Impian seorang isteri untuk dimakamkan di Tanah Suci menjadi kenyataan bila mana beliau disahkan meninggal dunia berhampiran Kaabah ketika sedang melakukan ibadah umrah.
Kisah yang tular di media sosial ini menjentik hati ramai pihak bila mana banyak perkongsian didedahkan suaminya, Abdelmoniem Elkhateeb yang mendedahkan kebaikan isterinya itu.
Difahamkan isterinya, Heba Mustafa, jemaah dari Mesir itu meninggal dunia akhibat serangan jantung di samping suaminya yang turut berada di sisinya ketika itu.
Allahyarhamah sempat memberi senyuman terakhir sebelum diambil nyawanya berhampiran Kaabah. Tambahnya lagi, isterinya itu pernah berkata dia ingin dimakamkan di Makkah dan kini apa yang diingini menjadi kenyataan.
Abdelmoniem Elkhateeb yang merupakan seorang profesor di Fakulti Perubatan Universiti Assiut Mesir berkongsi kisah pemergian arwah isterinya yang turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Arab Saudi dan juga Mesir.
Ads
“Allah berhak mengambil apa yang Dia miliki dan semua apa yang Dia berikan. Dengan hati yang penuh kesabaran sambil mengharapkan pahala-Nya dan dengan air mata yang berlinang, saya meratapi pemergian isteri, ibu kepada anak-anak, jodoh, peneman, buah hatiku, kebaikanku di dunia, senyumanku, rakanku, dan sahabatku.
“Saya bersaksi kepada Allah, dia adalah isteri yang solehah dan patuh, setia kepada keluarganya dan keluarga suaminya. Dia lurus dan menjalankan peranan sebagai ibu dengan sangat baik,” katanya seperti yang dilaporkan Saudi Gazette.
Malah kongsinya lagi, isterinya itu seakan sudah mengetahui bakal dijemput pergi selamanya malah sempat melemparkan senyuman dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Itulah pertemuan terakhir mereka di depan Kaabah, Masjidil Haram pada Khamis lalu.
“Saat rohnya diangkat naik bertemu Allah dari Masjidil Haram di Makkah, dia sedang berpuasa dan melakukan umrah ketika bulan suci Ramadan. Innalillahiwainna ilaihi roji’un.” tambahnya.
Ads
“Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, dan berikan dia syurga tertinggi, serta berikan kami kesabaran dan kemampuan untuk menahan rasa pedih kerana perpisahan ini,” demikian coretan Elkhateeb.
Posting itu dibanjiri komen netizen yang turut mendoakan agar isteri Elkhateeb meninggal dalam husnul khotimah serta mendapat limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT.
Bermula 17 April ini, murid sekolah rendah di seluruh negara tidak lagi perlu hadir ke sekolah secara penggiliran. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video di Facebooknya.
Radzi berkata, Kementerian Pendidikan menetapkan murid sekolah rendah dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April bagi negeri-negeri Kumpulan A dan 18 April bagi sekolah di negeri-negeri Kumpulan B.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat kelancaran sesi persekolahan secara bersemuka bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lalu.
“Apa yang penting, saya nasihatkan murid-murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.
“Walaupun kita sedang bergerak dari Fasa Peralihan ke Endemik namun, kita masih perlu mengekalkan SOP yang telah ditetapkan khususnya apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran kelak,” katanya.
Katanya, beliau memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan.
Kementerian Pendidikan sebelum ini menetapkan murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 akan hadir ke sekolah secara penggiliran terutama bagi jumlah murid di sekolah melebihi 600 orang.
Bagi sekolah rendah yang jumlah muridnya di bawah 600 orang pula, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Ungku Ismail Aziz berkongsi keadaan terkini Nad Zainal yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
“Ada Waktu Dia Cuba Mahu Bercakap..”
Menurut Ungku, Nad kadangkala cuba mahu menggerakkan bibir untuk bercakap, namun masih tidak dapat difahami butir kata yang diucap olehnya.
“Dia adalah seperti semalam, cuma makin celik, mata laloknya semakin berkurangan. Alhamdulillah.
“Ada waktu dia mahu cuba bercakap, tapi sudah tentu nampak bibir je gerak dan tak faham. Maka selamat meneka apa yang dia cuba nak cakap masa tu.
“Mama Nad dapat teka dia bertanyakan anak dia, Yem. Dan mereka tunjuk video sedikit. We need her to be strong.
“Saya ada bertanya apakah hari ini rasa lebih baik dari semalam, dia angguk. Alhamdulillah,” kongsinya Ungku Ismail.
Perlu Rehat Yang Cukup
Tambahnya lagi, pihak doktor masih mahu Nad Zainal mendapat rehat yang secukupnya untuk mengelakkan kesihatannya terjejas.
“Doktor mahukan dia berehat sepenuhnya, jika dia stress dan struggle banyak, akan menjejaskan laporan harian kesihatan dia, dan langkah pulih seterusnya mungkin akan menjadi perlahan,” tambahnya lagi.
Ungku Ismail juga turut memohon kepada semua agar mendoakan Nad terus sihat, paru-parunya memjadi stabil dan bagus, sesuai dengan waktu ingin extubate nanti. InsyaAllah.
Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan yang cepat dan dapat kembali bersama dengan anak-anak dan keluarganya.
Akibat mengelak seekor ular melintas, seorang ibu yang sarat mengandung meninggal dunia manakala bayinya berjaya diselamatkan selepas motosikal ditunggangi wanita itu terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang Sik-Pedu, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Nor Hidayah Abdullah, 27, menunggang motosikal Honda Wave Alpha bersama seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal di lokasi mendapati motosikal mangsa dipercayai dari arah Sekolah Menengah (SM) Sik menghala ke rumahnya di Bandar Baru Beris Jaya.
Sementara, kereta Perodua Axia dari arah rumahnya di Pekan Sik menghala ke arah Sekolah Menengah (SM) Kebangsaan Sri Enggang untuk mengambil anaknya yang bekerja di situ.
Cedera parah di badan dan muka
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang tidak bekerja dipercayai cuba mengelak seekor ular yang melintas secara tiba-tiba di bahu kiri jalan menyebabkan mangsa memasuki laluan kereta sebelum berlaku pelanggaran di bahagian sebelah kiri kenderaan itu.
“Pemandu kereta yang juga wanita berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Remaja perempuan yang membonceng motosikal itu pula mengalami calar di tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Sik (HS) manakala wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Akibat kemalangan itu mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk muka,” katanya.
Bayi berjaya diselamatkan
Menurutnya, kandungan wanita itu berjaya diselamatkan selepas mangsa segera dibawa ke HS untuk menyelamatkan bayinya.
Abdull Razak berkata, bayi mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mayat wanita itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.