Waktu PKP isi masa lapang anak di rumah dengan menggalakkan dia bermain permainan yang mencabar minda.

Ada banyak pilihan mainan yang papa mama boleh sediakan untuk anak. Kenapa penting untuk kita galakkan anak-anak sedang membesar bermain permainan mencabar minda?

Dalam fasa anak sedang membesar, mereka sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi selain ingin mencuba sesuatu aktiviti yang baru dan mencabar. Adakalanya sikap ini membuatkan mereka sukar untuk duduk diam dalam tempoh masa yang lama.

Bahkan untuk menyuruh si kecil fokus terhadap sesuatu juga sangat mencabar ibu bapa. Jadi, dengan mendedahkan mereka pada permainan mencabar otak, ia sebenarnya salah satu cara untuk membantu meningkatkan tahap fokus anak.

Isi Masa Lapang Anak Di Rumah Dengan Permainan Mencabar Minda

Terujanya set LEGO NINJAGO baharu

The LEGO Group mengalu-alukan semua masters of Spinjutzu untuk meraikan sedekad jenama LEGO NINJAGO dengan pelancaran set LEGO NINJAGO baharu dan musim baharu siri tersebut di televisyen.

Ramai kanak-kanak membesar dengan siri televisyen LEGO NINJAGO dan LEGO NINJAGO Masters of Spinjitzu, di mana Master Wu dan ninja Kai, Cole, Zane, Jay, Lloyd dan Nya telah mengajar pelajaran bernilai tentang kehidupan, sementara menggunakan kemahiran ninja yang berani untuk melawan kekuatan jahat.

IKLAN

Dalam kehidupan di mana ramai kanak-kanak dan orang muda sentiasa merasa tidak selamat dan tekanan yang kuat untuk memenuhi harapan, NINJAGO mengajar peminatnya bagaimana menguasai kemahiran ninja atau “Be Ninja” dalam dunia sebenar.

Isi Masa Lapang Anak Di Rumah Dengan Permainan Mencabar Minda

Ia mengajar nilai inclusivity, persahabatan, keyakinan dan sentiasa percaya pada diri sendiri. Menerusi cerita dan moralnya, selain pengalaman membina dan bermain, NINJAGO secara positif telah mempengaruhi peminatnya dan membantu mereka menunjuk arah jalan menjadi dewasa dan menghadapi cabarannya.

LEGO NNINJAGO beri keseronokan dan pengajaran

Kalau anda tak ada idea nak beli mainan mencabar minda untuk anak, LEGO ada pilihan tepat untuk anda. Mainan LEGO NINJAGO menawarkan keseronokan dunia aksi fantasi di mana kanak-kanak yang suka berimaginasi boleh bergabung dengan hero-hero ninja mereka dalam pertempuran yang tiada pengakhiran untuk mempertahankan NINJAGO City.

IKLAN

Peminat ninja dan rakan-rakannya boleh memilih untuk bermain dengan koleksi mainan bangunan yang luas termasuk ‘mechs’ yang kuat, kapal terperinci dan ‘superfast jets.’

Untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas, mereka pasti seronok dengan binaan LEGO NINJAGO Final Flight of Destiny’s Bounty, set permainan kapal yang menyeronokkan, dilengkapi mainan jet ski dan naga, sebuah pulau lengkap dengan penjara.

Isi Masa Lapang Anak Di Rumah Dengan Permainan Mencabar Minda

Untuk kanak-kanak yang sudah besar berusia lapan tahun ke atas, mereka boleh berseronok bermain LEGO NINJAGO Water Dragon. Mereka juga boleh memilih set LEGO NINJAGO Temple of the Endless Sea atau LEGO NINJAGO Hydro Bounty.

IKLAN

Isi Masa Lapang Anak Di Rumah Dengan Permainan Mencabar Minda

Isi Masa Lapang Anak Di Rumah Dengan Permainan Mencabar Minda

Tonton siri baharu LEGO NINJAGO di televisyen

Bagi peminat siri televisyen LEGA NINJAGO jangan lepaskan peluang menonton musim ke-3 yang boleh ditonton di LEGO YouTube bermula sejak 18 Jun lalu.

Sementara musim ke-3, bahagian 2 siri televisyen LEGO NINJAGO yang terdiri dari 16 episod telah pun disiarkan di Netflix pada 1 Julai 2021.

Saluran Cartoon Network di Astro juga akan menayangkan siri ini setiap Sabtu bermula 17 Julai 2021, jam 3.45 – 4 petang.

LEGO NINJAGO kini boleh dibeli di semua LEGO Certified Stores, LEGO Official Store di Lazada, Shopee, LEGOLAND, serta semua department stores di Malaysia.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI