Kelengkapan anak, ada yang mahu ditambah? Barangan bayi yang bakal lahir masih belum cukup?
Selama empat hari ini, bermula 28 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017, anda boleh realisasikan hajat itu dengan mendapatkan harga promosi barangan bayi kerana diskaunnya sehingga 50% di butik Fiffy, seluruh negara.
Produk yang ditawarkan termasuklah pakaian bayi, kelengkapan mandian bayi dan kanak-kanak; aksesori bayi, pam payu dara, alat mainan dan banyak lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan semua yang anda ingini pada harga menarik, selagi stok masih ada. Kena cepat tau!
Ads
Di Kuala Lumpur, anda boleh berkunjung ke butik Fiffy di Lake Field, Sg Besi. Manakala di Selangor, ada beberapa lokasi yang menempatkan butik ini. Anda boleh pergi ke Sekinchan, Bandar Botanik, Klang; Taipan USJ, Telok Panglima Garang, Batang Kali, Kapar, Sungai Buloh, Kuala Selangor dan Sri Gombak.
Ads
Ads
Di Negeri Sembilan pula butik ini terletak di Seremban 2. Di Johor pula anda bolehlah pergi ke merata lokasi seperti di Johor Jaya, Sutera, Kluang, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.
Hari ini iaitu 11 November 2017, beribu-ribu barang dijual murah-murah. Ia menyaksikan satu lagi fenomena dalam urusan beli-belah secara online. Kebanyakan laman membeli-belah terkenal akan menawarkan harga murah yang ‘kaw-kaw’.
Antara yang dikhabarkan akan melakukan jualan secara besar-besaran termasuklah Shopee, Lazada dan 11st. Inilah masanya untuk anda membeli-belah barangan dan kelengkapan anak-anak. Jom kita jenguk apa yang ditawarkan oleh setiap satu laman membeli-belah terkenal ini.
Shopee
Kebanyakan barangan akan diberikan diskaun sehingga 90%. Malah ada juga yang dijual pada harga serendah RM11. Barangan-barangan itu termasuklah barangan berjenama terkenal seperti Nestlé , Maybelline, OPPO, Lux dan banyak lagi sempena pelancaran 11.11 Shopee Super Sale!
Pada tarikh keramat 11 November ini juga anda boleh melihat Shocking Sale sebanyak lima kali pada harga durian runtuh! Apa lagi, jangan lupa lawati laman web Shopee ya.
Lazada
Di laman web Lazada pula ada ditawarkan baucer berkod bernilai 11% keseluruhan dengan maksimum diskaun RM15 pada promosi revolusi online 11.11. Penebusan ini hanya sah laku pada 11 November 2017! Anda perlu cepat kerana ia ditawarkan untuk 10,000 pengguna sahaja.
Selain daripada itu, ada juga Lazada Gift Card yang sah pada tarikh 11 November 2017 sahaja. Wow!!! Jom hadiahkan diri sendiri dengan kad ini. Jadi bolehlah anda berjimat seboleh mungkin sambil membeli-belah barang sendiri dan anak-anak di sini. Namun, anda perlu ingat bahawa kad ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana Lazada Gift Cards atau baucar atau promosi di dalam satu pembelian.
11street
Bagi yang membeli-belah di 11street dan berbelanja minimum RM80, anda bakal dapat Kupon Bonus bernilai RM11. Namun yang demikian, kupon ini cuma boleh dimuat turun oleh pembeli yang baru pertama kali berurusan dengan 11street.
Antara lain, terdapat beberapa syarat lain penggunaan kupon seperti sah untuk pembelian produk tertentu, boleh digunakan sekali sahaja, perlu digunakan pada hari yang sama ia dimuat turun, tidak boleh digunakan untuk kategori tertentu dan tertakluk kepada syarat pembelian. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat yang dinyatakan di dalam baucar berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Webinar keibubapaan percuma, speaker-speaker hebat, rugi tak daftar kerana ia adalah percuma. Ini adalah Webinar kerjasama Pa&Ma dan 9 bulan 10 hari khusus untuk para ibu bapa.
Webinar keibubapaan ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan para ibu bapa di luar sana ilmu-ilmu menjadi ibu bapa hebat perkongsian daripada panel-panel yang sememangnya dikenali dalam menyebarkan ilmu keibubapaan.
Webinar keibubapaan terbesar ini membariskan panel-panel hebat seperti Ustaz Don, Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dato’ Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin, Dr Afida Sohana, Dr Shah, Nazira dan Broku.
Webinar Aku Tak Takut Beranak yang akan berlangsung pada 27 Jun 2021 (Ahad) bermula seawal jam 8 pagi hingga 10 malam akan mengupas pelbagai topik keibubapaan yang terkini.
Antara topik-topik menarik yang akan dikupas oleh para panel adalah seperti
Webinar Aku Tak Takut Beranak Mesti Dihadiri Semua Ibu Bapa
Untuk menjadi ibu bapa hebat mendidik anak-anak hebat, ibu bapa perlu membekalkan diri dengan ilmu keibubapaan daripada pakar-pakar yang hebat.
Bermula sejak kandungan hingga mendidik anak bukanlah tugas yang mudah di zaman serba mencabar ini.
Ayuh semua ibu bapa masih ada peluang untuk anda rebut peluang menceduk ilmu-ilmu keibubapaan ini. Webinar ini memang tak rugi untuk dihadiri.
