Ada waktunya, bila anak-anak diajak bersolat, mulalah mengelat dan buat perangai. Menjadi satu kebanggaan bila mana anak mahu bersolat tanpa disuruh mak ayah dan patuh pada perintah agama. Perut terasa sejuk mengandungkan anak-anak kecil ini.
Bagi penyanyi dan usahawan, Dato’Fazley Yaakob, pastinya menjadi kebanggaan bagi dirinya dan isteri bila mana ketiga-tiga anaknya kini sudah pandai mengimamkan solat terawih.
Berkongsi rasa itu di Instagramnya, Dato’Fazley turut memuat naik beberapa keping gambar anak-anaknya ketika bersolat terawih malam tadi.
“Alhamdulilah selesai #tarawih pertama. Malam ini saya dan @azrene_ahmad minta anak-anak saya bergilir-gilir imamkan kami semua sebelum saya akhiri dengan witir.
“Alhamdulilah semua dah boleh jadi suami orang, termasuk saya, eh?,” ucapnya.
Ads
Berkongsi rasa bangga, bapa penyayang ini juga meluahkan rasa terharunya melihat keberanian anak-anak kecilnya untuk mengimamkan solat terawih malam tadi.
Dua orang anaknya, Faried dan Fieradz berganti-ganti mengimamkan solat terawih mereka sekeluarga. Dan tambahnya lagi, malam kedua terawih pula menjadi giliran anak ketiganya, Firudz yang masih dilatih untuk menjadi imam.
Ads
“@fariedzfazley @fieradzfazley Dida is so proud of you! @fierudzfazley tomorrow is your turn ok?,” tulisnya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji cara didikan Dato’Fazley buat keempat-empat orang anaknya malah meyakinkan anak-anak dan memberi keberanian pada anak-anak terutama dalam memimpin solat terawih seharusnya dipuji dan dicontohi oleh ibu bapa lain.
Semoga Faried, Fieradz dan Firudz terus membanggakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Dato Fazley mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene pada tahun 7 November 2007 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Ahmad Faried Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fazleyyaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak bergelar ibu tiga bulan lalu, Elisya Sandha akui ia suatu momen yang sangat bermakna. Menantu Sheila Rusly ini bersyukur kerana puteri sulungnya tidak banyak kerenah selain mudah untuk dijaga.
Menerusi laporan mStar Online, Elisya berkata, pada mulanya dia mengakui perlu mengorbankan waktu tidur tetapi kini Bunga Elhaq semakin memahami keadaan sekelilingnya.
“Ya Allah senang nak jaga dia. Bunga sangat memahami, contohnya macam saya keluar kerja. Dia tak menangis.
“Bila tanya ahli keluarga yang jaga dia, mereka kata Bunga okey je. Alhamdulillah.. dia bukan penghalang untuk saya menyambung karier.
“Waktu seminggu selepas bersalin, agak susah la tak cukup tidur. Sekarang dah besar sikit.. dia faham,” ujar pelakon drama Ratu Ten Pin.
Terbuka kongsi wajah Bunga
Sementara itu, Elisya juga memaklumkan, dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi wajah Bunga untuk tatapan orang ramai di media sosial.
Pelakon berusia 23 tahun itu dan suaminya Uzair Haqimy percaya netizen akan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anak mereka.
“Bagi saya masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je tak nak tunjuk.
“Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana menghadapi hari yang sangat sukar tiba-tiba tengok gambar Bunga mereka rasa senang dan sekurangnya buat mereka tersenyum.
“Saya percaya mereka di luar sana yang melihat Bunga mereka akan doa yang baik-baik sahaja untuk Bunga,” kata adik kepada pelakon Fasha Sandha itu.
Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 serta anak sulung pada 18 Jun lalu.
Rutin harian seorang isteri yang bekerja sememangnya tidak mudah. Masa untuk diri sendiri sememangnya tidak ada. Balik sahaja ke rumah, berderet jadual yang sudah menanti untuk isteri. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk anak-anak dan melayan karenah mereka. Tak meminta lebih, isteri hanya perlukan suami yang memahami dan sudi membantu menguruskan anak-anak bagi melancarkan kerja-kerjanya. Isteri dah cukup bangga kalau punya suami semacam ini.
Perkongsian daripada seorang suami ini, Firdaus Shakirin sememangnya cukup hebat. Pengalaman mengambil alih tugas isteri pada tempoh tiga tahun membuka mata bahawa tugas isteri yang bekerja sememangnya tidak mudah. Balik ke rumah pula terpaksa menguruskan keluarga dan rumah tangga. Inilah realitinya. Disebabkan itulah suami perlu bertoleransi dengan isteri.
“Rutin isteri bekerja dan ada anak kecil…”
Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang dan kesempatan untuk saya melalui rutin tersebut walaupun saya ni seorang suami. Dulu isteri bekerja shif, 12 jam, siang dan malam, dia ada cakap kat saya yang dalam sehari, dia dapat tidur 2 jam je, then malam keje pulak lagi 12 jam. Memandangkan saya keje normal, saya ambik alih tugas jaga anak untuk bagi dia lebih masa untuk rehat lepas balik keje malam.
Anak saya masa tu ada 2 orang, sorang setahun 6 bulan manakala sorang lagi tu 5 bulan…👨👧👦
Rutin harian saya bermula seawal 5.30 pagi 🕠
Bangun tidur, siapkan diri sendiri, bancuh susu, prepare baju anak-anak untuk dihantar ke pengasuh, masukkan dalam beg then angkat anak sorang-sorang masuk dalam kereta…🚗
Lepas antar kat pengasuh, saya p keje, balik saya ambik. Wife keje malam, so tak jumpa. Saya dah ambik siap-siap no telefon kedai makan, saya call dan order untuk makan malam, park je keta, dukung anak-anak, terus ambik makanan. Ada hari isteri masak, ada hari tak. Kalau dua-dua keje pagi, atau dia tak masak, saya memang tapau luar…🍝🥣🍳
Sampai je umah, layan anak-anak jap, then mandi mandi buka pintu ya, tak boleh tutup. Risau anak-anak menangis dan jadi apa-apa kat anak-anak. Adakalanya, anak duduk depan pintu, tengok saya mandi. Mandi ok lagi, bayangkan kalau tengah buang air besar sambil pintu terbuka?
Kadang kadang terpaksa “tahan” dulu, line clear, baru buang…🚽
Ha, takkan sampai macam tu…? Ya, memang sampai macam tu.
Time solat, kadang-kadang sampai 2,3 kali kena ulang solat sebab diorang datang duduk dan berbaring atas sejadah, tarik kain, masuk dalam kain, menangis nak susu dan sebagainya. Nak kata khusyuk tu, saya terus terang, memang tak…🕋
Bila diorang senyap ja, saya pkir, apa la yang diorang buat. Bagi je salam, terus bangun cari anak-anak.
Masa makan, kadang-kadang sempat habiskan makanan, kadang-kadang tak…kadang-kadang makan sekali dengan diorang, letak sorang dalam bakul baby, then sorang lagi bagi dia makan biskut atau suap moi sendiri. Bersepah pun bersepah la, kalau nak tunggu line clear, memang tak sempat makan…anak-anak menangis, mengamuk, mengantuk, buat perangai…
Layan diorang dulu, pastu sambung makan pulak. Kadang-kadang tu makanan dah sejuk, nak makan pun dah tak lalu.
Time tido, yang kecik tu tido buaian. Kena ayun dulu, selawat, zikir bagai nak rak, baru tido. Kadang-kadang sampai sejam berzikir, baru dia tido. Pastu saya tidokan yang sorang lagi tu pulak, yang setahun lebih tu, tepuk-tepuk belakang dia. Bila diorang dua-dua dah tido, saya tak tido lagi, tapi keluar bilik dan kemas umah, basuh pinggan mangkuk. Setel apa yang patut.
Takkan nak tinggal rumah dalam keadaan bersepah.
Baru nak nyenyak, diorang menangis nak susu. Dalam satu malam tu kadang-kadang sampai 3,4 kali jaga buat susu, tukar pampers, tido cukup? Tak pernah cukup, bancuh susu pun sambil pejam mata. Esok pagi jaga, tepung susu terabur merata…kena lap pulak.
