Dalam keterujaan menunggu hari melahirkan anak kelima, lelaki ini terpaksa menerima kehilangan isteri sedang sarat hamil. Dua nyawa hilang sekali gus dalam sekelip mata.
Allahyarham Faridah Md Nayen yang sedang sarat mengandung terkorban dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Langkap – Kampar berhampiran simpang Klinik Desa Tanjung Keramat di Teluk Intan, pagi semalam.
PERJALANAN KE KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN KANDUNGAN
Tiada siapa menjangka perjalanan ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan kandungannya adalah saat-saat terakhir Allahyarham. Allahyarham Faridah menumpang kenderaan jirannya yang turut maut dalam kemalangan tersebut.
DIMAKLUMKAN HANYA KEMALANGAN KECIL
Berita menyayatkan hati itu diterima suami Allahyarham Faridah, Ahmad Ismail, 45, pada 11.30 pagi daripada sepupunya yang memaklumkan hanya kemalangan kecil.
“Sebaik terima panggilan saya bergegas ke Hospital Teluk Intan, namun semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan malam ini.
Ads
Menurutnya, sebelum kejadian isterinya bersama tiga yang lain yang juga jiran sebelah rumah sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Tanjung Keramat menuju ke Klinik Kesihatan Desa Tanjung Keramat terletak kira-kira 1 kilometer.
Gambar hiasan.
ALLAH LEBIH MENYAYANGI
Bapa kepada empat cahaya mata ini reda dengan ketentuan Allah yang lebih menyayangi isterinya dan bayi mereka.
“Saya reda dan terima kehendak tuhan ini. Kami menunggu kelahiran anak kelima namun tuhan lebih menyayangi mereka dan anak itu turut meninggal dunia dalam perut kandungan,” katanya sayu.
Gambar hiasan.
“IBU SEORANG YANG SANGAT PENYAYANG”
Ads
Lebih memilukan ialah apabila anak anak sulung, Allahyarham Faridah, Mohd Firdaus Ahmad, 15 mengatakan ibu yang dikasihi seorang yang sangat penyayang. Ternyata dia tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui selepas kehilangan ibu tersayang.
“Ibu adalah seorang yang sangat penyayang, namun sentiasa tegas dalam pelajaran. Hasrat ibu adalah untuk melihat saya berjaya dalam pelajaran dan arwah sering menasihatkan saya supaya rajin belajar serta mahu saya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lama lagi.
“Saya ingin memenuhi hasrat arwah yang mahu saya memperoleh keputusan cemerlang itu,” kata Firdaus.
Ads
BAYI 8 BULAN ANTARA YANG CEDERA
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, kemalangan mengakibatkan tiga wanita maut iaitu suri rumah, Farah Ain Salim, 19; pesara Fuziyah Sarjuni, 62 dan Faridah Md Nayen, 38 yang sarat mengandung 35 minggu.
Kemalangan membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda Ford Ranger, Suzuki Swift dan Proton Saga itu turut mengakibatkan anak kepada Farah Ain iaitu Nur Afrina Miqaila berusia lapan bulan cedera dan seorang lelaki berusia 43 tahun luka di hidung.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung. (Bantal tungku moden) meletup dekat dengan baby. Nasib baik Tuhan nak tolong lagi,” demikian luah seorang ibu yang terkejut dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini dan nyaris mencederakan bayinya.
Menurut Farah Iqlima bantal tungku elektrik itu sedang dicas tak sampai lima minit, secara tiba-tiba ia meletup dan mengeluarkan cecair lalu terpercik pada dinding dan juga anaknya yang berada berhampiran dengan bantal tersebut.
“Baby menangis-nangis, tokwannya bangun dari sofa. Jarak bantal itu dengan baby tak sampai sejengkal. Terpercik jugalah kat baby tapi tak teruk. Cepat-cepat basuh dengan air.
“Nak moden sangat la guna bantal tungku moden. Tengah-tengah cas nak bagi panas, sekali meletup. Nak kata lama, baru on plug tak sampai lima minit pun.
“Cecair apa dalam bantal ini, nak basuh pun tak tanggal, bahaya. Sesiapa yang ada bantal ini, jangan guna dah. Buang je,” katanya.
Farah menjelaskan, dia berpantang seorang diri dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak kecil dan anaknya yang lain. Sebelum ini dia sudah pernah menggunakan bantal tungku elektrik itu dan tidak pernah mengalami kejadian seumpama itu.
“Guna bantal tungku moden bukan bermaksud membelakangkan cara tradisional. Memang batu tungku itu elok tetapi batu renyah sikit. Nak dipanaskan, kena ambil masa. Itu yang pilih guna bantal tungku moden. Plug in tak sampai lima minit, siap.
“Saya berpantang sendiri saja. Manalah tahu benda ini nak terjadi. Lagipun memang dah biasa guna. Tiga empat kali dah beli dan tak pernah meletup lagi. Tak sangka benda nak terjadi,” jelasnya.
Farah reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Justeru, beliau menasihatkan mereka yang lain mengambil langkah berhati-hati.
Isteri kepada pelakon, Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir berkongsi moment anak keduanya, Fateema Azzahra yang cemburu dengan kehadiran adiknya, Khadijah Alkubraa yang kini berusia 3 bulan.
“Yang kakak jealous dengan baby. Dia kata dia la ‘baby kakak adik’. Semua title dia punya. Yang baby pula very soft hearted. Tercuit sikit je terus cebik nak cry.”
Bekas model muslimah ini juga sempat memohon doa ramai buat ketiga-tiga anaknya sambil menitipkan doakan buat mereka bertiga menjadi anak yang soleh dan solehah
“Doakan Fateema Azzahra Binti Mohd Saharul Ridzwan & Khadijah Alkubraa Binti Mohd Saharul Ridzwan membesar sebagai wanita solehah, baik akhlak sebaik baik namanya. Doakan juga putera kami Muhammad Luth Ali Bin Mohd Saharul Ridzwan membesar sebagai khalifah, pemimpin Islam yang disayangi dan terpuji akhlaknya.”
“Allaahummam-la’ Quluuba Aulaadinaa Nuuron Wa Hik-matan Wa Ahlihim Liqoobuli Ni’matin Wa Ashlih-hum Wa Ashlih bihimul Ummah.”
“Ya Allah, isilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hambaMu yang layak untuk menerima nikmatMu, dan perbaikilah diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka”.
Rata-rata warga maya rindukan telatah Khadijah, ada juga yang terhibur melihat gelagat Fateema tak duduk diam sehingga ibunya tak dapat bergambar dengan baik.
Zinnirah No more gambar perfect utk ibu2 bila dah ada anak kecik 😂.
rosmayati.ismail’s Rindu khadijah dgn her “tricks” dah 😂
Tahniah diucapkan buat pelakon, Safwan Nazri yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Safwan memberitahu anak sulungnya, Cinta Sofia bakal menjadi seorang kakak dan memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan.
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan gembira untuk mengumumkan yang Cinta Sofia bakal jadi kakak tak lama lagi.
“Doakan perjalanan kami dipermudahkan okay,” tulisnya.
Dalam pada itu, Safwan juga melakukan ‘watermelon challenge’ di mana perutnya diletakkan sebiji buah tembikai dan dua biji tomato di dadanya bagi merasai pengalaman sebagai wanita yang sedang hamil.
“Besar weh pengorbanan seorang ibu mengandung ni,” katanya lagi.
Untuk rekod, Safwan mendirikan rumah tangga dengan Lyna Khairul pada 4 Mac 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sofia yang kini berusia setahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.