Keibubapaan

“Dia Nak Masuk Syurga” Bersungguh Tanam Bangkai Burung Mati, Gelagat Anak Shakilla Khoriri Raih Perhatian!

Share

Si comel, Ameena Sofea, anak pelakon Shakilla Khoriri dan juga Fizi Ali ini sememangnya cukup comel malah murah dengan senyuman.

Biar pun baru berusia 4 tahun namun Ameena cukup petah berkata-kata malah begitu lancar sebutannya.

Setiap kali video yang dimuat naik ibunya di Instagram Ameena, ada sahaja aksi comelnya yang begitu menarik perhatian.

Terbaru, video Ameena yang berusaha gigih untuk menanam seekor burung yang mati di hadapan rumahnya ternyata menarik perhatian.

“Pagi tadi jumpa burung mati dekat laman rumah. Rasanya baru mati sebab masih lembik dan bulu masih lembut,” tulis Syakilla pada videonya.

Malah kata Syakilla menerusi perkongsiannya di kapsyen, ia merupakan pengalaman pertama buat Ameena dan berusaha untuk menanam bangkai burung berkenaan dan ia juga menjadi pengalaman paling berharga buat anak kecil itu.

“Pengalaman pertama Ameena jumpa dan tanam burung mati. Semoga baik-baik je.

“Jangan risau takde bersentuhan pun kami anak beranak dengan bangkai burung tu.

“Beringat juga zaman penyakit tersebar dari haiwan ni. Semoga Ameena belajar sesuatu,” tulis ibunya di kapsyen.

Namun paling menarik perhatian pastinya perbualan anak kecil itu bersama ibunya yang mengatakan burung itu pastinya akan dimasukkan ke syurga.

“Dia nak masuk syurga,” kata Ameena dalam videonya.

Comel dan cukup matang walaupun baru berusia tiga tahun. Ameena sebelum ini menarik perhatian ramai bila mana turut mahukan ibu dan ayahnya untuk sama-sama berada di syurga kelak. Anak bijak!

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut anak cilik ini turut teruja dengan wajah comel Ameena sebaik selesai menyelesaikan misinya malah mendoakan yang terbaik buat anak kecil itu.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN