Diabetes di kalangan kanak-kanak, punca, tanda dan cara mencegah. Diabetes bukan lagi penyakit yang hanya dikaitkan dengan orang dewasa. Kini, semakin ramai kanak-kanak yang didiagnosis menghidap diabetes, sama ada diabetes jenis 1 atau diabetes jenis 2.
Diabetes Di Kalangan Kanak-Kanak: Punca, Tanda Dan Cara Mencegah
Keadaan ini membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup mereka sejak usia muda. Maka sebab itulah kita sebagai ibu bapa perlu mengawal pemakanan anak-anak sejak dari awal lagi.
Jenis Diabetes Yang Menyerang Kanak-Kanak
Secara umumnya, terdapat dua jenis diabetes yang boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak:
Diabetes Jenis 1
*Berlaku apabila sistem imun badan menyerang sel-sel di pankreas yang menghasilkan insulin.
*Kanak-kanak dengan diabetes jenis 1 perlu bergantung kepada suntikan insulin sepanjang hayat.
*Punca sebenar tidak diketahui, tetapi faktor genetik dan persekitaran mungkin memainkan peranan.
Diabetes Jenis 2
*Berkaitan dengan gaya hidup dan sering dikaitkan dengan berat badan berlebihan serta kurang aktiviti fizikal.
*Dahulu, diabetes jenis 2 lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa, tetapi kini semakin banyak kes dalam kalangan kanak-kanak akibat tabiat pemakanan tidak sihat.
Tanda-Tanda Diabetes Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Ibu bapa perlu peka terhadap tanda-tanda awal diabetes supaya rawatan boleh diberikan dengan segera. Antara simptom yang biasa berlaku ialah:
✅ Sering dahaga dan kerap buang air kecil – Badan cuba menyingkirkan lebihan gula dalam darah melalui air kencing.
✅ Penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas – Walaupun selera makan meningkat, kanak-kanak tetap kehilangan berat badan kerana badan tidak dapat menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.
✅ Mudah letih dan lesu – Kanak-kanak kelihatan lemah walaupun mendapat tidur yang mencukupi.
Ads
✅ Luka lambat sembuh – Luka kecil atau lebam mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
✅ Jangkitan kulit dan kulat yang kerap – Contohnya ruam lampin yang berulang atau jangkitan kulat di kawasan lipatan kulit.
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk ujian gula dalam darah.
Punca Dan Faktor Risiko
📌 Faktor Genetik – Jika ibu bapa atau ahli keluarga terdekat menghidap diabetes, risiko anak mendapat penyakit ini lebih tinggi.
📌 Pemakanan Tidak Sihat – Pengambilan makanan tinggi gula dan lemak secara berlebihan boleh menyebabkan obesiti, salah satu faktor utama diabetes jenis 2.
📌 Kurang Aktiviti Fizikal – Gaya hidup yang tidak aktif, seperti terlalu banyak bermain permainan video atau menonton TV, meningkatkan risiko diabetes.
📌 Berat Badan Berlebihan – Obesiti mengurangkan keupayaan badan menggunakan insulin dengan berkesan, menyebabkan rintangan insulin.
Cara Mencegah Diabetes dalam Kalangan Kanak-Kanak
Ads
Mencegah lebih baik daripada merawat. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil.
✔️ Pemakanan Seimbang
Kurangkan makanan bergula dan berlemak tinggi.
Lebihkan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Galakkan minum air kosong berbanding minuman bergula.
✔️ Aktiviti Fizikal Yang Mencukupi
Pastikan kanak-kanak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari.
Galakkan mereka bermain di luar rumah berbanding menghabiskan masa dengan gajet.
✔️ Pantau Berat Badan
Pastikan anak-anak mengekalkan berat badan yang sihat mengikut umur dan ketinggian mereka.
Ads
✔️ Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Jika ada sejarah keluarga menghidap diabetes, lakukan pemeriksaan gula dalam darah secara berkala untuk mengesan sebarang tanda awal penyakit ini.
Diabetes dalam kalangan kanak-kanak bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Ibu bapa perlu berusaha untuk memastikan anak-anak membesar dengan gaya hidup sihat bagi mengelakkan mereka daripada risiko diabetes sejak kecil.
Pendidikan awal mengenai pemakanan sihat dan kepentingan bersenam adalah langkah terbaik untuk memastikan mereka menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti.
Jangan tunggu sehingga terlambat—mulakan perubahan hari ini demi masa depan anak-anak kita!
Amalan tidur bersama bayi (terutama berumur enam bulan ke bawah) harus dilakukan dengan kaedah yang betul, jika tidak ia berbahaya kepada bayi.
Kematian bayi yang mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).
