Kehamilan

Detail Scan Lebih Penting Dari Scan 3D, 4D. Sebaiknya Dilakukan Masa Kandungan 18-26 Minggu

Share

Ramai ibu bila dah tau mengandung akan gembira sangat. Ada tu yang tak sabar nak tengok jantina bayi.

Sebenarnya kalau diikutkan detail scan lebih penting daripada scan 3D, 4D, 5D. Kenapa?

Berikut perkongsian dari Klinik Dr Asmah.

Kalau tanya saya secara personal, MEMANG SANGAT PENTING!!
Lagi penting dari 3D,4D,5D
Bukan nak kata 3D,4D,5D tu tak penting. Tapi seeloknya buatlah DETAIL SCAN ni..

Detail scan ni doktor akan scan dengan lebih DETAIL. Maksudnya dari otak sampai kaki. Doktor akan check otak ok tak, sebab sesetengah baby ada yang otak kosong atau penuh dengan air. Doktor juga akan check spine, badan, kira satu persatu jari kaki tangan. Doktor akan check jantung ok tak, berlubang atau tak.

Ha!!! itulah maksud DETAIL SCAN. Detail scan ni lebih accurate dalam 18-26 minggu sahaja sebab kalau dah besar, baby akan padat sangat. Ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat.

DETAIL SCAN ni dalam hitam putih ja. Jadi jangan minta yang berwarna pada doktor masa detail scan ni ye.

Sumber: Klinik Dr Asmah

IKLAN