“Maafkan saya cikgu, saya pakai selipar kerana kasut saya hilang dibawa arus banjir,” luah Nasrin Mukmin Nasir kepada salah seorang guru yang menanti di hadapan pagar sekolah.

Nasrin adalah salah seorang murid yang tetap bersemangat untuk hadir ke Sekolah kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang, Kelantan walaupun hanya berselipar sahaja, selepas kasutnya hilang kerana hanyut dibawa banjir, baru-baru ini.

Risau dimarahi guru

Dia yang pada awalnya dilihat dalam kerisauan akhirnya tersenyum gembira apabila guru bertugas tidak memarahi sebaliknya terus memberi semangat dan mengucapkan syabas kerana tetap hadir walaupun baru sahaja ditimpa musibah.

“Saya sudah tiada kasut lain untuk dipakai, selain tidak mahu menyusahkan ibu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya cekalkan hati untuk datang juga ke sekolah dengan berselipar getah sahaja.

“Abah saya hanya mengambil upah sebagai buruh dan ibu pula tidak bekerja, sudah pasti mereka sukar untuk mencari wang memandangkan kediaman kami juga teruk ditenggelami banjir.

“Sejujurnya, saya cemburu melihat rakan lain mampu ke sekolah hari ini dengan lengkap berkasut baharu, tetapi saya cekalkan hati kerana mengingatkan pesan ibu untuk terus belajar walau dalam keadaan apa sekali pun,” katanya ketika ditemui di SK Gual To’Deh pada hari pertama persekolahan.

IKLAN

“Maafkan Saya Cikgu, Saya Pakai Selipar.” Tetap Ke Sekolah Dalam Serba Kekurangan

Kasut tak hilang, tapi penuh lumpur

Sementara itu, bagi Mohd Anas Ashraf, 9, dia tidak malu untuk datang ke sekolah dengan berselipar getah kerana teruja untuk berjumpa rakan-rakan dan memulakan sesi pembelajaran di dalam kelas bersama guru.

“Kasut saya ada, tidak hilang dibawa arus banjir tetapi disaluti lumpur yang teruk. Ibu saya dah cuba mencucinya berkali-kali namun lumpur tetap tidak hilang jadi ia perlu dibeli baru.

IKLAN

“Saya datang dahulu ke sekolah dengan berselipar hari ini, kerana ibu dan ayah berjanji untuk membelinya dalam masa terdekat selepas mereka boleh kembali bekerja.

“Sebenarnya saya takut juga dimarahi guru kerana tidak berpakaian lengkap, namun berasa lega kerana cikgu membenarkan kerana faham akan situasi kami yang menjadi mangsa banjir,” katanya.

Kredit: Metro

BACA [Anak Masuk Tahun 1, Satu Je Cikgu Harapkan Daripada Ibu Ayah Tinggal & BALIK!]

IKLAN

BACA JUGA [Anak-Anak ‘Raja COPY, CCTV’ Paling Power! Apa Ibu Ayah Buat, Semua Dia Tiru]

“Maafkan Saya Cikgu, Saya Pakai Selipar.” Tetap Ke Sekolah Dalam Serba Kekurangan

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI