Anak mudah terkena demam batuk selesema? Setiap bulan asyik sakit? Sabar.
Jika sudah bawa berjumpa dengan doktor/pakar kanak kanak, sudah diberi pemeriksaan yang betul dan tiada masalah, InshaAllah tiada apa apa.

Kanak-kanak berusia 6 bulan ke 6-7 tahun adalah normal untuk mendapat flu/common cold dalam 7-8 kali setahun, terutamanya mereka yang dihantar ke taska/rumah pengasuh.

Ini kerana di usia begini, badan mereka sedang membentuk imuniti untuk virus-virus yang terdapat di sekeliling mereka.

Ada terdedah kepada virus baru saja, mereka jatuh sakit. Ini adalah normal kerana itu adalah reaksi badan mereka melawan kuman dan membentuk antibodi terhadap kuman-kuman tersebut.

Dalam Setahun Anak Usia 6 Bulan – 7 Tahun Asyik Tak Sihat Normal. Ini Sebabnya!

Jadi, bila nanti kuman-kuman tu datang serang balik, badan mereka dah kuat sebab dah kenal kuman-kuman tu.

Tapi kena ingat yang ada beratus jenis kuman di luar sana. Sebab itu kerap sakit kerana terdedah kepada kuman yang baru.

Jika simptom mereka seperti batuk atau selesema atau demam biasa tidak semakin teruk dan sembuh dalam masa seminggu, InshaAllah ok saja.

IKLAN

Tetapi jika keadaan mereka semakin teruk dan terdapat tanda bahaya seperti nafas laju, nafas berbunyi, muntah teruk, tidak aktif tidak bermaya, cirit melampau, mengadu sakit kepala yang kuat, tak mahu makan minum, maka segeralah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sila jangan beli sendiri ubat batuk/selesema jika anak anda masih di bawah usia 2 tahun. Jika berusia 2-6 tahun juga, seeloknya dapatkan pemeriksaan doktor dulu ya.

Dalam Setahun Anak Usia 6 Bulan – 7 Tahun Asyik Tak Sihat Normal. Ini Sebabnya!

Batuk adalah salah satu respon badan untuk menyingkirkan kuman daripada badan mereka. Mereka tidak tahu bagaimana cara untuk keluarkan kahak mereka. Cuba lakukan tepukan di belakang mereka dan beri mereka minum banyak air kosong untuk bantu cairkan kahak mereka. Ada setengah kahak akan keluar melalui najis mereka.

IKLAN

Untuk selesema, boleh letak saline nasal drop untuk keluarkan hingus mereka atau mandikan mereka dengan air suam atau boleh sapu minyak yang sedikit panas pada dada mereka.

Hentikan stress dan fikir bukan bukan.

Kerap kena flu bukan bermakna perlukan vitamin extra, bukan sebab anda adalah parents yang teruk atau bukan sebab anak anda lemah. Doakan yang baik-baik untuk mereka.
Terdapat beratus jenis kuman di sekeliling kita. Ada sesetengah kanak-kanak yang membentuk imuniti sedikit perlahan berbanding kanak-kanak lain. It’s okay. Mereka sedang membesar

Terus pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerap cuci semua permainan mereka. Cuci pakaian mereka dengan air suam dan sabun yang betul. Pastikan mereka makan makanan yang sihat dan minum air dan susu dengan elok.

IKLAN

Jika ada pet/carpet, pastikan ianya sentiasa bersih. Jika benar anak anda alah pada sesuatu, maka elakkan ia.

Dalam Setahun Anak Usia 6 Bulan – 7 Tahun Asyik Tak Sihat Normal. Ini Sebabnya!

Monitor berat dan perkembangan mereka. Jika normal, InshaAllah tak perlu risau ya.
Dan yang paling penting adalah jangan membandingkan dengan sesiapa. Ini yang membuatkan kita akan semakin letih dan stres.

Ibu bapa yang positif InshaAllah akan melahirkan anak-anak yang gembira. Bagi mereka masa untuk membentuk imuniti mereka.

Jika berasa tidak yakin atau tidak sedap hati, bawalah berjumpa doktor yang bertauliah, bukan bertanya di media sosial ya.

Kredit: Dr. Erna Nadia

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI