Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad bersyukur tidak pernah mengidamkan apa-apa sepanjang hamil kedua-dua anaknya itu sebaliknya ia dirasai suaminya, Raja Syahiran.
Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina berkata suaminya, Raja Syahiran yang mengalami fasa mengidam sehingga tahap merajuk sekiranya tidak dapat.
“Saya memang tak ada mengidam, teringin benda-benda melampau atau kalau tak dapat boleh merajuk, meleleh air liur. Alhamdulillah.
“First and second pregnancy, sama tak ada mengidam teruk. Cuma selera makan je lain-lain.
“Masa mengandungkan Urhan, selera saya ikut selera Syahiran. Hari-hari nasi kandar pun tak apa. Lepastu langsung tak suka,” kongsinya bercerita.
Tambah Uyaina lagi, dikala dia hamil anak kedua ini, suaminya yang merasai kesemua itu sehingga adakalanya merajuk bila tidak dapat sesuatu yang diinginkan.
“Masa ni Syahiran yang banyak mengidam tahap merajuk cranky kalau tak dapat.
Ads
“Second pregancy lain pula, saya makan semua benda kecuali nasi kandar. Tapi kalau dah terpaksa makan, okay je,” katanya.
Bercerita mengenai kisah ibu hamil mengidam, Uyaina turut berkongsi kisah ibunya yang mengidam makan buah anggur ketika mengandungkan abangnya.
“Tapi bila dengar cerita ummi saya, masa dia mengandungkan abang nombor dua, dia ada mengidam yang sangat pelik. Dia teringin buah anggur.
“Tapi bukan buah anggur biasa, dia mengidam buah anggur dalam dulang hantaran orang kahwin. Allahuakbar.
“Kelakar kan bila cerita pasal mengidam ni,” katanya.
Ads
Terdahulu, Uyaina mengumumkan berita kehamilan anak keduanya sekitar akhir tahun lalu dan bakal menyambut kelahiran anak lelaki kedua pada Mei ini.
Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Raja Urhan yang kini berusia hampir dua tahun.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa seseorang wanita hamil, ada sesetengahnya mengalami kesan regangan kulit. Ia disebabkan perut yang semakin membesar, tetapi tidak semua ibu hamil akan mengalaminya. Biasanya akan dapat dilihat pada trimester ketiga.
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ada menjelaskan tentang hal ini di laman Facebooknya.
Tanda regang yang terjadi semasa kehamilan berpunca daripada regangan fizikal pada kulit dinamakan
Walaupun kulit kita anjal dan boleh mengembang/mengecut, semasa tempoh peningkatan berat badan mendadak, tetapi kulit tak sempat untuk membuat penyesuaian/adaptation.
Jika badan mengembang terlalu cepat daripada kulit, ia akan ‘mengoyakkan’ kulit dan meninggalkan parut, atau tanda regangan
Tanda regangan ni biasanya ada sekitar trimester ketiga kehamilan. Ia bermula dengan garisan-garisan pink atau tanda-tanda di kulit.
Tanda regang akan ‘membesar’ dan jadi lebih panjang dan luas secara perlahan-lahan dan warnanya boleh menjadi semakin pink ataupun ungu Apabila semakin ‘matang’, warnanya mula pudar menjadi putih pucat atau berwarna coklat-coklat.
Tanda ini lepas bersalin akan kurang perlahan-lahan tapi TIDAK AKAN hilang sepenuhnya.
Maka, kunyit dan garam eloklah digunakan untuk masak ayam goreng kunyit, jangan disalahgunakan untuk disapukan pada perut.
Kunyit,asam jawa dan cuka TAK hilangkan parut Striae Gravidarum.
Tidak ada apa yang perlu dimalukan dengan kesan regangan ini. Ia satu tanda pengorbanan anda mengandungkan serta melahirkan anak-anak tersayang. Ketika hamil, anda juga mungkin boleh melakukan amalan ini untuk sekurang-kurangnya mencuba mengelak atau mengurangkan kesan regangan. Tip ini dikongsikan di laman web Baby Center:
2. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran segar, bijirin, biji-bijian dan kekacang. Makanan ini mengandungi nutrien yang dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit anda.
4. Jika kulit ibu tidak begitu elastik, penggunaan krim anti regangan dapat membantu. Ia membuatkan kulit anda menjadi mulus tetapi tidak menghentikan tanda regangan.
5. Ada juga sesetengah ahli terapi yang menyarankan ibu untuk mengambil kapsul vitamin E atau mengoles minyak vitamin E pada kawasan yang bermasalah. Vitamin E sejenis antioksida dan banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan berkahwin pasti mahukan zuriat sendiri. Untuk yang mempunyai rezeki awal, sejurus selepas nikah tidak lama kemudian terus ‘melekat’. Tetapi ada juga pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum dapat memeluk bayi sendiri. Ada pula yang terpaksa berhabis duit dan tenaga serta perlu kuat emosi serta fizikal untuk melalui pelbagai ujian kesuburan.
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil” “Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar” “Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk” “Bro.. Air mani kau tak power kut…”
MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat… Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa..
Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH..
Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan.
Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do’a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya’..
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.
Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Wanita mengandung yang mengidam bukan sengada nak mengada-ngada. Satu keinginan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Keinginan seorang wanita hamil yang dikenali sebagai Wani, mengidam untuk mencium bau tayar menarik perhatian ramai sehingga tular.
Video yang dikongsi akaun TikTok mimiaina1 itu menjadi perhatian ramai memandangkan keinginan wanita hamil yang agak unik daripada kebiasaannya.
Difahamkan ibu hamil ini mahu menghidu bau tayar dan menyatakan hasrat tersebut kepada suami sejak seminggu lalu.
Disebabkan hal tersebut, suaminya, Syafiq telah membawanya ke bengkel motosikal bagi memenuhi keinginannya.
Ujar Wani lagi, pada awalnya suaminya menghalang untuknya melayani keinginan tersebut memandangkan tayar pastinya mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakannya namun terpaksa akur.
“Tapi saya pujuk suami dan beritahunya yang saya nak ambil bau saja,” katanya.
Dia dan suami kemudiannya ke bengkel sebelum tauke di sana bermurah hati membenarkannya membawa pulang tayar berkenaan di rumah.
“Tak sampai lima minit cium pun dan tak sehingga beli pun. Cuma tauke kedai minta kami bawa balik (tayar) rumah dulu kemudian pulangkan apabila sudah berpuas hati.
“Tapi saya kembalikan tayar itu kerana tak nak ada kesan buruk,” jelasnya.
Video yang telah ditonton hampir dari setengah juta itu menerima pelbagai maklum balas, baik positif mahupun negatif.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.