Demi menyara sebuah keluarga, seorang lelaki melakukan dua kerja dalam satu hari sehingga meragut nyawa.
Sebelum itu, tular semula video lelaki berkenaan yang merupakan seorang rider p-hailing menerima sekeping RM50 secara rambang di pusat beli-belah tahun lalu.
Namun siapa sangka rupanya individu itu telah menghadap Ilahi. Menurut isteri penghantar makanan itu, suaminya, Ahmad Farhan Othman telah dijemput Ilahi pada 2 Oktober lalu ketika sedang bekerja.
Sebagaimana memetik laporan Sinar Harian, Nursuziliana Mohd Johari, 32, pemergian suaminya amat mengejutkan kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit, namun dipercayai meninggal dunia ketika sedang bekerja.
KERJA SIANG MALAM UNTUK SARA KELUARGA
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, Ahmad Farhan turut mendapat pekerjaan baharu iaitu pemandu van awal September lalu, tetapi rutin menghantar makanan tetap dilakukannya demi menampung keperluan keluarga.
Ads
“Tetapi, kebelakangan ini arwah sering mengeluh dan mengadu penat. Mana tidaknya, seawal jam 7.30 pagi dia dah siapkan anak-anak kemudian pergi buat Grab sehingga 10 pagi
“Selepas itu, kerja jadi pemandu van hantar dan angkat barang-barang berat sampai jam 5 petang, kemudian sambung buat Grab sehingga 8 malam.”
75 PERATUS JANTUNG TERSUMBAT TERLALU PENAT
Ads
Isteri arwah juga mendedahkan suami meninggal dunia kemungkinan terlalu penat bekerja sehingga menyebabkan jantung tersumbat.
“Doktor ada kata selepas postmortem, 75 peratus jantung suami dah tersumbat mungkin sebab terlalu penat bekerja,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Genap 100 hari pemergian Sarah, pelawak dan usahawan berjaya Shuib Sepahtu mengadakan majlis tahlil untuk arwah malah dalam masa yang sama turut mengadakan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsunya, Ayash Affan.
Ayash yang kini sudah berusia tiga bulan itu diraikan dengan majlis penuh sederhana tetapi meriah oleh Shuib sekeluarga.
Menerusi Instagram Sarah, beberapa keping gambar ketika majlis berlangsung turut dimuat naik sebagai tanda kenangan. Namun menariknya, sekeping gambar Shuib bersama Ayash yang sedang tersenyum manis menjadi perhatian warganet.
Malah Shuib turut sama berkongsi gambar Ayash tersenyum manis di sisi bapanya.
“Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang.
“Alhamdulillah Syukur Ya Allah. Allah maha tahu di atas segalanya. Amin ya Rab,” tulis Shuib di Instagramnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik arwah, dapat dilihat dewan tersebut dipenuhi dengan dekorasi bunga melur dan belon selain mini pelamin untuk sesi bergambar.
Meskipun dilakukan pada saat akhirnya menurut kata Shuib di Insta Storynya, namun persiapan begitu lancar hingga ke akhir majlis.
Memilih tema warna putih kebiru-biruan, dekorasi cantik tersergam indah. Bahkan Shuib dan keempat-empat anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6 turut mengenakan pakaian serba putih.
“Perasaan saya dia ada saja”
“Hari ni genap 100 hari pemergian dia. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’dan senang menangis apabila teringat dia.
“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah sana sini.
“Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa nak terima. Saya cuba nak move on tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya berkongsi.
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati seorang perempuan senipis sehelai tisu. Mudah terasa jika dipersoalkan atau ketika di tegur dengan kasar terutamanya oleh insan tersayang. Sebagai suami yang bertimbang rasa dan romantis, biasanya mereka lebih peka dengan perasaan si isteri. Dalam perkahwinan, ada beberapa perkara yang tidak boleh suami sebutkan pada isteri.
Sesetengahnya kedengaran remeh, tetapi jika dikatakan pada isteri akan sangat mengguris perasaannya. Kadang-kadang mungkin suami terleka, tidak menyangka hal itu boleh membuatkan isteri berjauh hati. Dipetik dari laman Facebook Feminine HQ, mereka berkongsi 9 ayat yang JANGAN LAGI DISEBUT depan isteri.
