Benarlah, isteri sukakan suami yang pandai melawak dan kelakar. Biasanya suami begini, pandai bergurau dan ambil hati isteri ketika merajuk. Tetapi, mereka juga ada sifat tanggung jawab yang tinggi serta serius dalam sesetengah hal. Bagi yang mengenali pelawak Atu Zero, pasti tahu sikapnya yang selamba dan suka bergurau.

Artikel Menarik: [Isteri Gembira, Anak-Anak Tak Stres. Seronoknya Bila Ketua Keluarga Jenis Cool & Kelakar]

Rupa-rupanya bukan sahaja di atas pentas, perangai Atu yang suka mengusik ini dibawa sampai ke rumah. Hal ini dikongsikan oleh isterinya, Shafeeqa Johari. kapsyen ini dimuat naik semasa dia berkongsi foto suaminya sedang memegang seekor kambing ketika membuat persembahan dalam sebuah rancangan lawak minggu lepas.

Artikel Menarik: [Masukkan RM5 Dalam Tabung Setiap Hari, Tahu-Tahu Dapat Buat Simpanan Sampai RM4,000!]

IKLAN

“Realitinya di dalam rumah tangga dia @akueatu sebagai seorg bapa dan suami juga berperangai begini.

“Lain yang suruh ambil lain yang kita dapat. Suruh ambil senduk nasi, sudu dia ambil. Janji boleh angkat nasi dia kata.

IKLAN

“Esok nanti jangn ambil salah anak dari sekolah ye b. Aku jerit satu taman kang. Siapa yang mewarisi bapaknya? Tentulah Sumayyah… Pening lah. #realitikehidupan #muzikallawaksuperstar,” tulis Shafeeqa.

IKLAN

Pa&Ma Kongsikan Beberapa Perkara Yang Boleh Buat Isteri Jadi Nak Marah Kalau Suami Asyik Buat Lawak:

Suami Kelakar Boleh Buat Isteri Gembira, Tapi Kadang-Kadang Sakit Hati

  1. Asyik nak melawak sahaja. Bila cakap sikit, nak gelak. Ajak bersembang hal serius pun nak melawak. Boleh buat isteri ‘potong’ nak teruskan perbualan.
  2. Jadikan semua hal sebagai bahan lawak. Langsung tak serius, semua perkara nak dijadikan modal untuk bergurau. Memang perempuan tak suka!
  3. Asyik buat lawak dan ketawa. Tapi bila orang lain cuba buat kelakar, dia jadi hambar. Seolah-olah tak faham apa yang kita maksudkan.
  4. Mengulang lawak yang sama berkali-kali. Kali pertama mungkinlah lucu, tetapi kalau hal yang sama dijadikan lawak boleh hilang sabar jadinya.
  5. Buat kelakar pada waktu yang tidak sesuai. Sedang si isteri mengeluh tentang masalahnya, si suami sedap buat lawak. Waktu itulah keluarnya statement, “Jangan buat lawak bodoh boleh tak?”.

Sumber: Shafeeqa Johari

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI