Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Biasanya seawal usia 1 bulan bayi mula menunjukkan riaksi ekzema pada kulit. Pelbagai faktor penyebab antaranya pemakanan ibu ketika hamil.
Bagaimana ibu boleh memastikan bayi lahir terhindar dari masalah ekzema? Dengan menjaga pemakanan ketika hamil antara salah satu caranya. Ikuti perkongsian ini.
Diet preggy Mommy untuk cegah baby kena Eczema atau hidapi masalah Allergies.
Prevention is better than cure. Kita tak boleh ubah genetik kita, means kalau dah memang genetik asthma, resdung, eczema, psoriasis, there is a tendency keturunan akan datang boleh dapat eczema TAPI ..
Boleh dielakkan 30 % jika kita amalkan lifestyle dan diet yang sihat .. Semua diet sihat . Makan cheese sihat, minum susu sihat, makan biskut jacobs dan koko crunch pon dikira sihat kata smua orang especially TV.
Kena mula amalkan pengambilan probiotic dari pregnant. Bagi yg jenis amalkan probiotic pill sprti Lacto GG, you may proceed .. bagi yg pro natural thru foods macam geng pep .. boleh ambil dari bentuk :
-al manna (setiap hari minum sebotol air 1.5 liter yg direndam 1 sb al manna gred A high quality bukan beli kilo murah2 .
– amalkan makan kimchi atau sauerkraut.. kimchi bleh beli online ..ada ramai malays jual yg halal dan boleh pos . Sauerkraut mudah buat je sndiri ..hris kubis ..basuh bersih. Tabur garam himalaya, masuk tupperware ..simpan peti sjuk ..nak makan nasi je ambil sesudu dua as side dishes.
– makan kentang atau keledek sejuk yang disimpan dalam peti sejuk..boleh rebus or goreng dulu ..boh peti.
Kajian menujukkan ibu genetik eczema boleh elakkan anak yang dilahirkan mempunyai tendency ada eczema jika amalkan rich probiotic diet during pregnancy.
Mommy yg makan real foods during prgnancy boleh elak tendency anak punyai masalah autoimmune sebanyak 60%.
Ads
Avoid susu komersial especially susu anmum, HL, smua yg ada added macam macam sintetik vitamin dan flavours.
Avoid buah kurma melebihi 4 bji sehari. Means bleh mkn 3 biji je. Dilarang buat kudapan kurma semasa mengandung kerana tendency bayi yg dilahirkan miliki kulit alergik dan sensitif sangat tinggi.
(Kurma komersial sekarang banyak yg direndam dan dimasak dengan air gula 😑)
Avoid soya protein drinks but tempe tauhu boleh makan in moderate. Tauhu kebanyakannya ada formalin (ubat tahan mayat dari rosak, eauuuuuwww)
Avoid makanan proses, cheese jenis less than 6 months fermentation mcm mozarella and cream cheese.
Avoid Marjerin, Susu pekat manis, Susu cair. 3 bahan ni memang comfirm penyebab utama masalah allergies semakin meninggi di kalangan bayi sejak tahun 1997 sehingga kini.
Avoid all Fast, Cheap, Easy Foods. Kalau that foods are so easy to get, so cheap to buy, so fast to grab, hahahaha hati hatilah ada banyak ‘racun disebalik mee’ nya dan membentuk genetik tak sihat dalam tubuh anda dan bayi.
Ads
Minum susu kambing organik boleh, preferrably up to 1 glass per day. Sebaiknya amalkan pengambilan magnesium untuk memastikan enough supply of minerals needed for both mommy and baby. Tolong get proper consultation dari Kak Mai Magnesium jika anda pregnant dan nak consume magnesium. Its really good for morning sickness too.
Kalau gugel korang takkan jumpa yg morning sickness boleh diatasi dengan bantuan magnesium ya. Yang pakcik gugel bagitaw, make sure makan biskut lemak jacobs setiap 1 jam untuk kurangkan loya 😂
Bukan susu yang buat anak anda tinggi . This belief has become part of culture and tradition only. Kajian baru semua dah cantas kepercayaan kuno ni. Susu buat anak tinggi Outdated belief already eeauuuuuuuuwwwwww.
In fact, Extra Virgin Olive oil yg dinyatakan dalam al Quran membantu pertumbuhan organ bayi dalam kandungan ibu membentuk dengan sempurna.
Tapi hati hati ia hanya hanya boleh diambil selepas kandungan memasuki 3rd Trimester
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Langkah pencegahan
Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak. Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh. Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim.
Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Subang Jaya Medical Centre, rahim jatuh ialah keadaan di mana tisu atau ligamen yang menyokong organ pelvis seperti rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Ia lazimnya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita yang sudah menopaus. Semakin meningkat usia, maka semakin meningkat risiko rahim jatuh.