Berterusan sampai lah anak ketiga. Sehinggalah isteri berhenti kerja.
Benda ni tak mudah, tak jugak terlalu susah tapi ianya sangat-sangat meletihkan. Saya yang lalui sendiri, dengan kudrat seorang lelaki. Hampir 3 tahun saya jalani kehidupan macam tu, buat rutin yang selalunya seorang isteri buat even weekend pun, jika isteri bekerja, saya kena jaga anak dari pagi sampai malam.
Seharian main dengan diorang, diorang tido, saya tido. Weekend tak rehat la? Dengan anak kecil ni, tiada istilah rehat sebenarnya…🙅♂️
Jangan pandang mudah, jangan pandang rendah, jangan pandang seolah-olah benda ni tak ada apa-apa pun. Cuba buat dulu, then baru tahu mudah ke tak. Baru jaga sejam dua pun, kadang-kadang ada yang dah bunyi, dah marah-marah. Inikan bertahun-tahun kena jaga.
Semoga perkongsian ini dapat membuka mata suami-suami diluar sana untuk menghargai isteri awak-awak semua yang lalui. Apa yang saya lalui untuk membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama, kena berkerja disebabkan faktor kewangan dan ekonomi keluarga…👩💼
Ianya sangat-sangat meletihkan, trust me. But i’m willing to do it again. Pengalaman yang mematangkan kita untuk menjadi seorang suami dan ayah yang lebih baik lagi untuk isteri dan anak-anak.
Semoga bermanfaat…😊
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada September lalu, Maryam You Narae kini sudah pun habis berpantang selama 44 hari. Maryam kini dilihat semakin sihat dan cergas malah sering memuat naik beberapa keping gambar beriadah bersama suaminya, Ryzal Ibrahim.
Biarpun sudah habis berpantang, namun apa yang menjadi kerisauan pasangan Durian Kimchi ini adalah keadaan dirinya dan bayi Rina yang kini sudah tidak punya pembantu.
Prihatin dengan isteri dan anaknya, Ryzal rupanya sanggup menambah pakej berpantang Maryam demi memastikan anak dan isterinya itu terjaga dengan baik.
“Dua hari lagi cukup 44 hari Maryam berpantang. Maryam tanya saya dengan muka sedih, Abang, macam mana kalau Maya tak ada nanti? Habislah kita.
“Saya cakap takpe, nanti abang sambung pakej pantang sayang 2 bulan lagi. Dia terus gembira,” tulisnya berkongsi di Instagram.
Malah menurut kata Ryzal, pembantu mereka yang dipanggil Maya itu sudah begitu serasi dengan mereka malah tidak hanya menguruskan anak dan isteri bahkan ringan tulang membantu semua urusan di rumah.
“Maya ni Confinement Lady, orang yang jaga pantang Maryam dan Baby Rina akan bercuti seminggu, jadi saya dan Maryam kena jaga sendiri Baby Rina selama 7 hari.
“Dengan kesibukkan kerja kami, memang tak sempat nak keluar joging, buat kerja luar dan sebagainya. Jadi, saya ambil pakej pantang 3 bulan setengah,” kongsinya lagi.
Malah kata Ryzal lagi, dia dan Maryam bukan tidak mahu mencari pembantu rumah bagi menjaga Rina tetapi kerana begitu selesa dengan Maya.
“Kami bukan tak nak cari maid tapi susah nak cari sekarang, lagipun kami pun dah selesa dengan Maya ni. Dia buat semua kerja rumah, jaga baby Rina, masak makanan pantang, siapkan mandian herba, bertungku dan mengurut Maryam setiap hari.
“Jadi, kami ada masa nak joging, buat kerja luar, dan keluar beli barang. Kalau boleh nak ambil setahun terus. InshaAllah,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tindakan Ryzal itu dipuji wargamaya. Malah menurut kata mereka, rezeki makin bertambah bila melebihkan isteri dan anak.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tibi kanak-kanak adalah ancaman senyap yang boleh membawa komplikasi serius seperti meningitis dan Tibi Milier jika tidak dikesan awal. Ketahui gejala, risiko dan langkah pencegahan untuk melindungi anak anda.