Kombinasi masalah fizikal dan faktor persekitaran di tempat tidur boleh menyebabkan bayi mudah menjadi mangsa SIDS.
Antara faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS ialah masalah dalam otak (akibat belum matang) yang mengawal pernafasan dan bangun tidur bayi tersebut, atau dilahirkan secara tidak cukup bulan, atau dilahirkan tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan tidak dapat mengawal proses bernafas yang betul dan degup jantung tidak menentu. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru juga penyebab SIDS.
Antara faktor tempat tidur yang dikaitkan dengan SIDS ialah bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur, yang menyebabkan bayi ‘ditimbus’ dan tidak bernafas, dan posisi bayi tidur (tidur tertiarap).
Bayi yang tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik juga mengalami SIDS kerana tertindih secara tidak sengaja.
Amalan di barat, tidak menggalakkan ibu tidur sekatil dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan mengalami kurang berat badan dan bayi berusia kurang enam bulan.
Mereka lebih selamat ditidurkan berhampiran ibu tetapi katil yang berlainan.
Bayi boleh mati lemas tidak bernafas kerana berkongsi selimut de¬ngan ibu. Ibu bapa yang terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mungkin akan menghempap bayi dan tidak sedar apabila bayi terjaga dan menangis.
Ibu atau bapa yang merokok juga tidak digalakkan tisur bersama bayi kerana ia mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap rokok yang dikeluarkan dari paru-paru semasa tidur.
Ibu yang menyusukan bayi dan tidur bersama, harus berwaspada kerana ibu mungkin kepenatan dan wajah bayi mungkin tertangkup pada payudara ibu yang tidur kepenatan.
“Tak sangka secepat ini Afia tinggalkan ibu.” Hanya tiga tahun Allah pinjamkan, terlalu banyak momen bersama. Terima kasih Allah pinjamkan bidadari syurga ini.
Tak dapat nak dibayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak dan pergi dulu di saat anak-anak yang sebaya sedang riang membesar.
Namun ketentuan ilahi tiada siapa mampu menolaknya. Ternyata Allah menyayangi Nur Afia Mikayla.
Menerusi perkongsian di TikTok melissajefri, ibu kepada arwah adik Afia, ramai yang tersentuh hati melihat wajah comel anak syurga ini yang pergi selamanya selepas mengalami masalah kesihatan sejak lahir.
Pada 16 Julai lalu, Allah ambil pinjaman untuk ibu ayah Afia ini dengan penuh reda walaupun hati masih sedih. Kini dah tiada kesakitan perlu ditanggung adik Afia.
Apa yang menyentuh hati, anak syurga ini dikebumikan di kawasan perkuburan yang betul-betul bersebelahan rumah keluarganya.
Diharapkan ibu dan ayah adik Afia kuat dan pasti ada yang lebih baik Allah gantikan selepas ini. Bukan mudah untuk menerima kehilangan insan tersayang tetapi ini jugalah tiket untuk ibu ayah Afia ke syurga nanti.
Soalan biasa ditanya oleh ibu menyusu bayi makanan apa yang boleh saya makan supaya tak beri kesan pada anak. Ini kerana ada segelintir ibu dan bayi sensitif dengan beberapa makanan yang mungkin orang lain ok, tetapi tak boleh pada diri sendiri.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom mengenai makanan dan minuman apa yang sesuai untuk ibu menyusu boleh dijadikan panduan.
Akhir-akhir ni, dalam kebanyakan group penyusuan, viral pelbagai jenis minuman dan makanan yang dipercayai boleh boost penghasilan susu ibu.
Apa sahaja yang dikongsi terus dibuat tanpa fikirkan kesan kepada bayi. Ya betul, memang kebanyakan makanan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Tapi kena ingat juga, bayi kita berbeza. Dan kesan alerginya juga berbeza. Ada bayi yang ok2 sahaja. Tapi ada bayi yang dapat side effect dari pemakanan ibu seperti: eczema, batuk, berkahak, kembung perut dan sebagainya.
Jadi, mommies kenalah alert dengan jenis makanan yang diambil sama ada beri kesan kepada bayi atau pun tidak.
Sekiranya mommies perhatikan bayi mengalami alahan, mommies boleh cuba stopkan dahulu pengambilan makanan tertentu selama 2-3 minggu (kurang dari tempoh ini biasanya tidak berkesan). Dan sekiranya kesan alahan hilang, makanan tertentu itulah yang menjadi punca alahan bayi.
Perhatikan jenis alahan yang dialami. Bukan semua bayi mengalami alahan yang sama. Ada bayi bila ibu makan makanan A tak berkahak tapi jadi gassy. Ada bayi lain pula mudah berkahak. Setiap bayi itu unik. Hanya ibu sahaja yang mengetahui perubahan bayi masing-masing.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.