
Tiada seorang ibu bapa pun mahu lihat anak-anaknya sakit. Tapi jika dah ditakdirkan, tiada daya kita untuk menolak melainkan dengan izin Allah dapat sembuh kembali.
Begitu jugalah yang dilalui oleh seorang bapa yang memohon doa orang ramai untuk anak lelakinya Mohammad Nazfahrel Faizal agar diberi kesembuhan selepas menjalani dua kali pembedahan akibat kanser otak.
Menerusi Facebook group Ebit Lew Channel, Awang Faizal meluahkan rasa sebak setelah tidak dapat bertemu anaknya yang berusia tiga tahun itu berikutan kekangan akibat wabak Covid-19.

Ikuti perkongsiannya yang cukup menyentuh hati
Dikala kita dalam keadaan dunia yang dilanda wabak dan Ramadan pun musim PKP, kini Allah turunkan ujian lagi buat keluargaku. Allah uji sebab Allah sayang.
ARTIKEL MENARIK [Pasangan Yang Masih Menanti Zuriat, Ustaz Mujahidin Kongsi Doa Ini. Bacalah Setiap Hari!]
Di mana dia menguji seorang budak berumur tiga tahun menghidap penyakit kanser ketumbuhan di pangkal otak dan telah menjalani dua kali pembedahan dalam masa 24 jam.

Sebak dan sedih hati bercampur pilu seorang kanak-kanak Mohammad Nazfahrel Faizal adalah anak saya sendiri. Kini dia masih berada di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah & akan meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi.
Mungkin mengambil masa lebih kurang dua tahun.. Selepas pembedahan saya sendiri tak boleh bertemu anak saya sampailah sekarang disebabkan isu wabak Covid-19.

Di sini saya ingin meminta dan memohon jasa baik anda cuma doakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan urusan anak saya.
LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang ‘Gembira’ Bukan ‘Sempurna. Yang Sempurna Itu Tak Wujud]
Saya tidak meminta lebih hanya doa daripada anda. Terima kasih semua dan semoga Allah permudahkan dan beri perlindungan kepada kita semua. Aamiin.
Sumber : Facebook Ebit Lew Channel ; OMM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu Pantang Rehat Cukup-Cukup, Bukan Buat Kerja Rumah & Keluar Berjalan. Takut Bentan Jadinya!

Dalam tempoh berpantang, ibu seharusnya mendapatkan rehat yang secukupnya. Tidak perlu berjalan-jalan atau buat kerja rumah yang berat. Tumpukan perhatian untuk pulihkan kesihatan badan seperti sedia kala. Jangan culas untuk berpantang secara berdisiplin.
Pewaris & Pengamal Perbidanan Melayu, Siti Aishah, berkongsi tentang kisah seorang ibu yang mengalami bentan kerana terlalu yakin untuk bergerak aktif selepas melahirkan bayinya. Akibatnya, dia didiagnos postpartum foot drop, yang menyebabkan dia tidak mampu bergerak.

Ikuti kisah ini sebagai pedoman bersama.
Kisah ibu muda bentan berjalan2 dalam hari.
Kak Ice tahu yang kesan berjalan2 banyak ni boleh buatkan seorang ibu boleh lumpuh. Tetapi tidak pernah berhadapan dengan pesakit bermasalah sebegini sehinggalah Kak Ice attend seorang ibu pada tahun lepas.
Artikel Lain: [Bila Nak Bersalin, Ibu Hanya Harap Anaknya Selamat ‘Keluar’. Yang Lain, Dia Tak Fikir!]

Kisahnya….
Dia seorang ibu muda. Baru lepas bersalin anak no 2. Bayi baru usia 6 bulan. Dia call kak ice pagi2 meraung2 cakap minta kak ice datang urutkan dia. Mula2 kak ice tak faham apa dia cakap. Sebab dia bercakap sambil menangis.
Kemudian dia pass fon pada suaminya. Suaminya beritahu kak ice yang isterinya dah 5 hari tak boleh berjalan. Dia rasa kebas dan kadang rasa menyucuk2 yang teruk pada bahagian kakinya sehingga dia perlu mengengsot sebelah kaki untuk berjalan. Doktor diagnose kes dia sebagai postpartum foot drop, kes yang jarang2 berlaku.
Kisahnya dia sihat2 sahaja selepas melahirkan anak. Terlalu sihat sehingga dia melakukan 1001 kerja rumah dengan sendiri. Katanya disebabkan ianya anak no 2 maka dia kata sudah “berpengalaman” dan kuat berpantang sendiri.
Lalu dia menjalani rutin hariannya sendiri. Sehinggalah dia mula memandu sendiri kereta manual untuk hantar anak sulong ke babysitter setiap hari. Kemudian dilajakkan ke pasar harian untuk beli lauk harian.

