Ads

“Dia Tak Okay Bila Time Saya Bersalin” Siti Nurhaliza Kongsi Cerita, Datuk K Fobia Tunggu Detik Bersalin!

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini berkongsi kisah menyentuh hati mengenai suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, yang mengalami fobia setiap kali beliau melahirkan anak.

Dalam satu video berdurasi 46 saat yang tular di TikTok, Siti mendedahkan bahawa walaupun suaminya tidak menghalang jika beliau hamil semula, Datuk K tetap trauma untuk melihat proses kelahiran.

“Dia Tak Okay Bila Time Saya Bersalin” Siti Nurhaliza Kongsi Cerita, Datuk K Fobia Tunggu Detik Bersalin!

“Dia okay saya pregnant, tapi dia tak okay bila tengok time saya bersalin. Sebab dia dah fobia,” katanya.

Jelas Siti lagi, Datuk K mula fobia selepas melalui proses bersalin kelahiran anak sulung mereka, Siti Aafiyah.

Malah, ketika kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Afwa, Datuk K kelihatan berpeluh-peluh, berzikir, dan memasang ayat al-Quran di telinga Siti untuk menenangkan dirinya.

Ads

“Dia Tak Okay Bila Time Saya Bersalin” Siti Nurhaliza Kongsi Cerita, Datuk K Fobia Tunggu Detik Bersalin!

“Fobia masa saya lahirkan Aafiyah haritu. Tapi masa Afwa pun Datuk K dah berpeluh-peluh dah saya tengok dekat sebelah saya. Berzikir, pasang ayat al-Quran, baca dekat telinga saya memang dia orang yang paling cuak. Dia dah fobia sangat.

“So Datuk K kata kalau saya pregnant dia okay, masa saya bersalin saja dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah sudah beri saya ang terbaik,” katanya lagi.

Ads

“Dia Tak Okay Bila Time Saya Bersalin” Siti Nurhaliza Kongsi Cerita, Datuk K Fobia Tunggu Detik Bersalin!

Terdahulu, Siti sebelum ini pernah berkongsi mengenai komplikasi serius yang dilaluinya sewaktu melahirkan Aafiyah, malah hampir meragut nyawanya. Pengalaman ini pastinya memberi kesan mendalam kepada Datuk K.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai warganet yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan ini.

Ads

 

@rosmadiothman Dato’ k fobia bila tokti bersalin… #masukberandafyp #foryoupage #fyp #foryou #trending #sitinurhaliza #viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – Rosmadi Othman

Untuk rekod, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Selepas lebih 10 tahun menanti, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Siti Aafiyah, pada Jun 2017, dan anak kedua, Muhammad Afwa, pada Ogos 2020. Kedua-duanya dilahirkan melalui kaedah rawatan IVF (Persenyawaan In-Vitro).

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Ayah Jangan Terlepas Info Ini! STR 2026 Pembayaran Fasa 3...

Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini!  Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.