Kehamilan

“Dari Kami Berempat” Isteri Fizi Ali Hamil, Wargamaya Nampak Baby Bump!

Share

Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Fizi Ali yang bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi memuat naik foto bersama isterinya iaitu Siti Zulaikha dan anak tirinya ketika raya pertama.

Apa yang menarik perhatian pastinya kapsyen Fizi yang beraya berempat tahun ini.

“Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada kami berempat,” tulisnya.

Menerusi foto yang sama, turut kelihatan baby bump Zulaikha namun tidak dapat dipastikan usia kandungannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata selebriti dan wargamaya turut tumpang gembira atas khabar yang dikongsikan Fizi dan mengucapkan tahniah atas kehamilan itu.

Terdahulu, Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lalu. Fizi pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

IKLAN