Kepiluan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kereta yang dipandunya secara tidak sengaja menyeret anak lelaki bongsunya yang berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kanak-kakak berkenaan maut di Jalan Ketapang, Taman Rinting, Masai di sini.
Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, apabila kereta yang dipandu wanita itu bergerak dari rumah keluarga untuk berniaga makanan ringan berhampiran sebuah sekolah.
Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menjangka anak bongsunya daripada lima beradik berada di dalam rumah.
Katanya, ketika kejadian bapa mangsa turut berada di rumah.
“Ibu mangsa yang memandu PERODUA Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu lebih 10 meter ke hadapan.
“Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menjangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun amat menyayatkan hati apabila anaknya itu tidak dapat diselamatkan.
“Ibu mangsa pilu dengan apa yang berlaku dan sebagai wanita dan rakan wanita berkenaan saya dapat merasakan perasaan kepiluan dan trauma dialaminya,”katanya.
Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia pada awalnya menjangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.
Menurutnya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan tidak bermaya.
“Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar, anak masih di dalam kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi.
Suasana pilu turut menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), apabila ibu mangsa turut membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.
Ads
Malah beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.
“Ketika ibu mangsa memandu bergerak dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.
“Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Perlu Berwaspada, Peka Keadaan Sekelililing
Dalam hal sebegini, mencari kesalahan sesiapa bukanlah penyelesaiannya walaupun ia dikira kecuaian ibu bapa itu sendiri.
Ads
Di sini pentingnya sikap berhati-hati. Kejadian nak berlaku sekelip mata sahaja tapi kita sebagai orang dewasa mungkin perlu lebih beringat dan berwaspada.
Sikap suka tergesa-gesa memandu kereta keluar dari rumah menyumbang kepada kegagalan ibu bapa untuk memastikan keadaan sekitar berada dalam keadaan selamat sebelum menggerakkan kenderaan.
Sikap semula jadi kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.
Memang sifat semula jadi kanak-kanak yang berasa teruja jika melihat ibu bapanya. Tidak kurang ada juga kanak-kanak yang begitu aktif dan agak nakal.
Namun, ini bukanlah alasan bagi kita untuk membiarkan mereka tanpa sebarang pengawasan.
Zon buta
Faktor luaran seperti keadaan kereta dan persekitaran juga dilihat antara yang boleh menyumbang kepada kes-kes kemalangan sedemikian.
Ads
Sekiranya kenderaan tidak dilengkapkan dengan alat pengesan undur kereta, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengenal pasti objek yang berada di belakang.
Ini ditambah pula dengan keadaan enjin kereta yang berbunyi bising sehingga tidak dapat mendengar suara lain di sekeliling.
Zon Buta kenderaan turut perlu diambil kira dalam memastikan keadaan di sekitar kenderaan selamat.
Sumber: BH Online & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama menunggu kehadiran bayi lelaki, akhirnya pada kelahiran kali ketujuh baru Allah makbulkan doa untuk dapat juga seorang anak lelaki setelah enam anak sebelum ini semuanya perempuan.
Bagaimanapun, yang istimewanya bagi pasangan suami isteri ini adalah anak lelaki mereka dilahirkan pada Hari Raya Aidil Adha lalu dan dinamakan dengan nama Putera Muhammad Aidil Adha bin Mohd Aidil Fitri.
Suami lahir pada Hari Raya Aidilfitri
Kebetulan pula ayahnya bernama Mohd Aidil Fitri kerana dilahirkan pada hari raya Aidil Fitri. Nama yang sangat unik dan ibaratnya raya bertemu raya.
Menurut Puan Nor Sadrina Shaari, 33, ibu kepada Putera Aidil Adha, kelahiran ini sangat istimewa kerana baby memang lahir ikut tarikh jangkaan bersalin. Ketika hari pertama Hari Raya Aidil Adha tu dah mula turun tanda. Masuk hari ketiga raya iaitu betul-betul duenya, keluarlah anak lelaki yang ditunggu.
“Ini berikutan kakak-kakaknya juga dah tak sabar nak adik lelaki. Umur anak sulung saya 10 tahun, anak kedua meninggal, anak ketiga umur 6 tahun, anak keempat umur 5 tahun, anak kelima meninggal, anak keenam 2 tahun dan yang ketujuh berusia 2 bulan,” katanya.
Sebelum lahir, tak terlintas nama Aidil Adha
Kongsinya lagi, nama yang diberikan kepada anak lelakinya ini tak dirancang pun. Sebelum itu memang tak terfikir sebab semua kakak-kakanya lahir awal iai 2 minggu sebelum due. Lagipun memang dah siap ada nama lain. Tapi tak jangka kali ini bayi nak keluar masa hari raya juga.
