“Tak pernah Awal bayangkan perasaan dapat melihat sekali lagi proses kelahiran. Yang boleh saya katakan, itu adalah MAGICAL“.
Ini antara detik-detik yang cukup mendebarkan setelah penantian selama 6 tahun menunggu kelahiran anak kedua sebagai penyeri dalam rumah tangga Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.
Mengimbas kembali proses kelahiran cahaya mata keduanya itu, Awal akui teruja, berdebar dan segala macam perasaannya waktu itu. Tiada kata-kata dapat diungkapkan saat melihat bayi yang ditunggu selama ini berjaya lahir dengan selamat.
“Hanya ucapan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Assalamualaikum’ keluar dari mulut daddy saat mendengar tangisanmu anak, ” kongsinya.
Kongsi Awal lagi yang menemani Scha sepanjang proses kelahiran itu, ketenangan alunan ayat al-Quran dan diselang seli bunyi mesin degupan jantung seolah memberi isyarat hanya beberapa ketika lagi akan keluarlah seorang anugerah dari Allah SWT.
Bunyi heart beat monitor, doctor’s pink boots dan tiba-tiba keadaan jadi sedikit kelam kabut, blood everywhere, heart beat jadi laju dan keluarlah seorang bayi yang diselaputi wax putih, tertonggeng sambil tapak kaki nya di pukul.. mulutnya dimasukkan tube kecil..
Ads
“Nangis lah.. nak dengar nangis sikit..” Kata nurse tu..
“Uweek..” sekali bunyi… tapak kakinya dipukul lagi.. mulutnya dicucuk lagi..
“Uweeeekkk… uweeeekkkk.. uwaaaaaaaaaaaak..” dan terus tali pusatnya di potong dan dibawa ke atas meja..
Ya Allah, aku bersyukur dapat sekali lagi menjadi saksi kepada keajaiban ini..
Ads
Sebelum ini, Awal telah berkongsi di instagramnya, bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu telah selamat dilahirkan jam 9.15 pagi secara pembedahan pada 12 Februari lalu.
Terima kasih kepada semua doktor pakar dan jururawat Hospital Prince Court yang cukup tenang menyambut kelahiran anak kedua kami dengan pengalaman yang tak akan dilupakan.
Ads
Nak tahu perjalanan kelahiran yang sangat istimewa ini, Awal dan Scha akan berkongsi detik-detik tersebut secara eksklusif hanya kepada penonton Schawal Baby Boom malam ini jam 9.30 malam di Astro Ria 104.
Nantikan rakaman peribadi Awal yang penuh dengan momen menarik dan semestinya anda yang menonton pada malam ini pasti akan rasa sebak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru-baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
selain mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan untuk mengelakkan penularan penyakit, ibu bapa juga perlu mengambil kira pemakanan yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak agar dapat membantu sistem pertahanan badan mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan juga yang tidak berjangkit.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa jenis sayuran yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan daya tahan si kecil.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
.Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Lama menunggu, akhirnya pelakon Jehan Miskin kini bergelar bapa selepas isterinya Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki mereka Sabtu lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Jehan menerusi lama sosialnya dengan memuat naik fotonya bersama cahaya matanya yang sudah diberikan nama.
Sepakat memilih nama, Axel Nova Rhee Jehan, nama indah yang dipilih Jehan dan isterinya buat anak pertama mereka.
” Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan.
“Lahir pada tengah malam hari ke-9 sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api.
“Awak benar-benar satu keajaiban,” tulis Jehan menerusi Instagramnya.
Menerusi kapsyen yang dikongsikannya itu, Jehan turut berkongsi dua keping gambarnya yang sedang memegang putera sulungnya itu.
Dengan sekeping gambar sudah cukup menjelaskan kebahagian kerana akhirnya selepas menanti pada tempoh yang cukup lama, si comel Axel Nova Rhee Jehan sudah pun berada di dalam dakapan.
Tahniah diucapkan buat Jehan dan isterinya. Malah di ruangan komen turut dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah dari rakan selebriti juga seluruh pengikutnya di Instagram.
Sebelum ini, isteri Jehan, Julie Camelia yang merupakan warganegara Korea itu mengakui teruja dan tidak pernah membayangkan dirinya hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
“Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan datang dalam dunia kecil kami, yang akan buat segala-galanya berubah. Kami akan bergelar ibu bapa,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @jehan_miskin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila seseorang wanita itu menyusukan bayinya, adalah normal jika selera makannya bertambah. Sekejap-sekejap pasti mencari makanan untuk dikudap. Itu adalah perkara biasa. Orang sekeliling seharusnya memahami situasi ini, terutamanya si suami. Janganlah pula dikecam asyik makan saja. Anda yang tidak merasa, pasti tidak akan faham rasa lapar itu macam mana.
Yalah, bila sudah asyik makan mungkin ada juga ibu yang risaukan penambahan berat badan. Sama ada ia okay atau boleh memberi kesan kepada kesihatannya. Ibu yang menyusui bayinya secara eksklusif untuk enam bulan pertama memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu.
Secara purata, untuk menghasilkan 100ml susu ibu, ibu perlu menggunakan sebanyak 85 kalori. Jadi, jika ibu menghasilkan dalam lingkungan 500ml hingga 700ml susu sehari, ini bermakna ibu akan membakar tenaga sebanyak 420 hingga 600 kalori sehari.
Berkenaan kebimbangan ibu-ibu yang menyusu tentang berat badan bertambah. Jika bayi sudah berusia tujuh bulan dijangkakan ibu pasti sudah mula memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi daripada usia bayi enam bulan. Di samping itu ibu masih juga meneruskan penyusuan susu ibu.
Namun apabila bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, keperluan menyusu mula berkurangan secara beransur-ansur. Oleh yang demikian penghasilan susu juga akan berkurangan kerana permintaan yang kurang daripada bayi. Maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga berkurangan. Selepas usia bayi enam bulan hingga setahun, susu ibu membekalkan satu per tiga hingga satu perdua daripada keperluan tenaga bayi sehari.
Apabila keperluan menghasilkan susu semakin berkurangan, tetapi jika pemakanan masih sama seperti dahulu, kalori berlebihan yang diambil ini tidak akan dibakar dan akan disimpan di dalam bahan sebagai lemak. Jika hal ini berterusan, maka lama kelamaan kenaikan berat badan akan menjadi ketara.
Pemakanan Seimbang
Terdapat persepsi dalam kalangan ibu yang menyusui bayinya yang merasakan tidak mengapa makan lebih kerana ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Hakikatnya tidak sebegitu terutama untuk keadaan apabila bayi sudah berusia lebih enam bulan. Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh faktor lain, antaranya gaya pemakanan yang kurang sihat dan pengambilan makanan yang tidak seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.
Tambahkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu makanan harian. Pilih cara masakan yang kurang berminyak seperti merebus, membakar atau mengukus. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau digoreng.
Senaman
Selain daripada faktor pemakanan, senaman secara berkala setiap minggu juga perlu dibuat untuk memastikan kalori yang berlebihan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Digalakkan bersenam selama tiga puluh minit setiap sesi dan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Selain itu, teruskan memberikan susu kepada bayi anda mengikut kehendaknya sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Jika bekerja dan bayi tiada bersama, pastikan ibu memerah susu setiap tiga jam untuk memastikan susu terus dihasilkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.