Beberapa hari ini ramai yang bercerita tentang kejadian yang menimpa Tomok ketika dia keluar membeli-belah di sebuah butik terkemuka apabila anak perempuannya, Siti Khadijah, tertumpah pewarna kuku pada beberapa helai seluar jean dan pakaian di situ.
Mengakui kesilapannya, Tomok handle perkara ini dengan tenang dan membuat ganti rugi kepada butik berkenaan. Namun dia telah memuat naik sebuah video untuk bercerita tentang kejadian tersebut. Tomok juga membuat jualan semula semua seluar jean dan pakaian yang dibayar kerana semuanya tidak sesuai dengan saiznya.
Mendapat pujian warganet kerana Tomok begitu tenang dan tidak melatah bahkan dia faham tentang polisi butik tersebut. Membuat bayaran sehingga hampir RM6000, namun berkat bulan Ramadan dan rezekinya, kesemua seluar jean dan pakaian tersebut berjaya dijual semula.
Rentetan dari perkongsian Tomok, seorang ibu melalui akaun TikTok @rin_zaky berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan penyanyi tersebut.
“Actually apa yang saya nak katakan di sini yang saya pernah mengalami nasib yang sama seperti Tomok.”
Ads
Ceritanya, ketika itu dia dan suami membawa anak mereka ke sebuah kedai permainan. Anaknya yang dipanggil Zidane menghidap Moderate Autism dan ketika itu dia tertarik dengan sebuah kotak yang mengandungi patung-patung askar.
Biasanya anaknya akan diletakkan dalam stroller tetapi pada hari itu, mereka masuk ke kedai permainan terkenal tersebut kerana mahu membelikan mainan untuk Zidane.
“Lepas tu Zidane ada grab satu box tu harganya RM300.Dalam tu ada askar kecil-kecil. Saya memang tak mampu beli tapi Zidane nak sangat sbb dia tantrum. Sebenarnya dia bukan nak pun, dia boleh bertukar kepada toys lain tapi waktu tu dia memang dah tertarik dengan mainan tu.”
Untuk mengelakkan anaknya tantrum lebih teruk, dia membenarkan Zidane untuk memegang kotak tersebut.
“Masa saya nak letak balik tu, dia dah tantrum. Bising sangat. Saya bagi dia pegang dulu sementara nak carikan toys yang lain.”
Ketika dia sudah berjumpa dengan mainan yang sesuai dengan anaknya dan mahu letakkan semula kotak tersebut di rak, dia ternampak yang Zidane sudah mengoyak kotak itu dan menghilangkan salah satu patung askar yang ada di dalamnya.
Ads
Dia dan suaminya terkejut melihat kejadian itu dan mencari patung askar yang hilang di sekeliling tetapi tidak berjumpa. Tidak dapat berbuat apa-apa, pasangan ini terpaksa membayar harga mainan tersebut.
Oleh itu, mereka mengambil pengajaran dari kejadian yang berlaku;
“Lesson learnt, kami keluar dengan anak-anak takkan masuk kedai mahal. Hanya bawa Zidane ke kedai-kedai macam Mr. DIY atau Eco saja. Pernah juga kami bawa Zidane ke sebuah kedai, dia duduk dalam stroller tapi tangan dia mencapai barang display yang bernilai RM100 lebih. Benda tu jatuh dan patah.”
Sewaktu mahu membuat bayaran ganti rugi, pekerja kedai tersebut memberitahu yang barang tersebut sudah tiada dalam stok dan tidak dijual lagi jadi tak perlu dibayar.
“Selepas dua kejadian ni, tak pergi kedai mahal kalau ada Zidane. Kalau nak masuk pun, kami akan pergi weekdays waktu hantar dia ke sekolah. Baru berani nak masuk kedai mahal.”
Di akhir video, ibu ini memberitahu itulah ujian untuk para ibu yang mempunyai anak istimewa. Sebenarnya dalam tempoh nak membesar, memang macam-macam ragam anak.
Ads
Berikut antara komen dari warganet;
Sama ada anak normal mahupun ada autisme, adalah normal untuk mereka tantrum pada masa-masa tertentu. Semoga dengan perkongsian dari ibu ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.
Menerima kelahiran bayi sememangnya cukup menggembirakan namun menjaga segala keperluannya saban hari, memandikan dan menyusukannya tidaklah semudah disangka. Semuanya harus dibantu, tidak boleh dilakukan sendiri oleh ibu berpantang yang masih tidak kuat selepas proses melahirkan anak.
Namun bagi Raf Yaakob, suami kepada pelakon Mawar Rashid, dia langsung tidak merasa kekok apatah lagi merasa terbeban untuk menjaga anaknya ketika berpantang. Dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua suami.