Ketika saya beritahu suami dan ahli keluarga yang saya pilih nak namakan Aidil Adha, masing-masing ingat saya bergurau. Sedangkan masa tu saya betul-betul serius. Lepas minta izin dengan suami dan dia pun setuju kami sepakat letakkan nama Aidil Adha.
Bersama kakak sulung
Bagi saya nama ini baik maknanya dan setakat dilahirkan, Aidil Adha anak yang sangat mudah dijaga dan membesar menjadi anak kebanggaan suatu hari nanti.
Bersama kakak nombor 6
Sementara itu, Nur Sadrina juga berkata, selain suami dan anak lelaki yang dilahirkan pada hari raya, anak yang ketiga juga lahir pada bulan puasa. Kami juga telah memilih nama Puteri Seri Rahmadhani Atherra. Dan saya sendiri juga dilahirkan pada 25 Disember iaitu Hari Krismas.
Apa yang saya rasa beruntung sangat, walaupun orang tengok anak saya ramai dan masih kecil, tapi bila bab menjaga adik, kakak-kakak sangat bertanggungjawab dan semua berebut nak jaga. Syukur alhamdulillah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini, ramai yang bersimpati dengan anak bongsu Shuib dan arwah Siti Sarah kerana tidak sempat merasa kasih seorang ibu. Malah ramai pihak serta rakan artis yang menawarkan diri ingin menjadi ibu susuan kepada Ayash Affan.
Bagaimanapun, Shuib menjelaskan bahawa dia lebih selesa sekiranya ibu susuan kepada anaknya itu tergolong dalam kalangan ahli keluarganya sendiri kerana untuk masa depan Ayash bila besar nanti.
Bahasakan panggil ‘Ibu’
Menerusi perkongsian video di TikTok, Hidayah Abdullah yang merupakan adik ipar kepada Allahyarhamah Siti Sarah yang kini dikatakan bertanggungjawab menjaga Ayash Affan, dia berkongsi perasaan teruja dan sedikit gementar walaupun dah ada anak sendiri.
Walaupun, dia tidak melahirkan Ayash Affan dari rahimnya, namun Hidayah akui bahawa dia lebih suka membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’ meskipun agak kekok apabila berada di hadapan keluarga besar mereka.
Bila sembang berdua dengan Ayash, aunty suka bahasakan diri aunty ‘ ibu’. Ayash pun anak aunty. Walaupun bukan dari rahim aunty.
Tapi aunty kekok nak bahasakan ‘ibu’ depan keluarga.
Ujarnya lagi, dia bersama Allahyarhamah Siti Sarah sering membahasakan diri mereka sebagai ibu apabila bercakap dengan anak-anak.
Video berdurasi 20 saat itu meraih lebih 814 ribu tontonan dan mendapat lebih 74 ribu tanda suka di TikTok.
Ayash ibarat anak ketiga saya, sayang macam anak kandung sendiri. Menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan Ayash terus mendapat kasih sayang yang tak berbelah bahagi biarpun tak sempat mengenali ibunya sendiri.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak kenal Ustazah Shadiya Abbas yang terkenal sebagai pendakwah dan sentiasa aktif melakukan program-program amal bersama suaminya. Namun pemergiannya secara mengejut jam 5.05 pagi (5 April) benar-benar dirasai oleh semua.
Menerusi perkongsian di Facebook suami arwah, Ustaz MK Azman, beliau memaklumkan jenazah arwah kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk beberapa prosedur sebelum ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.
Meninggal sebab sesak nafas
Innalillahi wainna ilahi rojiun..
Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan telah meninggal dunia jam 5.05am sbb sesak nafas (asma).
Terpaksa buat ujian Covid untuk pastikan positif atau tidak
“Berat hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di Hospital Sungai Buloh ini. Oleh kerana kematian musim Covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan result tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.
Jadi jenazah akan disimpan dahulu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah saya kuat kecuali jika anda call saya. Doakan yea sahabat² sekalian..
Sementara itu, menerusi perkongsian dari teman seperjuangan arwah ramai yang terkejut dengan pemergian pejuang Islam ini tanpa sebarang tanda.
Apa yang cukup menyentuh perasaan, nukilan oleh Ustaz MK Azman sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 tahun pada 30 Mac lalu adalah yang terakhir untuk arwah Ustazah Shadiya.
Pemergian arwah pasti akan dirasai oleh ketiga-tiga anak arwah yang masih kecil dan belum puas bermanja lagi. Difahamkan anaknya yang ketiga paling rapat dengan arwah ustazah.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..”
Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Ustazah Shadiya Abbas.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.