Pada 8 Mac setiap tahun, tarikh ini sangat bermakna kerana ia merupakan sambutan Hari Wanita sedunia. Biapun diraikan secara sederhana berbanding Hari Ibu, tetapi ia tetap memberi impak kepada semua wanita untuk merasakan diri mereka dihargai.

Memainkan peranan yang penting di dalam keluarga terutamanya sebagai seorang ibu, kita harus memandang serius soal kesihatan. Sangat penting untuk kita sentiasa menjaga diri dan membuat pemeriksaan kesihatan.

Doktor Kongsi 5 Jenis Check Up Penting Kaum Wanita Kena Buat, Jangan Abaikan Kesihatan Diri!
Sumber foto: www.freepik.com

Biarpun Hari Wanita telah berlalu, ia bukanlah penghalang untuk kita mengetahui apakah lima saringan kesihatan yang disarankan untuk dibuat. Melalui ciapan di Twitter, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi hal ini;

Pada Hari Wanita ini, mari kita lihat 5 saringan kesihatan penting yang disarankan dilakukan oleh setiap wanita. Ini penting untuk memastikan anda sihat dan dapat menjalani hidup anda dengan sepenuh potensi. Mari kita mulakan thread ini!

1. Pemeriksaan Payudara: Wanita perlu memeriksa payudara mereka sendiri setiap bulan untuk memastikan tidak ada benjolan atau perubahan pada bentuk payudara. Pemeriksaan payudara berkala dengan doktor atau pakar kesihatan juga penting untuk mengesan kanser payudara pada awalnya.

Doktor Kongsi 5 Jenis Check Up Penting Kaum Wanita Kena Buat, Jangan Abaikan Kesihatan Diri!
Sumber foto: www.freepik.com

2. Mammogram: Wanita berusia 40 tahun ke atas disarankan menjalani mamogram setiap dua tahun sekali untuk mengesan kanser payudara pada awalnya. Walaupun ianya tidak menyenangkan, tetapi ianya membolehkan kita mengesan kanser pada peringkat awal, apabila ia lebih mudah dirawat.

IKLAN

Baca Juga:

Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri

“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!

Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil

IKLAN

3. Pap Smear: Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan kanser serviks. Ia perlu dilakukan setiap 3 tahun sekali setelah usia 21 tahun atau mengikut nasihat doktor. Jangan biarkan rasa malu menghalang anda daripada melakukan pemeriksaan ini, kerana ia penting untuk kesihatan anda.

Doktor Kongsi 5 Jenis Check Up Penting Kaum Wanita Kena Buat, Jangan Abaikan Kesihatan Diri!
Sumber foto: www.freepik.com

4. Pemeriksaan Kesihatan Reproduktif: Wanita disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan reproduktif mereka secara berkala. Ini membantu mengesan masalah seperti kista ovari, endometriosis, dan fibroid pada peringkat awal. Ia penting untuk menjaga kesuburan wanita.

5. Pemeriksaan Darah: Pemeriksaan darah berkala adalah penting untuk mengesan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kolesterol tinggi. Pemeriksaan darah juga membantu mengesan masalah kesihatan lain yang mungkin tidak dapat dikesan dengan cara lain.

Jadi, itulah lima saringan kesihatan yang penting untuk wanita. Ingatlah untuk menjaga kesihatan anda dan jangan biarkan rasa malu atau takut menghalang anda daripada melakukan saringan kesihatan ini. Selamat Hari Wanita!

IKLAN

Semoga dengan perkongsian Dr. Kamarul ini dapat membantu kita untuk mengenal pasti jenis saringan kesihatan yang perlu dibuat. Sangat penting untuk kaum wanita memandang serius soal kesihatan kerana ia mempengaruhi kehidupan seharian kita. Segera buat temujanji untuk check up anda okay!

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Doktor Kongsi 5 Jenis Check Up Penting Kaum Wanita Kena Buat, Jangan Abaikan Kesihatan Diri!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI