinasi).
Kadang tak sedar dia dah cekik anak. Kadang datang bisikan suara suruh kelar leher baby.
Waktu ni ibu dah takda rasa bersalah sebab dia dalam satu mental state yang tak waras.
Nauzhubillah, nauzhubillah, nauzhubillah min zhalik.
PPD yang teruk perlu dapatkan rawatan di hospital dan mungkin baby perlu dipisahkan dari ibu untuk elakkan kejadian tak diingini.
Ada suami mungkin beranggapan “alah bini aku mesti dah expert, takkan nak meroyan jugak, ni dah anak no. 5 kot!”
Ads
Bayangkan kalau ibu berpantang perlu uruskan baby DAN anak-anak kecik yang lain seorang diri, tentunya mencabar juga.
Ketahuilah, setiap kali bersalin tetap ada risiko ibu berpantang mengalami stress, baby blues atau PPD.
Tak kisah anak no. 1, no. 2, atau no. 8 sekalipun, semua ada cabaran tersendiri. Setiap anak dan setiap kelahiran tak sama.
Ok, ada lagi satu bahaya, no. 4. Yang ni pelik sikit. Ibu sihat dan happy, luka pun dah baik, najis lembut tak sembelit, rengat tak ada, bengkak susu pun sikit-sikit saja.
Bila ibu ni dibiar sendirian, mungkin dia akan menggunakan kad kredit suami untuk shopping online bagi mengisi masa lapang sepanjang berpantang.
Ni pun bahaya juga takut kang tau-tau je tetiba card credit dah exceed limit😅
Ok no. 4 ni gurau, kalau ye pun apa salahnya reward isteri sebab lahirkan anak-anak kita kan🤭
Tapi no. 1-3 tu serius, jadi suami tolong pantau isteri-isteri anda lepas bersalin.
Nampak tanda-tanda pelik sikit, isteri mula senyap, nampak stress, asyik menangis, rasa nak marah pada suami dan baby, etc. Please get help and support.
Kalau Allah sendiri pun iktiraf pengorbanan wanita dalam Quran sebagai wahnan ‘ala wahnin, kesusahan atas kesusahan. Mengandung, berpantang, pastu menyusu pulak sampai 2 tahun atau lebih.
Jadi suami pun bolehlah hargai isteri dan support mental, fizikal & emosinya especially sepanjang mengandung, berpantang, dan menyusu.
Selepas bersalin pelbagai perkara yang boleh terjadi. Setiap kelahiran ada risikonya tersendiri. Risiko tertinggalkan cebisan uri adalah pengalaman yang dikongsikan ibu ini.
Uri adalah merupakan selaput dan saluran yang berkembang seiring dengan perkembangan si manja. Ia adalah sebagai sokongan kepada bayi yang sedang berada di dalam kandungan. Ia bertugas sebagai tempat menyimpan bahan zat mineral seperti karbohidrat, protein, kalsium dan ferum yang di salurkan kepada bayi melalui aliran darah.
Uri mempunyai pelbagai fungsi kepada janin dalam kandungan. Namun kegagalan mengeluarkan uri selepas kelahiran boleh menyebabkan mudarat kepada ibu, malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian.
Pengalaman ibu ini boleh dijadikan panduan kepada ibu-ibu lain. Berikan perhatian kepada perubahan diri semasa dalam fasa selepas bersalin. Peka kepada kelainan pada darah nifas boleh menyelamatkan nyawa!
Puan Eyna Kartina berkongsi apa yang dilaluinya semasa 15 hari selepas bersalin. Peristiwa keluarnya seketul ‘daging’ selepas rasa ngilu pada ari-ari rupanya adalah petanda sesuatu yang tidak normal. Rupa-rupanya ia adalah uri yang tertinggal.
Maaf ye. Gmbar nie bukan utk menggelikan mata or tekak sesapa. This is simply for AWARENESS kpd ibu n bakal2 ibu. Sy terpanggil utk berkongsi cerita, sbb sy xrugi pape, malah mgkin dpt membantu korg yg terpilih mcm sy.
Al kisah.
Sy dah 15 hr bersalin. Bersalin sy kali nie mudah. Sakit xlama, contraction xlama, potong n jahit pon xde. Alhamdulillah. Baby 3.37kg, babygurl. Sy pon dh hbs berurut n hari2 bertungku.
BESAR & PEJAL, BUKAN DARAH NIFAS!
RASA NGILU BAWAH ARI-ARI
Nk jd cerita, pd hr ke 13, sy start rs nyilu d bhgn bwh perut (ari2). Sangkaan sy, yelahhh biasala kann lepas berurut bertungku, mesty ada rs nyilu2 sikit. Sy mndi pkul 8 pg, dh siap mndi, dh sapu param tapel n sebagainya, tb2 sy rs ade sesuatu yg keluar. Besar & pejal. Bukan drh nifas biasa. Jd sy ke toilet, & ini yg mengejutkan sy.
TERUS BAWA KE KLINIK
Sy terus ke klinik kebetulan bby check kuning, sy trus refer doc berkenaan isi daging tue.. Doc scan, yaa.. Placenta masih tertggal. Berbaki lg d dlm perut sy. Sy terus d referkan ke hsptl tmpt sy bersalin. Lpas dh scan utk kepastian, sy kn warded n keesokannye, sy kn jalani minor operation utk cuci saki baki yg tertggal.
SYUKUR TAK TUMPAH DARAH
Alhamdulillah, smua berjalan lancar. Alhamdulillah, sy xalami tumpah drh or demam. Sbb slalunya, klw kes mcm nie, mesty akn tumpah drh or demam yg teruk. So dr situ boleh detect, uri tertggal. Alhamdulillah, urusan sy dpermudahkan. Klw xkeluar isi dging tu, xrefer doc, mungkin bnde tu masih ade d dlm, n worst to the worst situation, boleh membusuk bernanah, n of course penyakit laen pulak yg dtg.. Alhamdulillah, Allah syg.
PROSES 15 – 30 MINIT
Proses cuci mmg kt xrs ape.. Sbb bius 1 bdn. Proses ambil ms dlm 15-30 mnit sj. Doc akn masukkan kamera n alat suction tu. Xde belah2 potong2 jahit2 ke apa. So mommies, dun worry.
IBU PEKALAH KESIHATAN DIRI
To mommies, n bakal2 mommy out there, pls alert dgn kesihatan sndiri. If ade demam teruk or berpnjgan, tumpah drh etc, ataw ade keluar mcm sy ni, tlg straight to hsptal.. Jgn lengah2.. Jgn nnty2.. Bnde melibatkan nyawa.
Antara perkara yang paling mengerikan seorang ibu yang bersalin secara caesarean adalah apabila luka pembedahan masih tak baik-baik walaupun dah lebih seulan atau ia terbuka. Seriau kan?
Walaupun jarang berlaku namun ada wanita yang melalui pengalaman ini. Biasanya luka pembedahan ini terbuka semula atas beberapa faktor. Mungkin aspek penjagaan yang kurang dititikberatkan atau ada sebab-sebab lain.
Faktor luka pembedahan terbuka semula
JANGKITAN KUMAN PADA LUKA
Punca utama luka terbuka ialah disebabkan jangkitan kuman pada kawasan pembedahan. Risikonya 1 peratus.
IBU OBESITI
Berlaku kepada ibu hamil yang obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan. Lipatan kulit juga menyebabkan kawasan sentiasa lembap dan berpeluh yang menjadi punca pembiakan kuman.
IBU YANG MENGALAMI ANEMIA
Ibu hamil yang mengalami anemia berpotensi mengalami masalah luka pembedahan terbuka kerana kekurangan oksigen kepada tisu aktif yang melambatkan proses penyembuhan.
4. KURANG MENGAMALKAN KEBERSIHAN DIRI
Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika berpantang juga boleh menjadi punca seperti tidak mandi atau tidak membersihkan kawasan luka hingga luka dicemari peluh dan daki.
KURANG MINUM AIR
Kurang air menyebabkan kita mengalami dehidrasi yang melambatkan proses penyembuhan.
PEMAKANAN BERPANTANG TAK SEIMBANG
Tidak mengamalkan makanan seimbang ketika berpantang boleh melambatkan proses penyembuhan. Jadi, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan.
BERGERAK TERLALU LASAK
Kurangkan gerakan yang melibatkan tekanan pada abdomen seperti menjemur kain, meneran, batuk dengan kuat dan mengangkat benda berat.
MENYAPU ATAU MELETAKKAN MINYAK ATAS LUKA
Perbuatan menyapu ubat-ubatan tadisional pada luka pembedahan boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Jangan lakukan sembarangan.
TANDA-TANDA LUKA TERBUKA
SAKIT PADA BAHAGIAN LUKA
Kita mungkin akan mengalami rasa sakit pada bahagian luka selama 2-3 hari disebabkan jangkitan kuman pada luka.
DEMAM
Ada juga yang didahului dengan demam kuat disebabkan jangkitan pada luka pembedahan.
LUKA MERAH DAN BERNANAH
Perhatikan luka pembedahan sekiranya ada tanda-tanda ini. Segera ke klinik atau hospital terdekat.
KELUAR CECAIR
Ada sesetengah pesakit mendapati ada cecair keluar daripada luka pembedahan. Sekiranya cecair sentiasa mengalir (dan ia bukan peluh), itu salah satu tanda ada jangkitan pada luka. Segeralah ke klinik atau hospital berhampiran.
KOMPLIKASI LUKA TERBUKA
Menjadi punca jangkitan merebak dalam badan
Hubungan dengan anak terganggu kerana tidak mampu menyusukan kerana menahan sakit pada perut
Sukar buang air besar
Luka lambat sembuh
Luka akan dijahit semula tanpa bius
Tinggalkan parut yang tidak cantik
CARA PASTIKAN LUKA CEPAT BERCANTUM
-Selepas mandi, pastikan kita mencuci luka dengan betul.
-Bersihkan luka guna alkohol terlebih dahulu sehingga bersih. Boleh buat 2 hingga 3 kali.
-Selepas yakin bersih, sapu ubat kuning dan antibiotik pada luka guna putik kapas.
-Keringkan ubat dan kawasan luka.
-Tutup luka guna balutan dibekalkan hospital.
Mungkin sukar mahu bersihkan luka sendiri. Boleh minta bantuan suami atau ibu. Bersihkan luka dua kali sehari. Biasanya, dalam tempoh seminggu, cecair yang keluar daripada luka akan mula kering dan bercantum semula.
Sumber: cepatsihat.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang!
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi!
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!