Sungguh menyayat hati! Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat terjatuh dari balkoni di tingkat 18, Blok B, Kondominium PV10, Jalan Danau Saujana 2, Setapak , Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan daripada orang awam yang menemui mangsa sekitar jam 2 pagi.
“Mangsa seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun tinggal di salah satu unit di tingkat 18 kondominium tersebut. Mangsa telah jatuh dari balkoni tingkat 18 bangunan tersebut.
“Siasatan awal mendapati mangsa dibiarkan tidur bersendirian tanpa pengawasan manakala ibunya telah keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, semasa kejadian, penghuni lain di kediaman terbabit sedang tidur di bilik masing-masing dan tidak menyedari mangsa ditinggalkan bersendirian.
Ads
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan di lokasi kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak).
“Pihak polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai yang masih ingat kejadian yang sungguh menyayat hati berlaku pada arwah adik Afiq yang diperlakukan tanpa perikemanusiaan oleh suami pengasuh sendiri sehingga meninggal dunia.
Terbaru menerusi perkongsian ibu arwah adik Afiq, dah sebulan anak syurga ini pergi menghadap ilahi. Walaupun begitu, perjuangan untuk menuntut keadilan demi Afiq akan diteruskan.
Melalui luahan hati Puan Robiatul Adawiah, dia menceritakan kronologi kes yang berlaku pada anaknya dari awal dapat berita tentang Afiq tak sedarkan diri sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.
27/5/21 genap sebulan peristiwa yang paling menyayat hati kami sekeluarga. Kat bawah ni wasap suami saya dengan pengasuh. Wasap 27/4 malam, 28/4 baru balas. Saya cuba call, tapi telefon dia tutup. Sikit pun dia tak tanya keadaan anak saya.
27/4/21 pada pukul 3.44pm saya masih di tempat kerja dapat satu panggilan dari pengasuh (IDA) “biey, datang Hospital Sungai Buloh sekarang, Afiq tak sedar”.
Dengar je anak tak sedar dunia gelap tiba-tiba. Kawan satu office je tahu macam mana saya waktu tu. Terus call suami, pergi terus ke Hospital Sungai Buloh menaiki motor. Bayangkan masa tu tengah hujan kami redah je. Kenapa la hospital yang paling jauh kau bawa. Hospital yang dekat ada, KJMC, PPUM, Hospital Shah Alam semua ni dekat dengan rumah. Saya tinggal kat Lembah Subang, dia pergi hantar Hospital Sungai Buloh.
Dah la jauh lepas tu Hospital Sungai Buloh ni khas untuk pesakit Covid sahaja. Dah tengok anak saya dah tak bernyawa kenapa dia tak terus call saya? Boleh dia cakap dia tak terfikir nak call saya. Sepanjang-panjang perjalanan dari rumah ke Sungai Buloh boleh kau cakap tak terfikir nak call aku??? Aku Ibu dia Ida. Apa yang kau cakap ni Ida??? Lepas doktor terima anak saya baru dia call saya.
Anda baca sendiri la wasap yang dia cakap kalau call ambulance lambat. Apaa??
Jadinya kereta kau lagi laju dari ambulance ya. Hebat!!!! Bayangkanlah kami pergi naik motor pun tak boleh nak cilok, jem sangat. Dia yang naik kereta tu macamana. Ke kereta boleh terbang? Waktu puasa start pukul 1 memang jem sangat-sangat.
Lepastu kau cakap laki kau buat CPR. Oh, pandai ya penagih dadah buat CPR. Sampai je Hospital Sungai Buloh dengan yakinnya kau cakap anak aku masih ada. Macam kau pulak doktor.
Jantung dah berhenti masa sampai hospital
Jumpa jer dengan nurse, nurse cakap tak boleh masuk nak tengok baby. Kami video call je dengan doktor kat dalam nak tengok anak. Terima kasih doktor bagi kerjasama. Doktor cakap masa dia terima anak saya tu jantung dah berhenti. Lepas buat CPR 10 minit baru ada balik. Entah dari pukul berapa lagi jantung anak saya berhenti. Yang serahkan baby kepada doktor tu laki dia ya, bukan pengasuh. Entah mana kau Ida masa tu.
Lepas nurse ambil semua detail dengan saya dia masuk ke dalam. Ida bagitahu nak pergi tengok anak kat laki dia kat bawah. Nurse keluar tanya mana pengasuh? Saya call Ida tanya kat mana? Tanpa rasa bersalah cakap dah kat bazar Ramadan. YA ALLAH, yang tengah kritikal tu anak asuhan kau, bukan anak kucing.
Otak dah rosak sebab oksigen tak sampai
Malam tu doktor scan cakap otak baby dah rosak sebab oksigen tak sampai. Luluhnya hati kami. Alhamdulillah, tengah malam doktor bagi masuk untuk jaga baby tapi atas risiko sendiri sebab kami dikelilingi dengan pesakit covid kat zon kritikal. Hati ibu mana tak sedih tengok anak dah tak bergerak penuh dengan wayar.
Adik tak pernah sakit, tak pernah demam tiba-tiba tengok adik dah tak bergerak macam ni. Mana tak meraung ibu dengan ayah. Malam tu kami bergilir-gilir jaga sebab salah seorang je boleh masuk.
Tak sempat kami buat report, doktor dulu buat report sebab tak tahu punca lagi kenapa anak saya jadi macam tu. Tengok la apa pengasuh tu cakap, dia tak tahu kenapa tiba-tiba tak bernyawa. Padahal laki kau yang bunuh. Laki kau pun buat macam orang tak tahu apa-apa.
Afiq tiada respon, doktor minta izin cabut alat pernafasan
Pagi 28/4 kami balik sekejap untuk tukar pakaian. Datang balik pukul 7 lebih. Doktor bagitahu tiada perkembangan yang baik dari semalam. Jantung adik makin lemah, darah makin kurang. Dah bagi ubat yang paling kuat, tapi tiada respon. Doktor berbincang dengan kami, untuk tak nak bagi baby sakit lagi kami terima doktor nak kurangkan 1 per 1 ubat.
Lepas kurangkan ubat, doktor cakap ambil masa lama lagi kalau macam ni, kesian baby. Doktor nak cabut alat bantuan pernafasan, kami redha. Pukul 12.18pm 28/4/2021 Muhammad Afiq Rizqin pergi meninggalkan kami. Masa ni kami masih tidak tahu punca kematian anak syurga kami.
30/4/2021 selepas bedah siasat baru terbongkar segalanya. Anak kami lemas sebab mulut dan hidung ditutup dan di saluran najis ada kesan koyakan sebab diliwat. Kami redha dengan ujian ini tapi kami akan fight untuk anak syurga kami.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Tenang menerima takdir
Menerusi instagramnya, Bella Astillah dengan tenang memaklumkan bahawa dia dan Aliff sudah pun berpisah selepas segala urusan di mahkamah selesai.
Kekecewaan terhadap suaminya nyata tidak dapat dibendung lagi apabila Aliff berlaku curang berkali-kali terhadap dirinya walaupun sudah mempunyai seorang zuriat berusia 2 tahun.
Bella juga turut berkongsi perasaan lega apabila urusannya dan bekas suami, Aliff Aziz dipermudahkan dan dia reda jodohnya bersama Aliff hanya seketika.
Cuma buat masa sekarang, Bella mengharapkan doa dari semua agar dia dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Apa yang terjadi adalah takdir Allah. Bella terimanya dengan positif dan hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.
“Kakak Masih Ada Keluarga. Besarkan Ayden Jadi Anak Soleh.” Pesanan Bapa Buat Bella Saat Diuji Allah
Susah senang hanya keluarga yang tahu
Memahami derita yang ditanggung oleh Bella, bapanya Agastillah telah memuat naik kata-kata semangat kepada anak sulungnya dalam menghadapi dugaan mencabar ini.
“Ayah doakan anak ayah baik-baik sahaja biarlah orang nak cakap apa kakak masih ada keluarga yang selalu di belakang kakak…” – Ujarnya.
Bapa Bella juga mengharapkan anaknya itu mampu menghadapi ujian ini dan terus kuat untuk membesarkan Ayden supaya menjadi anak yang soleh.
Menerusi muat naik status Bella kenalan dan juga teman rapat keluarga Bella Astillah turut mendoakan agar wanita itu sentiasa kuat dan bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.
Sumber: ig Bella & Agastillah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib menyatakan yang dia tidak akan basuh telekung kegemaran arwah isteri, Siti Sarah untuk selama-lamanya kerana itulah yang menjadi kenangan dan pengubat rindu buatnya.
Tak akan basuh telekung putih arwah
Walaupun jasad isterinya sudah tiada, hanya barang-barang peribadi termasuklah telekung berwarna putih yang sering dipakai oleh arwah isteri menjadi peninggalan yang amat berharga untuknya.
Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahuakbar.
InsyaAllah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana.
Dalam proses untuk sesuaikan diri tanpa arwah
Dalam pada itu, pelawak berusia 37 tahun ini turut memberitahu bahawa kehilangan isterinya bagaikan mimpi tetapi dia sudah mula untuk menghadapi realiti pahit berkenaan.
Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada.
‘Dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami’
Ujarnya lagi, dia menyifatkan anak keempatnya, Ayash Affan sebagai hadiah yang paling berharga daripada arwah Siti Sarah.
Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami.
Nak cari bibik baru untuk urus rumah tangga
Sementara itu, Shuib juga menyatakan dia masih sedang membiasakan diri meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Menurut Shuib, akibat sudah terbiasa dengan kehadiran pembantu rumah, dia telah tersasul menyebut nama semalam ketika sedang menguruskan pakaian anak-anak. Namun, hakikatnya beliau sudah meninggal dunia.
Saya rasa banyak sangat yang janggal. Selama ini hal rumah atau anak-anak, Siti Sarah dan bibik yang uruskan. Sampai nak cari baju anak pun saya terpanggil bibik. Padahal bibik saya pun dah meninggal dunia.
Saya tengah mencari bibik baru, kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.
Anak-anak mudah cakap
Tambah pemilik nama Shahmira Muhammad, selepas ketiadaan Siti Sarah, anak-anaknya menjadi seorang yang mudah mendengar kata.
Bagaimanapun katanya, kerinduan terhadap Siti Sarah tetap ada kerana mereka pernah bertanya soalan ‘cepumas’.
Anak-anak jadi ikut cakap. Mereka faham ibu sudah tiada dan tidak balik ke rumah lagi. Sekali saya cakap misalnya suruh solat terus mereka lakukan. Kalau tidak, dulu nak suruh mandi pun berjam jam.
Tapi, sesekali mereka akan bertanya juga soalan mengenai ibunya. Paling membuatkan saya tersentuh apabila mereka menyatakan kerinduan terhadap ibu. Luahan itulah yang membuatkan saya ‘koyak’. Insya-Allah, saya akan kuat dan cuba untuk jadi kuat.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.