Sumber foto: www.freepik.com
Suami, JANGAN LAGI Sebut 9 Ayat Ini Pada Isteri Anda, Atau Habislah…
1. “Cuba bawa bertenang. Rilek!” Ini ayat pertama yang para suami suka sangat sebut bila isteri mula membebel atau tak boleh bawa bertenang. Dan ini adalah ayat yang paling salah!
Apabila isteri marah tentang sesuatu, ayat suruh mereka bertenang tak akan membantu. Ia buat mereka rasa lebih tertekan dan anda tak nak mendengar apa kata-kata mereka.
Apa patut anda sebut: Sebaiknya anda tanya dia apa yang merungsingkan itu dan selesaikan masalah bersama-sama.
2. “Period ke? Patutlah!” Helo, isteri bukan asyik nak marah atau membebel ketika datang bulan saja tau! Ha ini yang buat isteri mula mengamuk bila suami sebut ayat ini.
Ada banyak sebab mengapa isteri marah – mungkin anda menyakitkan hati mereka, anda annoying atau sebagainya, dan period bukan sebab utama isteri marah.
Jadi, berhenti sebut ayat ini dan berhenti ingat anda tak melakukan sebarang kesalahan yang boleh buat isteri mengamuk.
3. “Apa masalah awak ini?” Ayat yang cukup tajam untuk si isteri. Tunggulah bebelan sepanjang siri Harry Potter pula akan keluar pula, ya!
Menyoal apa masalah isteri akan menyebabkan mereka anggap mereka “satu masalah” yang tak boleh dikawal.Ayat ini tak cukup empati dan rasa belas kasihan pada isteri.
Apa patut anda sebut: Cuba soal dengan lembut dan tertib tentang isu yang dihadapi mereka. Tanya bagaimana anda boleh membantu menyelesaikan masalah itu.
4. ” Dulu ex abang pandai masak ini.” Ex dan kisah dulu-dulu jangan pernah diungkit semula kalau tak mahu pinggan terbang, ya!
Apa patut anda sebut: Pujilah masakan isteri itu, dia sudah berusaha tau!
5. “Rimaslah! Awak asyik membebel saja!” Lagi anda kata anda rimas, lagi isteri akan membebel. Kan saya sudah cakap, ada sebab kenapa isteri membebel.
Ia mungkin ada permintaannya tak ditunaikan, atau anda tak meringankan beban dia langsung!
Cuba ambil alternatif bijak dengan mencari punca kenapa isteri membebel dan selesaikannya.
6. “Tengok perempuan itu, lawa! Isteri mana yang tak cemburu kalau suami puji wanita lain. Suami pun janganlah gatal nak puji wanita lain depan isteri kalau tak mahu isteri tarik muka dan merajuk pula.
Tapi, biasalah lelaki kan… mata kena cuci juga. Cuba kurangkan kalau tak mahu bergaduh!
Tip: Kalau kantoi isteri anda nampak anda tengok perempuan lain, cakap “Abang bersyukur isteri abang tak macam dia itu. Seksi sangat!”
Ehem, rahsia kita okay?
Apa yang penting, sama-samalah kita suami isteri menjaga tutur kata masing-masing.
Ia demi perkahwinan bahagia hingga ke anak cucu kita juga. Bukan untuk orang lain.
Bolehlah jadi rujukan para suami. Mungkin ada ayat lain yang akan buat si isteri terasa hati, tetapi ini adalah yang paling asas. Apa-apa pun, dalam hidup berumah tangga haruslah saling menghormati dan menjaga hati antara satu sama lain.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang berakhir pada 9 Jun ini digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Jelas Perdana Menteri PKPP itu lebih banyak memberikan kelonggaran kepada rakyat untuk jalani aktiviti seharian namun dalam masa yang sama masih mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Pada petang ini saya nak mengumumkan satu berita yang agak melegakan kepada anda semua. PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada saudara-saudari untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan. 5.”
Selain itu, beliau juga turut menyampaikan berita yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia, iaitu kebenaran melakukan perjalanan merentas negeri kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan bermula pada 10 Jun ini.
“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung. Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.”
Tambahnya juga, aktiviti pelancongan domestik juga akan dibenarkan bagi fasa penjanaan semula ekonomi negara
“Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana. Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup,” ujarnya dalam perutusan khas petang tadi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!