Bukan biasa-biasa namun inilah yang dilakukan oleh seorang bapa terhadap tujuh anak perempuan dan isterinya sepanjang bulan Ramadan ini.
Apa yang dilakukan bapa ini sememangnya harus diberikan pujian. Tak mahu anak dan isteri terlupa berapa hari yang ditinggalkan ketika puasa, bapa ini seperti yang dikongsikan oleh isterinya, Shaeriani A Hamat membuat jadual penuh sepanjang 30 hari.
Semuanya bagi menampakkan dengan jelas berapa hari kesemua anak perempuan dan isterinya meninggalkan puasa kerana haid. Jadi pastinya tiada masalah bila terlupa untuk menggantikannya kelak.
“Bila mana semua anak 7 + mama 1 perempuan, makanya kerja ayah ni bukan senang. Anak-anak tak qada puasa nanti pun ayah yang kena.
“Ala lupa la berapa hari tinggal, lima hari ke enam hari ek. Ala tak payah la ganti dulu.
“Bukan alasan untuk kita tidak gantikan puasa. Bukan alasan tak ingat berapa hari.
Ads
“Ini adalah tanggungjawab kita sebagai seorang hamba terhadap Pencipta.
“Ingat, Qiblat Solat adalah Kaabah, Qiblat Doa adalah Langit.
“Tadah la tangan seluas-luasnya ke arah qiblat memohon doa pada Allah mohon keampunan.
Amalan dan tip kedua ibu dan ayah ini sememangnya harus dipuji. Barulah dapat sama-sama mencari pahala disepanjang bulan Ramadan ini. Seharusnya kita contohi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata amalan yang dilakukan pasangan ini mendapat pujian yang bukan sedikit. Syabas!
Anak sulung selalunya menggalas tanggungjawab yang besar. Ini kerana mereka merupakan anak yang pertama di dalam keluarga. Namun, ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang pengorbanan anak sulung ini.
Jadi, ambil masa fikirkan apa yang mereka sudah lakukan untuk anda dan keluarga dan ucaplah sekurang-kurangnya ‘terima kasih’ atas bantuan dan pengorbanan mereka itu.
Begitu juga contoh pada adik-adik, anak sulung akan jadi ikutan pada adik dibawahnya tak kiralah buat apa sekalipun.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka boleh dijadikan panduan untuk membesarkan anak-anak.
Apa Rania (kakak) buat Aisy (adik) mesti nak tiru. Walaupun ada terdetik dalam hati takut aisy jadi pondan sebab pengaruh kakak tapi sebenarnya ini berita baik.
Aisy boleh belajar hormati kakak. Jika sekarang aisy boleh hormat kakak insyaallah bila dah besar nanti dia tahu hormat wanita.
Kakak role model pada adik !
Masa rania lahir dia memang tak ada pengaruh lain selain mak ayah. Jadi role model rania hanya ada mak dan ayah.
Tapi berbeza dengan aisy. Bukan sahaja mak dan ayah, malah rania juga jadi role model. Bahkan rania sebenarnya role model no-1 aisy.
Buktinya bila,
Adik lebih mudah dengar cakap kakak.
Adik lebih suka bermain dengan kakak.
Adik lebih cepat tiru apa kakak buat.
Adik lebih girang nampak kakak.
Semuanya lebih baik bila dengan kakak.
Tak tahu nak terangkan tapi mungkin kerana jarak umur yang dekat atau sama-sama masih ada otak kebudak budakan maka keserasian mereka lebih terserlah.
Jadi nak tak nak saya terpaksa didik aisy rizqi dengan cara mendidik annur rania.
Bila nampak aisy menendang rania saya ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh bagi aisy tendang rania.
Bila nampak aisy berebut mainan dengan rania saya akan ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh berebut kena main sama-sama.
Bila nampak aisy main mekap rania saya akan pesan pada rania, adik boy tak boleh main mekap.
Begitulah. Nak pesan pada aisy bukan dia faham jadi saya pesan pada rania.
Supaya rania sendiri boleh cakap pada adik dia pesan yang sama bila perkara yang sama berlaku lagi.
Didik kakak sebaiknya, maka adik pun akan terdidik sekali. Mudah mudahan.
Kadang kita lupa. Anak sulung sebenarnya ada pengaruh yang sangat besar pada adik-adik. Yang akan menjaga bonding adik beradik ialah anak sulung, bukan mak ayah.
Jadi kalau nak bonding anak-anak kita kuat dan tak berpecah didik la anak sulung supaya sayang kat adik adik dia.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Siapa anak sulung dia mesti faham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ustaz Ebit Lew, pendakwah terkenal di media sosial telah dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit di telinga kanannya. Telinga kanannya kurang pendengaran dan terasa kepala bergegar seperti gempa bumi.
Menerusi posting Ustaz di instagram miliknya, beliau sempat mendoakan isterinya supaya sentiasa sihat dan kuat dalam perjuangan ini. Malah beliau bersyukur kepada Allah kerana hadirkan isteri, ibu mertua, dan keluarga yang baik untuknya walaupun diri beliau belum cukup sempurna.
Di hospital ni bila pegang tangan bidadari tercinta ini terasa sihat dan kuat..sempat selfie…abang doakan bidadari abang sentiasa sihat dan terus kuat dalam perjuangan ini..semoga kita bercinta sampai syurga.
Bidadariku i love u sangat sampai syurga tau..jangan sedih-sedih…walau telinga sebelah tak dengar dan kepala pening..rasa cinta dan syukur pada ALLAH memilikimu..terima kasih Allah beri bidadari yang sangat baik ini.
Buku Isteriku Bidadari inspirasi dari arwah mak dan dirimu Bidadariku..semoga semua isteri diluar sana sedar nilai dirinya disisi Allah dan agar suami menghargai bidadarinya.. Bidadariku abang sangat bahagia memilikimu. Syukur pada Allah..Allah hadiahkan abang wanita terbaik.. mak paling baik.
Allah hadiahkan abang bidadari paling baik. Allah hadiahkan abang mak mertua yang baik..seluruh keluarga yang baik.. Abang terasa begitu cepat semua ini..banyak lagi kerja agama belum dijalankan..dakwah belum sempurna.
Diri belum sempurna..teringin nak lihat seperti zaman Nabi saw setiap keluarga bawa sunnah dalam rumahtangga. Negara demi negara memeluk Islam. Masjid hidup seperti Masjid Nabawi Zaman Nabi saw..Semoga Allah terus pilih untuk hidupkan Islam ini sampai mati.. Bidadariku, terima kaseh jaga anak yer..walau apa terjadi, terus bimbing anak dengan Islam yer.
Hidupkan Talim dalam rumah sampai bila-bila. Jaga solat awal waktu supaya Allah sayang dan Allah janji jaga kita bila kita jaga solat..terus didik anak dengan tegas dan kasih sayang..jaga aurat dengan sempurna…belajar hidup dengan sunnah dan cinta Nabi saw..jangan tinggal baca Al-Quran setiap hari dan nanti doakan abang yer sampai bila-bila-ebitlew
Walaupun sedang sakit, Ustaz tak putus-putus melahirkan kesyukuran dan sentiasa mendoakan orang di sekelilingnya. Ustaz juga sentiasa mengingatkan tentang dakwahnya, solat dan agama.
Ruangan komen Ustaz Ebit Lew dihujani dengan ucapan supaya ustaz cepat sembuh. Ada juga netizen yang berharap agar mereka dapat pasangan yang baik-baik seperti ustaz dan isteri.
Very seldom, to find husband like you, you are so generous with heart, your wife really luckies
Sungguh indah kata-kata ustaz, andai itu saya dapat dengar dari seorang yang bernama suami…
Semoga cepat sembuh Ustaz, saya suka tengok Ustaz berdakwah
Saksikan rancangan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD setiap selasa, jam 12 tengah hari dan ulanganya jam 9 malam. Episod minggu ini Si Cilik Multi Lingual.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pisah tempat tidur anak bila sampai waktu dan usia sesuai memang menjadi salag satu tuntutan dalam ajaran agama Islam.
Sama ada anak lelaki mahupun perempuan, perlu diasingkan tempat tidur mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah sementelah anak-anak membesar.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk memisahkan tempat tidur anak.
1 – Sediakan satu bilik yang sesuai untuk anak perempuan dan satu bilik untuk anak lelaki.
2 – Hias dan kemas bilik secantik – cantiknya mengikut kemampuan poket anda dan kesesuaian umur anak.
3 – Sediakan katil yang sesuai untuk anak terutama anak kecil yang lasak tidur. Pemilihan katil amat penting di samping untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk anak juga keselamatan harus diutamakan. Sebaik – baik katil yang sesuai ialah jenis “playpen” yang berdinding jaring kain cotton. Kalau katil bayi yang berkayu biasa , saya khuatir keselamatan anak – anak kerana peluang untuk mereka memanjat dan cedera lebih tinggi dari jenis “playpen”.
4 – Untuk anak yang lebih besar, katil kanak – kanak yang sesuai dengan bentuk yang menarik lebih sesuai untuk mereka. Ada berbagai jenis rekaan dan bentuk yang direka khas sesuai dengan jantina dan citarasa mereka. Jika menggunakan katil, kita boleh guna untuk masa yang lama.
5 – Bentangkan cadar yang menarik dengan gambar kartun yang mereka suka. Lebih baik , biar mereka pilih sendiri corak dan warna apa yang mereka suka dengan panduan anda.
6 – Kalau bajet kecil, tidak ada masalah. Bentangkan saja tilam atau comforter untuk mereka.
7 – Pastikan bilik dilengkapi dengan kipas atau aircond kalau mampu.
8 – Pastikan ubat nyamuk dipasang atau diperiksa bilik itu terlebih dahulu kalau – kalau ada semut atau lipas. Jadi di sini, kebersihan amat dipentingkan. Sentiasa membersih dan mengemas bilik anak anda. Sentiasa menjemur tilam dan bantal sekerap yang mungkin. Buka tingkap setiap pagi seluas – luasnya untuk pengudaraan dan pencahayaan semaksima yang mungkin agar segala hama dan virus mati.
9 – Pasang lampu tidur untuk anak. Pilih bentuk yang menarik yang mereka suka. Jangan biarkan anak tidur dalam gelap. Tidur dengan lampu tidur lebih baik sebab kalau anak terbangun dan mahu ke bilik air atau mencari kita, mereka tahu ke mana mahu dituju.
10 – Boleh gantung bintang, bulan atau apa saja bentuk yang menarik di siling. Elakkan gantung binatang seperti ular, buaya , biawak , dinosaur atau sebarang binatang buas. Tidak elok untuk semangat anak – anak.
11 – Buat permulaan latihan untuk anak tidur berasingan dari ibubapa, anda boleh menemani mereka pada malam – malam terawal mereka.
12 – Jangan terlalu memaksa mereka untuk berpisah tidur dari kita.
13 – Temankan mereka tidur dengan membacakan buku cerita kepada mereka. Pilih cerita – cerita yang sesuai seperti kisah -kisah nabi, para solihin dan cerita kanak – kanak sebagai contoh teladan. Bacakan dengan suara yang lembut, perlahan dan membuai rasa mengantuk mereka. Elakkan cerita seram atau cerita kelakar, nanti mereka langsung tak boleh tidur atau mereka akan ajak anda bermain dan bergurau sampai subuh.
14 – Bagi mereka peluk bantal peluk atau teddybear atau apa – apa yang mereka selesa dengannya. Sebagai pengganti diri anda dan peneman mereka tidur.
15 – Bila mereka sudah lena, bolehlah anda beransur dengan perlahan. Suka diingatkan di sini, ada anak – anak yang mudah tertidur dan senang nak dipisahkan tetapi ada yang tersangat susah. Anda harus banyak bersabar kerana anda ibu yang penyayang dan jelita. Teruskan dengan cara ini sehingga berjaya.
16 – Jangan rapatkan pintu bilik anak agar anda mudah mendengar apa-apa bunyi dari bilik mereka.
17 – Sentiasa bangun memeriksa keadaan mereka ketika tidur.
18 – Pastikan setiap tingkap dan pintu bilik air mereka tertutup.
19 – Sebaik – baiknya anda meletakkan pengesan bunyi atau sejenis walkie talkie yang mana alat ini sesuai diletakkan untuk mengesan sembarang bunyi dari bilik anak anda. Anda boleh mendengar suara anak terjaga atau menangis atau mereka memanggil anda dari bilik anda. Tanya penjual bagaimana nak setkan alat tersebut.
20 – Anda boleh bergilir dengan suami untuk meneman dan menidurkan mereka.
21 – Tidurkan mereka awal – awal agar anda ada masa untuk melayan suami atau membuat kerja lain.
22 – Peringatan di sini, jangan letak banyak mainan di bilik tidur anak. Satu dua cukuplah. Setkan di fikiran mereka bilik tidur adalah untuk tidur. Jika tidak sampai pukul berapa pun mereka tidak akan tidur kerana asyik dengan mainan
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.