Masa anak dia masuk usia 2 bulan, dia sudah rasa ketidakselesaan pada tubuh badan. Selalu sakit pinggang. Kakinya sakit yang menyucuk2 dari pinggul sampai ke hujung kaki.
Bagi dia, dia rasa sihat. Tetapi dia lupa otot (muscle), joints (sendi) dan nerves (saraf) tubuh badan yang dia guna 9 bulan 10 hari untuk bawa anak, ditambah dengan 6 jam contraction sebenarnya sangat2 tenat selepas bersalin.
Kemudian dia tidak beri kerehatan sepenuhnya kepada tubuh badannya. Dikerah buat kerja rumah. Berjalan ke sana kemari. Sedangkan ahli sukan yang injured pun diberi kerehatan. Dia sudah seperti buruh kasar menguruskan keluarga.
Dan sudahnya, selepas 3 bulan bersalin, pergerakan semakin terbatas. Perlu dipapah. Bertongkat. Doktor kata kemungkinan berlaku kerana komplikasi ketika bersalin sedangkan dia kata dia bersalin paling mudah anak ke 2 ni berbanding anak pertama.
Artikel Lain: [“Tak Ambil Langsung Minyak kelapa Dara.” Ibu Ini Kongsi Tip Bersalin Tanpa Koyakan]
Dan akhirnya dia sendiri mengaku. Dia mencabar dirinya agar jadi kuat. Mencabar diri dia agar jangan jadi wanita lembik dan lemah. Kerana termakan kata2 di socmed bahawa wanita berpantang ni lembik dan lemah. Dan dia sendiri mengaku berbeza pengalaman berpantang elok2 masa anak pertama dengan berpantang ajet2 kuat masa anak ke 2.

Nasi sudah menjadi bubur. Kes Foot drop bukan mudah diperbetulkan dengan urutan dan fisioterapi. Makan masa. Ada yang mampu sihat kembali. Ada yang kekal jalan capik seumur hidup.
Even ada seorang pelanggan kak ice yang merupakan seorang fisioterapi di hospital kerajaan mengatakan banyak kes ibu2 mudah kena foot drop dan sciatica selepas bersalin beberapa tahun lepas ini. Puncanya doktor masih beragak2. Tak mampu nak teka dan cari. Sedangkan dia yang berhadapan dengan ibu2 ni pun tahu bahawa kesan tak berpantang, banyak bergerak dalam pantang menjadikan kes2 ini semakin tinggi selepas bersalin.
Wahai adik2.
Tubuh badan kita adalah syurga kita.
Kesihatan itu mahal tapi enak.
Jangan dicabar tubuh, kesihatan tergadai.
Sebab itulah di dalam pantang tak boleh jalan merata2.
Nak beri kerehatan pada tubuh.
Kerana proses bersalin itu sendiri sangat2 memenatkan.
Membawa anak kehulu hilir 10 bulan sangat memenatkan.
Tidak bolehkan diberi masa 44 hari untuk merawat dan berehat.
Untuk tubuh yang sudah digunakan?
Dan kisah pesakit Kak Ice itu, masih ada bersisa sakitnya. Tidak mampu pulih sepenuhnya. Atas dasar mahu buktikan “kuat”, kualiti bersama anak2 terpaksa dikorbankan apabila tidak mampu bersama anak2 beriadah bersama, berjalan gelak ketawa berlari2 di pantai atau di padang permaianan. Kerana ibu dah tempah sakit sebelum masa.
Kesian si anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesanan Untuk Ibu Ayah, Jangan Biarkan Anak Kecil Mandi Di ‘Swimming Pool’ Guna Lampin Pakai Buang

Kadang-kadang kita biasa melihat ibu ayah bawa anak kecil mandi di ‘swimming pool’ dengan hanya memakai lampin pakai buang. Sebenarnya itu satu perbuatan yang boleh menyebarkan banyak virus seterusnya penularan penyakit pada orang lain.
Niat kita untuk membawa anak kecil bergembira mandi di kolam renang mungkin menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit tanpa kita sedar. Ibu ayah perlu sedar bahawa perbuatan membiarkan si kecil mandi di kolam renang awam tanpa memakai pakaian yang khas iaitu baju mandi mungkin menyebabkan penyebaran virus terutama sekiranya anak kita tidak sihat dan dibiarkan memakai lampin pakai buang!
Laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, telah berkongsi beberapa tips dos’ and don’ts yang perlu ibu bapa utamakan sebelum membawa anak kecil mandi di dalam kolam renang awam.
Berikut, merupakan langkah pencegahan penularan penyakit yang boleh di amalkan.


