Setiap ibu ayah menginginkan anak yang bijak dan sihat baik ketika di dalam kandungan ataupun semasa tempoh tumbesarannya. Amalan oleh ibu ketika sedang hamil boleh mempengaruhi anak di dalam kandungan. Mendidik anak sedari dalam rahim bukan sahaja untuk pembentukan fizikal otak anak tetapi jiwa spiritual mereka juga.
Di dalam penulisannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi beberapa tip yang boleh si ibu amalkan ketika mengandung sebagai inisiatif memastikan anak sihat dan bijak sejak dalam rahim.
TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.
Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”
Krediti foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.
BERI NAMA YANG BAIK
Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
Ads
SELALU BERKOMUNIKASI
Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.
AYAH SEMBANG DENGAN ANAK
Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga. Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.
‘DEKAT’ DENGAN AL-QURAN
Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.
Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.
Ads
ELAKKAN BERTENGKAR SEMASA MENGANDUNG
Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
MAKAN YANG ‘ELOK-ELOK’
Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.
Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.
Krediti foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.
Ads
Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.
Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Perkongsian ini sekadar inisiatif si ibu untuk menjaga kandungan supaya tumbesaran janin berlaku dengan baik. Diharapkan dengan mengamalkan perkara-perkara ini akan membuatkan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat sahaja.
Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang kini hamil lima bulan. Menerusi instagramnya semalam, Tasha mengumumkan khabar gembira itu kepada seluruh peminat dan juga pengikutnya.
Menerusi entri itu juga, Tasha turut berkongsi beberapa keping gambarnya dengan memperlihatkan baby bump yang jelas. Tasha kelihatan cukup cantik dan berseri-seri.
“Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, sahabat, dan keluarga tercinta.
“Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.
” Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya In shaa Allah,” tulisnya.
Kata Tasha lagi, sokongan rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya cukup membuatkan dia gembira.
“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.
“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin,” kongsinya.
Dalam pada itu, perkongsian Tasha itu turut mendapat perhatian daripada pengikutnya malah rakan-rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.
Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamil yang berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dia kini hamil empat bulan.
Menerusi Instagram keduanya semalam, baik Ernie mahupun Syamil, sama-sama berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram dengan berkongsi sekeping gambar bersama sambil memegang buku ‘pink’, bagi pemeriksaan ibu hamil setiap bulan.
“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulis Ernie ringkas.
Menerusi Harian Metro, Ernie turut berkongsi kandungannya yang kini berusia 16 minggu itu berdepan alahan teruk sebaik memasuki trimester kedua.
Kata Ernie, sepanjang tempoh awal kehamilan dia tidak berdepan sebarang alahan teruk, namun memasuki trimester kedua dia sudah mula berasa sensitif terhadap makanan dan mengalami alahan.
“Alhamdulillah usia kehamilan saya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan. Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan.
Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung,” kongsinya.
Tunggu masa sesuai berkongsi
Baru sahaja kehilangan ibu mentua pada bulan lalu, kata Ernie, dia dan Syamil menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi khabar gembira itu.
“Sebenarnya kami memang nak berkongsi berita ini lebih awal tapi disebabkan ketika itu arwah umi Syamel jatuh sakit dan meninggal dunia, kami rasa ia bukan waktu yang tepat untuk meraikan berita gembira ini.
“Biarlah keadaan kembali tenang dan seluruh ahli keluarga sudah cukup kuat dan reda dengan pemergian arwah umi. Kami tiada niat langsung nak sorok kehamilan. Jika ikutkan hati memang nak berkongsi lebih awal tapi tak terkeluar dalam waktu yang sangat sensitif untuk keluarga kami,” katanya.
Namun kata Ernie lagi dia bersyukur kerana arwah ibu mertuanya itu sempat mengetahui kehamilannya sebelum pergi. Malah begitu teruja sebaik mengetahui perkara itu.
“Sebelum umi nak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kami sempat membuat panggilan video dengannya. Alhamdulillah umi sangat gembira dan teruja.
“Kami bersyukur sangat apabila umi serta seluruh ahli keluarga sudah mengetahui berita gembira ini. Cuma sedih apabila arwah tak sempat untuk melihat cucu sulungnya,” katanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermula sebagai kawan karib, kemudian ‘bertepuk sebelah tangan’ dan sering digelar teman tapi mesra, sehinggalah Ardell jatuh cinta pada Nadzmi dan menjadi suami isteri, seolah cerita novel cinta.
Kini kedua-duanya sabar menanti kehadiran zuriat pertama mereka sejak berkongsi khabar Ardell berbadan dua akhir tahun lalu.
Dalam satu entri di Instagramnya, Nadzmi seperti sedang memujuk Ardell yang melalui proses menjadi seorang ibu.
“Setiap hari awak mengadu sakit, mengadu diri makin gemuk. Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik dan tak gemuk pun di mata saya.
“Comey je selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijaga keberadaannya. Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan, ” pujuk Nadzmi.
Tambah Nadzmi, dia berjanji akan sentiasa menemani isterinya itu dalam apa jua keadaan dan memohon agar isterinya sentiasa berdoa dan sentiasa kuat.
“Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahawa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu.
“Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. I love you to infinity @ardellaryana,” tulis Nadzmi lagi.
Nadzmi Adhwa berkahwin dengan Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin pada 1 September 2019.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.