Betullah orang kata, bila ada anak perempuan, keterujaan untuk menggayakannya buatkan ibu-ibu berpinar mata nak beli baju dan aksesori yang comel. Kalau boleh dari hujung rambut sampai hujung kaki, biar anak nampak cantik.
Sama jugalah situasi ibu ini, Puan Eida Alias, 25, ibu kepada Nur Annasya Mardhiyyah bt Mohamad Sobrie, 2 tahun 2 bulan yang begitu pandai bergaya dengan penampilan bertudung macam orang dah besar.
Mula pakai tudung ketika 10 bulan
Menurut Eida, ketika Annasya berumur 2 bulan lagi, memang dah dibiasakan pakai perhiasan di kepalanya. Contoh ketika nak keluar selalu pakaikannya headband. Ketika umurnya 10 bulan, saja suka-suka pakaikan tudung ketika hari raya dan tak sangka dia ok.
“Kebiasaannya kanak-kanak, bila dah lama-lama pakai dan rasa tak selesa, akan ditariknya tapi Annasya tiada masalah. Jadi selepas itu, saya mula membeli tudung sarung untuk membiasakannya dan selepas itu cuba pula pakaikan tudung bawal dan shawl. Alhamdulillah dia tak cabut pun, melainkan saya yang buka.
“Walaupun dililit atau dipakaikan kerongsang, penerimaannya sangat bagus malah saya tengok dia jadi lebih yakin dan seronok apa yang dia pakai. Bagaimanapun, bukanlah sepanjang masa keluar saya mewajibkan pakai tudung. Tengok pada cuaca dan tempat jugalah. Semua ni kena ambil kira sebab dia pun masih kecil,” katanya.
Ads
Ada 20 koleksi tudung
Tambah Eida lagi, tak sangka setiap kali dia berkongsi gambar-gambar Annasya ramai yang beri komen positif. Jadi sejak dari itu saya pun mula menambah koleksi tudung Annasya dan jika beli sedondon saya akan jahit ikut saiznya. (Klik sini untuk dapatkan koleksi tudung Annasya)
Kini Annasya dah ada 20 koleksi tudung. Semua itu akan dipakainya mengikut kesesuaian tempat bila nak keluar. Lagipun suami dan ahli keluarga menyokong dan tak kisah, asalkan Annasya gembira.
Disebabkan gaya Annasya yang memakai tudung macam orang besar, ke mana saja dia pergi mesti orang akan geram. Kadang kita pula rasa serba salah,” kata Eida yang bertugas sebagai pembantu tadika di Terengganu.
Suka bawa beg tangan
Ads
Kongsi Eida, selain suka memakai tudung tiap kali nak keluar, ada satu lagi tabiat Annasya adalah nak bawa beg tangan. Tak kisahlah ke mana pun, beg tangan mesti ada. Jika tak dia akan tanya dan minta.
“Itu pun dia minat dengan sendiri. Mungkin sebab selalu tengok ibunya bawa. Jadi dalam beg tangan itu mesti kena ada duit RM1, pelitup mukanya dan makanan kegemarannya. Tiga barang ni wajib ada.
“Kalau budak-budak lain mungkin rasa rimas bila nak pegang-pegang, tambah lagi bila nak main atau berlari-lari tapi Annasya dia tak begitu. Kadang nak tergelak pun ada melihat gelagatnya,” ujarnya.
Menurut Eida lagi, ada jugalah ibu-ibu yang ada anak perempuan tanya apa tip yang dia buat pada Annasya sehingga boleh memakai tudung dengan elok?
Ads
“Jawapan saya adalah, biasakan dari awal lagi dengan memakai aksesori di kepalanya dan bila dah boleh duduk, boleh cuba pakai tudung sarung. Bila anak dah biasa, dengan sendirinya ok.
“Tapi jika awal-awal anak tak biasa, bila dipaksa pakai itu yang buat anak menangis dan mahu menarik atau mencabut apa saja yang ada di kepalanya. Lagi satu, anak-anak kecil ini kita tak boleh paksa. Sebab setiap anak, tak sama.
“Apa yang penting, mereka rasa enjoy melalui kehidupan kanak-kanak sama seperti rakan sebayanya,” akhirinya.
**Boleh dapatkan tudung kanak-kanak yang comel di sini pada harga yang berpatutan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya kerana tiada wang membayar kos pengebumian sebanyak RM300 dipinta pengurusan jenazah sebuah surau, seorang bapa hampir tidak dapat menyempurnakan pengebumian bayi lelakinya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di hospital, malam tadi.
Disebabkan itu juga, lelaki bekerja sebagai pembantu gerai makan itu terpaksa membawa pulang jenazah bayinya ke hospital semula selepas buntu untuk mengebumikan anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan.
Aktivis Gerakan Amal Team Membayar Kos Pengebumia Berkenaan
Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik apabila seorang aktivis gerakan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali sebagai Hery membantu urusan berkenaan sehingga selesai, termasuk membayar kos pengebumian berkenaan.
Tidak Cukup Wang
Mohd Zulhairi ketika dihubungi berkata, dia membantu lelaki itu selepas wakil sebuah hospital menghubunginya pagi hari ini memaklumkan pasangan suami isteri yang tidak cukup wang bagi mengebumikan jenazah bayi lelaki mereka.
Hanya Ada RM150, Tapi Surau Minta 300
Katanya, ketika bertemu, lelaki itu memaklumkan hanya ada RM150 bagi mengebumikan jenazah anaknya selepas pihak pengurusan sebuah surau meminta bayaran RM300.
“Ketika saya berjumpa dengannya, lelaki itu mulanya bertanya berapa jumlah bayaran yang saya kenakan (membantu menguruskan jenazah).
“Saya terharu dan sedih sebelum menyatakan saya lakukan secara ikhlas tanpa mengenakan bayaran.
“Terus lelaki itu memeluk saya sambil memegang jenazah bayinya dan menangis,” katanya yang turut berkongsi kisah itu di akaun Facebooknya, hari ini.
Diminta Bawa Pulang Jenazah Ke Hospital Kerana Tak Cukup Duit
Mohd Zulhairi berkata, dia kemudian membawa lelaki berkenaan bersama jenazah bayinya ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi bagi urusan berkenaan.
Katanya, ketika berbual dengan lelaki itu ketika pengebumian, dia memaklumkan pihak pengurusan surau berkenaan memintanya membawa jenazah pulang semula ke hospital selepas dimaklumkan tidak mempunyai wang mencukupi.
“Ketika itu dia membawa jenazah bayinya bagi urusan pengebumian, namun selepas wang dipinta tidak mencukupi, pihak pengurusan surau itu memintanya pulang semula ke hospital.
Sepatutnya Dahulukan Urusan Pengebumia, Bukan Urusan Kewangan
“Saya sebak dan sedih apabila mendengar kisahnya itu sedangkan urusan yang sepatutnya didahulukan adalah urusan pengebumian dan bukan urusan kewangan,” katanya.
Menurut Mohd Zulhairi, dia dimaklumkan bahawa bayi berkenaan meninggal selepas isterinya lelaki itu terjatuh di dalam tandas dan menyebabkan keguguran.
Katanya, dia kemudian mengambil jenazah bayi itu bagi urusan memandi, mengafan dan mengebumikannya.
“Sepanjang itu, hanya RM60 sahaja yang saya keluarkan bagi proses menggali dan mengebumikan mayat bayi lelaki berkenaan.
“Paling sedih kerana sebagai orang Islam, urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu, namun itu tidak berlaku,” katanya.
Mereka yang ingin membantu operasi gerakan Amal Team boleh melayari akaun FB, Mohd Zulhairi Zainol.
Niat gembirakan anak tapi sebaliknya pula berlaku tanpa disangka-sangka. Itu yang dialami oleh seorang ibu apabila anaknya mengalami koyakan di lelangit akibat tercucuk mainan tiup yang biasa digunakan ketika majlis hari jadi.
Hanya sebab terjatuh telah meninggalkan kesan trauma buat Puan Nur Hidayah Baharom dan anaknya dan perkongsian ini juga dapat memberi peringatan bersama buat ibu bapa.
Bismillahirrahmanirrahim..Untuk pengajaran buat saya dan ibu bapa di luar sana supaya tidak leka. Apa pun yang anak-anak kita pegang, main kena lihat boleh terjadi tercucuk di mata, hidung atau seperti sekarang yang terjadi pada anak sendiri.