Rotavirus, virus penyebab penyakit AGE boleh di sebarkan melalui pencemaran kolam renang dengan NAJIS yang mengandungi virus tersebut.
Virus ini amat stabil di persekitaran menyebabkan sesiapa yang termakan, terminum, tersentuh objek yang telah tercemar akan di jangkiti.
Menurut kajian yang di lakukan oleh CDC,60% sampel air dari 160 kolam renang awam mengandungi pencemaran najis serta positif untuk bakteria E. coli.
—————————————————————————
Berikut Merupakan Langkah Pencegahan Jangkitan Penyakit Di Kolam Renang.
1. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE (cirit, muntah, demam, sakit perut) ke kolam renang.
2. Ibubapa juga dinasihatkan untuk memastikan anak-anak kecil tidak memakai lampin pakai buang apabila mandi di kolam mandi.
3. Lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
4. Orang ramai juga dinasihatkan agar makan makanan dan minum air yang bersih dan selamat.
Penyebaran penyakit berlaku akibat tindakan ibu bapa sendiri yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak mandi di dalam kolam renang dengan lampin pakai buang serta tidak mengutamakan kebersihan.
Untuk makluman, terdapat sejenis lampin pakai buang khas yang di gunakan untuk aktiviti berenang.
Ingat, kesihatan tanggungjawab semua. Tindakan sambil lewa anda mungkin mendatangkan bahaya kepada individu lain
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perut Seperti Hamil 4 Bulan, Kerap Kencing 10 Hingga 15 Kali Sehari, Wanita Ini Disahkan Menghidap Ovarian Cyst

Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidaklah diketahui.
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca persekitaran seperti kelemahan immuniti, toksin, dan hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormon estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.
Mungkin bagi wanita, apabila disahkan mengalami penyakit yang berkait dengan wanita, ia antara yang paling ditakuti. Cuma kekuatan semangat sangat penting untuk seseorang itu lebih positif dan cepat sihat.

Apa yang dikongsikan oleh Hety Ezleen mengenai pengalamannya yang disahkan ovarian cyst boleh memberi kekuatan pada wanita lain yang senasib dengannya.
Ramai yang bertanya pada saya, macam mana mula-mula saya tau yang saya ada cyst.. apa tanda-tanda cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya untuk rakan-rakan yang bertanya.. mana tahu dapat membantu awk-awak, rakan-rakan awak, atau saudara mara awak yang senasib seperti saya sebelum terlambat..
- Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
- Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun saya tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan-jalan. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm kan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini..Ini kerana cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
- Kadang-kadang sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yang teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini kerana faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
- Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung.. (perut saya seperti wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit kerana dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yang keluarkan air tersebut.
- Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
- Kadang-kadang pening kepala.. tak selalu..
- Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang-kadang ketulan cyst tu timbul pada perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak, tapi tak bagitau dengan sesiapa sebab takut
Itu tanda-tanda cyst yang saya alami, period saya regular.. untuk orang lain saya tak pasti, kerana hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dengan saya, setiap wanita memang ada cyst, ia bergantung pada aktif atau tidak je..

Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yang bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita orang-orang)
14.2.2018
Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yang ada dlm perut.. doc taknampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awak ni mungkin air kanser!! tergamam sebentar dengar kata-katadoc tu.. (dapat gambar scan dalam perut..BAYARAN RM60)
Tak puas hati dengan result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar)
15.2.2018
Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45)
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dari result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yang tak berapa nak cerah ni. Then kakak ipar cakap, Hety.. ini bukan main-main tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar! Ok seram(BAYARAN free sbb kakak ipar)

20.2.2018
Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya nicancer ok sekali lagi saya dgr perkataan cancer tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)
21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan doc lim.. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup2 pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit. Air dalam perut pun dikeluarkan sikit untuk dibawa ke makmal untuk ujian.. air dalam perut warna merah
Lagi doc kata air warna merah tu air cancer saya menangis dan terus menangis (BAYARAN RM951.25)

26.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim.. Perbincangan dengan doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua-dua ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc.. Doc cakap lagi, kesan-kesan selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lagi”, saya akan manopous”, tulang saya akan cepat reput”, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya.. uarghhh saya menangis lagi depan doc. Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai Saya akur dan redha demi keselamatan diri.
Ya Allah berikanlah kekuatan pada diriku.. Keluar dari bilik doc, call family dan kawan terdekat.. menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yang rasanya payau masin untuk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN)
27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar-sedar, dengar suara sayup-sayupjururawat sambil tepuk-tepukbadan adik, pembedahan dah siap ye.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yang sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.
Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yang lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!! menangis okeh!!
Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya..Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur.. dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom seperti saya.. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jangan pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok.
Sumber: Hety Ezleen
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