Setakat hari ini sudah hampir 3000 orang peserta mendaftar menyertai webinar ini.
Selain mendapat ilmu, peserta yang mendaftar juga berpeluang menang pelbagai hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan.
Selain daripada mendapat pelbagai ilmu bermanfaat daripada panel-panel, peserta yang sedang hamil turut berpeluang merebut promosi menarik mendaftar sebagai Pa&Ma Moms To Be Vip Member (MTB) Vip Member di www.momstobe.majalahpama.my
Moms To Be ialah komuniti khas untuk ibu hamil mendapatkan informasi yang tepat tentang kehamilan, kelahiran dan persediaan ibu selepas melahirkan bayi dan penjagaan anak.
Ibu hamil yang mendaftar sebagai MTB Vip Member pada hari webinar berpeluang menyertai sesi Virtual Doktor Online secara eksklusif bersama Pakar O&G, Dr Maiza Tusimin.
Dengan bayaran yuran hanya RM20 MTB Vip Member mendapat keistimewaan berikut:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pam payudara bebas tangan memudahkan para ibu superbusy tidak kira sama ada yang bekerja di pejabat atau di rumah. Pam payudara adalah keperluan mesti ada bagi setiap ibu menyusu.
Terdapat banyak pam payudara di pasaran. Pasti ramai ibu menyusu keliru apa kriteria utama yang mesti dipertimbangkan apabila memilih pam payudara.
Sebelum terpengaruh dengan pelbagai tawaran promosi menarik jenama pam payudara, ibu perlu mengambil kira beberapa perkara penting ini:
Bagaimanapun kebanyakan ibu menyusu mempunyai saiz antara 17mm ke 28mm bergantung kepada ukuran mereka. Kenapa penting ibu menyusu mendapatkan saiz yang betul sebelum membeli pam payudara?
Ia untuk memastikan areola tidak tidak disedut kuat yang boleh menyebabkan luka pada puting atau mengurangkan pengaliran susu ibu.
Dalam dunia moden serba maju, sudah tentu ibu menyusu juga perlu menaiktaraf pam payudara yang lebih berteknologi dan memudahkan. Contohnya penggunaan pam payudara bebas tangan yang membolehkan anda mengepam di mana-mana tanpa dilihat oleh orang lain.
Kenapa ada ibu menyusu sakit puting setiap kali mengepam?
Pernahkah anda mengalami situasi yang tidak selesa ini? Ia hanya akan mengakibatkan ibu rasa tertekan untuk meneruskan tugas mengepam susu.
Ia berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya adalah:
Oleh itu adalah disarankan ibu memilih pam payudara yang mempunyai tahap penyesuaian yang lebih banyak supaya kekuatan perubahan vakum tidak terlalu tinggi dan menyebabkan kesakitan.
Kelebihan memilih pam payudara bebas tangan
Kini ramai ibu milenial yang menyusukan anak lebih selesa memilih pam payudara bebas tangan yang ternyata mempunyai kelebihan dan memudahkan berbanding pam payudara konvensional.
Dengan lebih mudah dibawa ke mana-mana, senang, bersaiz padat, ibu menyusu tak perlu lagi menggunakan coli khas untuk tugas mengepam susu. Ibu boleh terus masukkan sahaja ke dalam coli, mula mengepam dan teruskan tugas harian anda seperti biasa.
Jika anda sedang mencari-cari pam payudara rekaan moden bebas tangan, Arley adalah jawapannya. Arley kini menawarkan produk terbaharunya versi dinaik taraf iaitu Arley Z10 plus.
Ia mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar dari 800 mAh hingga 1000 mAh, kini mempunyai 12 tahap mod ekspresi dan mengurut berbanding hanya 9 mod pada versi yang lama. Ini menjadikan ia lebih mudah disesuaikan mengikut keperluan ibu.
Dari dual mode, Arley Z10 Plus telah dinaik taraf menjadi tri-mode iaitu ia dilengkapi dengan mod mengurut, ekspresi dan juga mod auto – Mod automatik adalah urutan dan ekspresi.
Ia akan dimulakan dengan mod mengurut dan secara beransur-ansur meningkat dari tahap 1-6. Selepas tahap 6, ia akan beralih ke mod ekspresi dari tahap 7 hingga 8 dan tetap di tahap 8 sehingga sesi berhenti secara automatik selepas 30 minit.
Melihat kepada kriteria yang ada pada Arley Z10 Plus, ibu tak perlu rasa ragu-ragu lagi untuk memilihnya. Ramai ibu menyusu daripada kalangan frontliner yang sentiasa sibuk mengakui pam payudara Arley banyak membantu memudahkan urusan mengepam susu ibu.
Tak kira sama ada ketika sedang merawat pesakit atau berada dalam dewan bedah, mereka cuma perlu selit sahaja pam dalam coli dan bila tiba masa mengepam, on sahaja butang mengepam.
Arley Z10 Plus membantu ibu menyusu untuk multi task tugasan harian. Sambil pam susu, bolehlah bermain dengan si manja, memasak mahupun bekerja. Mudah, selit & pam sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kicap untuk anak perlu dipilih dengan teliti kerana sesetengah produk mengandungi gula, garam dan bahan tambahan yang tinggi. Ketahui panduan memilih pilihan yang lebih sihat untuk si kecil.