Datin Almy Nadia Akui Menangis Setiap Kali Letak Anak Bawah Lampu Fototerapi. Peminat Kongsi Petua Pulihkan Jaundis

Share

Seorang ibu memang mudah tersentuh dengan keadaan anak. Demikian juga Datin Almy Nadia apabila bayinya mengalami jaundis.

Anak ketiganya yang dilahirkan pada 15 Disember lalu dinamakan Nurafrina Ayra kini mengalami jaundis sehingga memerlukan rawatan fototerapi.

Alternatif kepada rawatan di hospital, Almy telah bertindak menyewa mesin fototerapi bagi membuat rawatan sendiri di rumah. Almy juga telah mencuba pelbagai petua bagi memulihkan bayinya seperti mandi air kucai dan mandi air gula batu.

fizzalmy Punya dok lari taknak admit,taknak sewa benda alah ni utk anak.. akhirnya tewas. .. ngan mama dia tewas ????.. segala petua buat,mandi air kucai la,air gula batu la..

Harini terpaksa sewa kat umah sbb taknak admit.. air mata mama pun gugur. Bila tgk anak kena dok dlm ni.. doakan my little princess Ayra cepat sembuh ya dari demam kuning ni semua .. amin amin

Hari kedua rawatan fototerapi di rumah,  Almy menyatakan rasa sedih setiap kali meletakkan bayinya di dalam mesin fototerapi. Air matanya pasti jatuh. Namun wanita yang kuat semangat ini berkata dia perlu kuat demi kesihatan si kecil ini, suami dan anak-anak yang lain.

fizzalmy Day 10 of pantang,baki 34hari lg.. dan Day 2 terapi dekat rumah jer.. harap berkurangan la kuningnya.. kuningya smlm ms check 270.. tu terpaksa sewa benda alah ni.. wlpn setiap kali nak letak baby bawah lampu biru ni,setiap kali jgk air mata mama mesti jatuh..

Tapi demi kesihatan anak mama kena kuat… mama kena kuat demi baby demi diri sendiri nak kurus,treament jadual penuh,kena kuat demi kakak2 dia .demi suami nak jaga perut…..itu lah pengorbanan seorang wanita?????

Para peminat memberikan kata-kata semangat buat Almy dan berkongsi tip untuk memulihkan jaundis bayinya.

SUSUKAN BAYI DENGAN SUSU IBU

JANGAN MAKAN JAMU DULU

ELAKKAN MAKAN LADA HITAM

Sumber: fizzalmy 

 

IKLAN