Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih-lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman. Justeru, dia rasa malu dan “terancam” setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan berlaku. Di kalangan rakan sebaya, mereka tidak memperlakukannya seperti mana orang dewasa.
Tambahan lagi, apabila setiap kali ahli keluarga atau orang dewasa yang lain datang menyapanya, sudah tentu anda akan mengatakan “Dia ni pemalu…”, “Pemalu sangat budak ni…”, “Dia ni memang macam ni. Pemalu sangat, tak tau nak buat macam mana…” atau mungkin orang yang datang menyapanya akan berkata “Mana budak cantik ni…”, “Mana budak cantik yang pemalu tu…”. Ia adalah sebahagian kata yang mungkin pernah diucapkan.
Ads
Anak anda sudah memahami kata-kata orang dewasa. Jadi dia rasa malu. Apatah lagi sekiranya anda dan juga orang lain memang melabelnya sebagai pemalu. Mungkin pada asalnya dia tidak tahu pun dia sebenarnya pemalu. Tetapi oleh kerana perkataan itu yang selalu disebut dan ditujukan kepadanya, membuatkan dia telah menyerapkan ke dalam diri. Lalu, dia menganggap yang dia adalah pemalu dan akan berbuat demikian setiap kali bertemu orang dewasa.
Ads
3 tip mengurangkan rasa malu anak;
Jangan disebut-sebut lagi kata-kata seperti, “Adik yang pemalu” atau “Si cantik yang pemalu” dan sebagainya. Jangan sebut panggilan yang mengaitkannya dengan pemalu. Ini akan hanya menguatkan lagi rasa malunya dan dia akan terus berperangai sedemikian. Beritahu juga ahli keluarga dan rakan agar turut sama membantu anda merealisasikan perkara ini.
Jika dikunjungi oleh rakan dan ahli keluarga, teruslah mengajar anak-anak bersalam dengan tetamu dan tidak memanjakannya kerana tahu dia akan menyorok di sebalik kaki ibu. Tetapi jangan memarahi dan meninggikan suara pula. Cukup lah dengan mendakapnya dan hadapkan badannya kepada tetamu dan hulurkan tangannya. Selepas itu ucapkan “Pandai.” atau “ Good girl.” atau kata yang biasa disebut untuk memuji perbuatan baiknya.
Berikan sedikit masa untuknya berubah dan tidak mengharapkan perubahan sekelip mata.
Jangan berputus asa untuk mendidik anak untuk menjadi lebih berkeyakinan. Keyakinan yang ada pada ibu bapa itu pasti akan berjangkit kepada anak anda kelak.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sembunyi-sembunyi untuk pergi kerja memang biasa dilakukan oleh mommy daddy kan? Tapi dalam hati tu Tuhan sahaja yang tahu sedihnya nak tinggalkan anak pergi kerja.
Nad Zainal juga mengalami situasi ini. Semalam dia telah berkongsi video bagaimana anaknya, Fahad Ibrahim, 2 tahun atau Yem menangis apabila mendapati mommy nya ‘hilang’. Bagaimana pun Yem telah ditenangkan oleh daddy nya.
Perkara itu sempat dirakamkan. Tangisan anak kecil amat meruntun hati ibu-ibu. Dilema ibu antara anak dan komitmen kerjaya serta tugas memerlukan kecekalan hati dan ketabahan.
Para follower Nad juga berkongsi hal yang sama dan memberikan tip kepada ibu muda ini agar tabah menghadapi situasi ini. ada yang memuji kecekapan suami Nad memujuk dan menjaga Yem dan tip menenangkan hati ketika melalui keadaan ini.
Pejam celik, pejam celik masuk lima bulan buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah jadi kakak selepas mamanya melahirkan adik lelaki, Umar Abdurrahman
Walaupun dah setahun berlalu kisah Ainul berjaya melalui proses pembedahan, masih ramai yang mengikuti kisahnya hingga ke hari ini.
Melalui perkongsian mama Ainul, Nurul Erwani, nampaknya sekarang Ainul dah semakin panjang akal dengan pelbagai gelagat mencuit hati.
Semakin hari semakin banyak perubahan dari Ainul. Alhamdulillah. Yang paling syukur sekali, Ainul dah tak perlu pakai oksigen lagi. Yeayy! Ainul dah bebas nak bergerak tanpa halangan.
Sekarang tengah fasa ajar Ainul makan dan minum ikut mulut pulak. Ainul pun dah pandai mintak-mintak makanan. Sikit lagi Ainul, Ainul pasti boleh.
Lagi satu yang kelakarnya, Ainul pun dah mula faham dan bezakan mama membebel atau bercakap dengannya.
Menurut mama Ainul, sekarang dia dah pandai tutup telinga bila dengar mama membebel. Tak sempat nak record bila Ainul tutup telinga tu!
Sementara itu, dalam perkongsian walid Ainul pula, Ahmad Safiuddin, Ainul dah makin pandai dan faham setiap arahan serta mula gayakan pelbagai aksi ikut lirik lagu apa yang nak kena buat.
Safiuddin juga bersyukur, melihat perkembangan anak sulungnya membesar dengan sihat dan makin cerdik, serta doa tak putus dari orang ramai buatkan dirinya dan isteri rasa Allah Maha Mendengar apa yang dimintanya sebelum ini dah makin tercapai.
Moga Ainul terus membesar dengan sihat dan dapat menjadi anak kebanggaan walid dan mama!
Kredit: Ig Nurul Erwani & Ahmad Safiuddin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun. Bertenang, ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba.
Lewat pertuturan
Secara amnya, seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun boleh menyebut sekitar 50 perkataan dan bertutur dalam ayat yang mengandungi 2 hingga 3 patah perkataan.
Perbendaharaan kata mereka akan meningkat kepada hampir 1,000 perkataan apabila mencecah usia 3 tahun.
Pada usia ini anak sudah boleh bercakap dalam ayat dengan bilangan perkataan antara 3 hingga 4 patah.
Sekiranya anak masih belum mencapai perkembangan tersebut, mereka mungkin mengalami keadaan lewat pertuturan (speech delay).
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh gangguan pendengaran, neurologi mahupun perkembangan.
Mesti anda tertanya-tanya adakah terdapat petua anak lambat bercakap?
Dalam kebanyakan kes lewat pertuturan akan dapat diatasi dengan berkesan.
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengenal pasti tanda anak mengalami kelewatan pertuturan dan cara mengatasi anak lambat bercakap.
Cara mengatasi anak lambat bercakap: Fahami perbezaan lewat pertuturan dan bahasa
Sebelum kita mengetahui cara mengatasi anak lambat bercakap, ambil tahu perbezaan antara lewat pertuturan dan lewat bahasa (language delay).
Pertuturan adalah ungkapan lisan bahasa dan merangkumi artikulasi iaitu cara kita membentuk bunyi dan perkataan.
Seorang kanak-kanak dengan masalah kelewatan pertuturan mungkin tidak dapat menggunakan banyak perkataan seperti individu seusianya.
Lewat bahasa pula berlaku jika anak mengalami kesukaran memahami apa yang dikatakan individu lain atau tidak dapat menyatakan apa yang difikirkan mereka.
Ini termasuklah secara verbal, bukan verbal dan tulisan.
Masalah lewat pertuturan kanak-kanak 3 tahun
Kemahiran pertuturan dan bahasa bermula sejak bayi.
Seiring peredaran masa, celoteh (babbling) bayi yang tiada makna akan berkembang menjadi perkataan pertama dapat difahami.
Umumnya, lewat pertuturan bagi kanak-kanak berusia 3 tahun adalah apabila mereka tidak mencapai titik perkembangan biasa.
Namun, keadaan itu tidak bermakna ia didasari oleh masalah serius.
Kelaziman bagi kanak-kanak berusia 3 tahun:
Petua anak lambat bercakap: Kenal pasti simptomnya
Sekiranya anak tidak bertindak balas terhadap suara atau bunyi, ia perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor segera.
Dalam keadaan biasa, sukar untuk ibu bapa mengetahui sama ada anak mengambil masa yang lama untuk mencapai perkembangan pertuturan atau bahasa mahupun mengalami masalah tertentu.
Berikut antara tanda yang boleh dikenal pasti jika si kecil mungkin mengalami masalah dan pemeriksaan doktor perlu dilakukan:
Menjelang usia 12 bulan: Tidak menggunakan isyarat seperti melambai tangan
Menjelang usia 18 bulan: Lebih suka gerak isyarat daripada berkomunikasi verbal
Menjelang usia 18 bulan: Berdepan kesukaran meniru bunyi seperti bunyi kucing
Menghadapi masalah untuk memahami arahan ringkas
Berusia 2 tahun: Hanya dapat menurut kata-kata atau perbuatan dan tidak bertutur perkataan atau frasa secara spontan
Usia 2 tahun: Menggunakan bunyi atau perkataan berulang dan tidak dapat menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi lebih daripada keperluan segera
Usia 2 tahun: Tidak dapat mengikuti arahan mudah
Usia 2 tahun: Mempunyai nada suara luar biasa seperti suara kasar atau sengau
Anda disarankan membawa anak untuk pemeriksaan doktor jika pertuturannya sukar untuk difahami pada tahap usia mereka:
Ibu bapa seharusnya boleh memahami sekitar 50% percakapan anak pada usia 2 tahun dan 75% daripadanya ketika berusia 3 tahun
Pada usia 4 tahun, apa yang diucapkan kanak-kanak seharusnya dapat difahami, sama ada oleh ibu bapa ataupun individu luar
Punca anak alami lewat pertuturan
Masalah kelewatan percakapan ini mungkin disebabkan oleh:
Gangguan mulut – Masalah dengan lidah atau lelangit. Dalam istilah perubatan di sebut ankyloglossia (tongue tie), di mana lidah disambungkan ke lantai mulut
Frenulum pendek (lipatan bawah lidah) yang boleh mengehadkan pergerakan lidah
Diagnosis & cara mengatasi anak lambat bercakap
Sekiranya anak mungkin menghadapi masalah, penting untuk melakukan pemeriksaan segera dengan ahli patalogi bahasa pertuturan (SLP).
SLP akan memeriksa kemahiran pertuturan dan bahasa anak melalui ujian standard.
Pakar terapi juga akan memeriksa:
Apa yang difahami anak – disebut bahasa reseptif
Apa yang anak boleh ucapkan – disebut bahasa ekspresif
Pengembangan suara dan kejelasan pertuturan
Status oral-motorik anak – bagaimana mulut, lidah, lelangit dan bahagian lain bekerjasama untuk bersuara, makan dan menelan
Cara mengatasi masalah anak lambat bercakap melalui:
Merawat keadaan yang mendasari
Cara mengatasi anak lambat bercakap: Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membantu anak yang mempunyai kesukaran untuk bercakap.
Berikut antara petua anak lambat bercakap yang boleh dicuba di rumah:
Kesimpulan
Kelewatan pertuturan untuk seorang kanak-kanak bererti mereka tidak dapat mencapai titik pekembangan pada usia tertentu.
Umumnya, keadaan ini bukanlah satu masalah besar kerana anak mempunyai fasa perkembangan yang tersendiri.
Tetapi jika masalah tersebut dialami si kecil anda, usah risau dan bawalah mereka berjumpa pakar.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.