Keibubapaan

“Dengan Anak Lelaki Ni Sabarnya Kena Lain Macam,” Lasak Dua Kali Ganda, Elak Emosi Berlebihan Pada Anak!

Share

Orang kata pengalaman membesarkan anak lelaki ternyata lebih hebat. Malah mak ayah yang mempunyai anak lelaki yang ramai juga menjadi mak ayah yang cukup penyabar dalam segala hal. Hebatnya kerana berjaya membesarkan macam-macam hal yang diinginkan anak lelaki, yang sentiasa hendak mencuba dalam hidup mereka.

Pun begitu anak perempuan juga tidak kurang hebatnya. Pengalaman membesar dan mendidik anak perempuan juga tidak mudah. Berdepan dengan emosi anak perempuan saban hari mendorong mak ayah menjadi ibu bapa yang lebih peka dalam segala hal.

Kedua-duanya sama, banyak kelebihannya namun anak lelaki menjadikan mak ayah semakin bertambah aktif dan sabar. Perkongsian En Mohd Fhais mengenai anak lelaki ini menarik untuk dikongsi. Benarnya katanya, kesabaran mak ayah menjadi semakin tinggi bila mana punya anak lelaki.

Dengan anak lelaki ni kena banyak sabar.

Dia punya lasak 2 kali ganda huru hara daripada anak perempuan. Tak kenal erti penat, tak tahu nak putus asa dan paling geram bila dia nak main benda yang bukan-bukan.

 

Tapi yang bagusnya anak lelaki ni tak mudah jadi takut dengan sesuatu perkara.

Sebab sejak azali lagi lelaki ni 9/10 dia guna akal manakala 1/10 je emosi.

Sekali dia terfikir nak buat sesuatu selagi tu dia akan cuba dan cuba buat. Biar la jatuh berapa kali pun dia tak mudah jadi takut.

Kecuali mak ayah ajar anak jadi takut.

 

Bila mana mak ayah mula ajar anak berfikir guna otak limbic ( otak emosi ) maka sejak dari itu sedikit demi sedikit dominasi otak cortex ( otak fikir ) akan berkurangan.

Anak jatuh dari basikal sikit terus keluar fatwa, basikal haram. Tengok berita ramai budak kecil tercekik biji rambutan terus buat fatwa sendiri, rambutan haram.

Begitu la, tanpa sedar anak belajar guna emosi untuk buat keputusan. Lagi satu anak lelaki ni juara imitating ( meniru ), terutamanya role model mereka sendiri yang kebiasaannya ialah si ayah. Jarang sekali si ibu kecuali ibu ada autoriti lebih tinggi dari ayah semasa di rumah.

Semasa hadapi anak yang lasak ni mak ayah kena tenang dan sabar. Walau apa pun situasi jangan melatah melampau sangat sampai anak nampak expresi emosi kita tu.

Cuba semak balik cara kita didik anak, kalau nampak tanda anak mula ada rasa takut untuk cuba sesuatu yang baru maknanya dia dah mula gunakan emosi untuk berfikir.

Wallahu A’lam,

IKLAN