Tujuan saya update cerita ini hanya untuk di jadikan peringatan dan pengajaran agar lebih berhati-hati untuk masa depan anak.
Jatuh tersembam ketika bermain
Anak saya Nur Alisha Safiya binti Mohd Khairul Anuar umur 2 tahun sedang main mainan yang tiup-tiup seperti yang ada dalam majlis hari jadi itu. Ketika mainan itu berada dalam mulutnya tiba-tiba dia terjatuh dan terus tersembam sehingga tergodok masuk dalam mulutnya.
Oleh kerana jatuh secara mengejut dan berlaku depan mata sendiri, darah tak berhenti keluar. Tak boleh nak bayangkan situasi pada waktu itu kerana saya sendiri mengigil tengok arah yang keluar tanpa henti .
Mainan tiup yang tercucuk ke lelangit
Koyakan di lelangit, kena jahit
Akibat menangis sampai hilang suara Alisha dan muka mula jadi kebiruan. Tanpa berlengah masa terus basuhkan mukanya dan bagi minum air sejuk.
Bila darah dah kurang sikit jelas kelihatan koyakan yang agak besar di tepi lelangitnya dan terus bawa ke hospital. Sampai di hospital terus di rujuk pakar untuk rawatan selanjutnya dan jahit di tempat koyakan tersebut.
Peringatan buat ibu bapa
Bila kes ini berlaku pada anak sendiri rasa menyesal sangat tapi tujuan perkongsian ini bukan untuk meminta simpati atau buka aib sendiri.
Harapnya perkongsian saya ini dapat beri peringatan pada semua ibu bapa lain. Kadang-kadang kita nak anak gembira tetapi kita tak perasan mainan yang biasa itu sekadar straw je boleh jadi puncanya.
Mohon doakan kesembuhan untuk anak saya semoga cepat baik dan tiada apa-apa yang serius untuknya.
Sebut sahaja anak bongsu pelakon, Rozita Che Wan, sudah terbayang akan wajah cantik persis ibunya. Sama seperti Che Ta, si comel Aaisyah Dhia Rana juga kaki melaram.
Malah kata Che Ta lagi, dia tidak kisah akan kegemaran anak kecilnya itu asalkan dia gembira dengan apa yang dilakukannya.
Terbaru, Aaisyah tampil dengan gaya Bollywood pula bagi mempromosikan produk inai ibunya di Instagram.
Sama seperti memakai tudung sendiri, kali ini Aaisyah mahu bersiap sendiri pula dalam gaya Bollywoodnya.
“Hampa ghasa, kalau anting-anting sebesaq planet tu dia pandai dahhh pakai sendiqi, dia cakap “mommy meh Aaisyah pakai sendiqi” – dengan loghat Kedah dia yang tak berapa nak Kedah tu.
“Dia memang suka melaram dari kecik hampa, kami nak larang pun dah memang dia suka melaram, karaang kami tak bagi dia nangis merajuk, satu hapah tak guna. Kami pulak yang pening nak pujuk,” bwgitu kongsi Che Ta di Instagram.
Tidak mahu mengubah mood anak kecilnya itu, kata Che Ta dia tidak kisah asalkan itu membuatkan anaknya gembira dan sentiasa dalam mood yang baik.
“Biaq p laaa dia, janji dia happy hampaaaa, kalau anak hampa nak bergaya sakan pun takdak sapa nak larang, janji depa gembira, kita pun senang hati dak?,” tulis Che Ta lagi.
Dapatkan Telaga Biru Ensiklopedia Akhlak Rasullullah SAW dengan diskaun RM5. Gunakan kod ini PNMGSP5 di SINI.
Tampil mempromosikan inainya, kata Che Ta, anak kecilnya itu paling suka pakai inai. Asal sahaja tumbuh kuku baru, Aaisyah cepat-cepat menambahkan semula agar kelihatan cantik. Memang ikut mommy!
“Cuba tengok inai che ta kami kat jari dia tuuuu, mentang mentang la ada shoot, kemain dia topap siap yeeeee, kalo hampa nak cakap ratu inai bukan kami tau, si budak kecik ni ratu inai. Pantang tumbuh kuku baqu teruih nak menopap inai. Letupssssssss dia,” tulisnya lagi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.