EMPAT TAHAP RAHIM JATUH
Pertama: Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu kira-kira 1cm dari dalam ke pangkal rahim.
Kedua: Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1cm daripada pangkal rahim.
Ketiga: Rahim terkeluar melebihi 2cm daripada panjang vagina.
Keempat: Rahim terkeluar daripada vagina dan tidak boleh masuk semula.
11 PUNCA RAHIM JATUH
Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopaus, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya seperti berikut;
Proseskelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum.
Ibu yang melahirkan bayi yang besar (berat melebihi 3.5kg ke atas) atau kelahiran kembar.
Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10cm.
Wanita yang mempunyai ramai anak.
Kerap mengangkat objek yang berat walau pun dalam postur badan yang betul.
Ibu yang mengalami obesiti.
Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan ke arah pelvis.
Ibu yang mengalami batuk yang berpanjangan.
Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi yang menyebabkan batuk yang berpanjangan.
Sembelit yang berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi. Mengikut kajian, bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit pada tahun pertama hayat mereka. Malah, bayi yang menyusu badan juga kurang berisiko mendapat penyakit seperti cirit-birit, pneumonia, bronchitis, sembelit, jangkitan saluran kencing, ekzema dan masalah malnutrisi.
Malnutrisi atau kekurangan zat makanan adalah masalah yang lazim dialami oleh kanak-kanak. Namun, kebanyakan ibu bapa kurang sedar akan bahaya malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan nutrisi dianggarkan berkait dengan 2.7 juta kematian kanak-kanak setahun atau 45 peratus daripada semua penyebab kematian kanak-kanak. Melihat kepada angka ini, tentunya ibu bapa perlu membuka mata dan mencari jalan bagi menangani masalah malnutrisi yang semakin pincang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Bagaimana penyusuan susu ibu boleh membendung malnutrisi kanak-kanak?
WHO dan Tabung Kanak-kanak Negara (UNICEF) menganggarkan lebih 800 ribu nyawa kanak-kanak di bawah usia lima tahun dapat diselamatkan setiap tahun sekiranya penyusuan susu ibu diberikan secara optimal. Ini kerana, pemberian pemakanan yang optimal amat penting semasa dua tahun pertama hayat kanak-kanak bagi mengurangkan morbiditi dan kematian, mengurangkan risiko penyakit kronik, serta menggalakkan perkembangan dan tumbesaran yang sihat.
Konsultansi Pakar WHO telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu. Pertubuhan ini juga menyarankan supaya penyusuan pertama dijalankan dalam tempoh satu jam pertama selepas bayi dilahirkan. Pengenalan kepada makanan pejal bermula semasa usia bayi enam bulan namun, amat disarankan supaya ibu meneruskan pemberian susu badan kepada si manja sehingga usia bayi dua tahun.
Apa yang ada dalam susu ibu?
Bermula lahir sehingga usia bayi enam bulan, ibu perlu menyusukan bayi secara eksklusif kerana susu ibu sudah cukup lengkap dan menepati keperluan nutrisi bayi. Eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu badan sahaja dan tidak diberikan makanan atau minuman lain termasuk air. Penyusuan eksklusif ini memberi banyak manfaat kepada bayi dan ibu, termasuklah menyediakan perlindungan kepada jangkitan gastrousus.
Ibu baru bersalin disarankan untuk mula menyusukan bayi dalam tempoh satu jam selepas kelahiran bayi. Hal ini kerana, susu pertama yang keluar pada ibu adalah yang terbaik untuk si manja. Susu yang dikenali sebagai kolostrum ini telah mula dihasilkan pada hujung tempoh kehamilan dan merupakan makanan yang sempurna untuk bayi kerana mempunyai 400 jenis nutrien, hormon dan kuasa untuk melawan penyakit. Malah, susu semula jadi ini juga mempunyai pelbagai ramuan penting untuk kesihatan bayi yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana susu formula yang terdapat di pasaran. Penyusuan awal ini membantu melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan dan mengurangkan risiko kematian bayi baru lahir. Risiko kematian ini boleh terjadi disebabkan cirit-birit dan jangkitan lain yang boleh berlaku kepada bayi yang tidak diberikan susu badan sepenuhnya ataupun yang tidak diberikan susu ibu langsung.
Susu ibu juga merupakan sumber penting tenaga dan nutrien bagi bayi yang berusia 6-23 bulan. Susu ibu menawarkan separuh atau lebih tenaga yang diperlukan oleh bayi berusia 6-12 bulan, dan satu pertiga keperluan tenaga untuk bayi 12-24 bulan. Susu ibu ini juga menjadi sumber kritikal tenaga dan nutrien semasa sakit, dan mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan.
Justeru, pemberian susu ibu yang optimum merupakan pencegahan awal kepada masalah malnutrisi kanak-kanak, selain memberikan kesan positif sepanjang hayat terhadap kanak-kanak dan ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.