Menerusi instagramnya sebentar tadi, Raf berkongsi sebuah video ketika memandikan bayinya, Raden Seri Rossabella Cinta yang kini sudah pun berusia 2 minggu.
Kata Raf, memandikan bayi ketika dalam waktu pantang sudah menjadi kebiasaan baginya sejak dulu lagi.
“Pagi-pagi, memang tugas wajib papa mandikan @rossabellacinta. Bukan disuruh, tapi dah memang jadi kebiasaan Raf untuk mandikan semua anak-anak Raf waktu dalam pantang,” tulisnya.
Malah bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut berkongsi tip ketika memandikan bayi. Bukan hanya bonding bahkan ia adalah sebagai satu petua untuk anak sentiasa dipelihara kesihatannya.
Malah kata Raf lagi, dia juga sentiasa mengamalkan zikir setiap kali memandikan bayi agar anak-anak sentiasa dekat dengan ibu bapa.
“Sambil mandi, sambil baca doa-doa tertentu supaya baby sihat, tak mudah demam, sakit etc. Kita doa dan usaha saja, Allah Swt jua yang tentukan.
“Lepas mandikan baby, time basah-basah lagi tu, kita hug dia. Biar air mandi dia meresap kat badan kita pulak.
“Sambil hug sambil baca doa, zikir-zikir tertentu dan niat supaya anak-anak sentiasa sayang dan ingat kat kita, rapat dengan kita, dengar cakap ibu bapak dan kita doakan sekali supaya dia menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Insyaa’ALLAH dengan izinNya. Amin,” kata Raf lagi berkongsi.
Malah kata Raf lagi, mengambil tanggungjawab memandikan anak ketika waktu berpantang seharusnya dilakukan oleh semua suami sebagai tanda prihatin ketika isteri masih berpantang.
“Lebih baik bapak-bapak yang mandikan time baby pantang ni. Sebab anak-anak semua Bin kan bapak dia. Plus, kita tolong lah ibu-ibu yang dalam pantang. Diorangkan tak boleh dukung baby lagi.
“3kg+ kira berat lah tu untuk ibu-ibu yang dalam pantang ni,”katanya berkongsi.
Terdahulu, Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rossabella Cinta yang lahir pada 2 Januari lalu. Raf turut mempunyai dua orang cahaya mata lagi melalui perkahwinan terdahulunya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @rafyaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kita yang sedang membesar cukup sukakan aktiviti fizikal. Makin lasak aktiviti makin anak suka. Disebabkan itulah anak lebih suka bermain bersama ayah berbanding dengan ibu. Betul ke?
Menurut penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim, anak-anak sukakan aktiviti lasak yang buat mereka rasa puas bermain. Disebabkan itulah ayah menjadi pilihan terbaik berbanding ibu.
Patut la anak suka bermain dengan ayah berbanding ibu. Ini kerana cara ayah bermain yang sedikit kasar dan lasak dalam games fizikal buat anak rasa lebih puas dan lebih enjoy bermain.
Patut la, memang fitrah kanak-kanak lebih suka aktiviti fizikal berbanding aktiviti berfikir jika main dengan ibu.
Rugi la jika ayah tak luangkan masa bermain dengan anak seawal usia 0-3 tahun.
Ada kajian yang di lakukan oleh universiti di cambridge dan kerjasama dengan Lego Foundation mendapati bahawa anak yang selalu dapat Kualiti Playtime dengan ayah pada usia ini akan membesar dengan sangat sihat emosi dan kelakuannya.
– dia kurang tantrum – dia kurang ganas – dia mahir kawal emosi – dia kurang masalah kelakuan – dia lebih penyayang – akhlaknya lebih baik
Berbanding dengan anak yang tidak dapat langsung kualiti Playtime dengan ayah mereka. Ada hujahnya!
Menurut Professor Paul Ramchandani dari universiti of cambridge, games fizikal yang anak selalu main bersama ayahnya itu membantu perkembangan skil Self-Regulation.
Ini la skil yang bantu anak kita kawal tenaga dia supaya tidak terlalu kasar, kawal emosi dia supaya tidak terlalu cepat melenting dan kawal dirinya supaya jadi cepat matang.
Fuh! Besar sungguh manfaat ayah bermain dengan anak ye. Bukan sahaja manfaat dari segi fizikal tapi dari segi perkembangan emosi juga.
Tapi jujur saya kata, anak anak tak fikir sangat pun pasal perkembangan tu semua. Apa yang diorang fikir cuma satu!
Iaitu nak rasa gembira bermain bersama-sama ayahnya sahaja. Ayahkan sumber kebahagiaan setiap anak anak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.