Memandangkan aktiviti untuk anak bermain di luar rumah agak terhad sekarang ni atas faktor masa dan keselamatan, kebanyakan ibu bapa lebih selesa untuk anak berada dalam rumah.
Melainkan jika hari cuti hujung minggu atau cuti sekolah baru ibu bapa dapat merancang aktiviti menarik untuk anak seperti bawa ke pantai, taman permainan atau bercuti ke mana-mana lokasi percutian menarik.
Disebabkan kekangan ini, masa anak-anak lebih kepada televisyen atau gajet. Jadi aktiviti untuk sensori agak kurang dilakukan. Bagaimanapun, jika ibu bapa kreatif, sebenarnya ada aktiviti santai yang mudah dan sangat bermanfaat untuk anak-anak.
Perkongsian Puan Natrah Mohd Isa ini boleh anda cuba untuk anak-anak dengan buat sendiri pasir daripada tepung gandum.
Ads
DIY MOON SAND
2 kg tepung gandum
2 cawan minyak kelapa
1 botol pewarna
Alhamdulillah tak dapat pergi pantai pun tak apalah, dapat anak-anak main pasir kat rumah. Pasir ni selamat kalau termakan pun, cuma masih perlu pantau rapi dari ibu bapa ye, sebab choking hazard.
Main pasir ni elok untuk anak-anak punya sensory skill ye. Lagi best kalau ada mainan pasir macam ni.
Ads
Oh ye! kalau nak tahan lama, elok microwave kan dulu dengan suhu sederhana kira-kira 15 minit. Lepas main boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Kita biasa mendengar kes buli yang berlaku melibatkan remaja dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan kes dibuli adik-beradik sendiri, adakah ia normal atau tidak?
Dibuli adik-beradik
Cabaran utama bagi penyelidik adalah untuk menentukan sama ada isu yang wujud adalah konflik biasa antara adik-beradik atau lebih menjurus kepada buli. Ini kerana terdapat perbezaan pemahaman mengenai “tingkah laku buli” pada guru, doktor dan pakar kesihatan awam dengan apa yang difahami oleh ibu bapa dan anak-anak.
Umumnya, buli ditafsir sebagai satu tingkah laku yang tidak diingini dan agresif. Ia melibatkan ketidakseimbangan kuasa dan pengulangan yang disengajakan. Salah satu cara terbaik untuk mengenal pasti isu buli adik-beradik adalah melalui tiga komponen buli.
Tiga komponen itu adalah ketidakseimbangan kuasa, tindakan yang sengaja dan tingkah laku berulang. Dalam erti kata lain, apabila konflik adik-beradik ini terlibat dalam panggilan nama, penghinaan atau penyindiran, intimidasi, penderaan fizikal dan tingkah laku berbentuk penganiayaan adalah dikira sebagai satu keadaan dibuli adik-beradik.
Isu pembulian adalah satu perkara yang tidak normal. Tiada adik-beradik yang perlu menjadi mangsa penganiayaan dan dibuli adik-beradik yang lain.
Kesan buli
Sering kali, kes buli antara adik-beradik dianggap sebagai isu remeh oleh kebanyakan ibu bapa. Tetapi tindakan sebegitu sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, terutamanya kepada individu yang dibuli.
Dibuli adik-beradik sebenarnya boleh mendatangkan kesan bahaya kepada individu yang dibuli sama seperti mangsa buli di taman permainan. Dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Pediatrics, menyatakan kesan individu yang dibuli sama ada oleh abang atau kakak adalah sama seperti dibuli rakan sebaya.
Adakalanya kesan dibuli adik-beradik adalah lebih teruk. Ia bukan sekadar memberi kesan ke atas harga diri. tetapi ia akan kekal dalam diri mangsa buli untuk tempoh panjang yang mungkin memakan masa bertahun-tahun. Keadaan ini sekali gus menjejaskan status rumah yang sepatutnya dianggap sebagai sebuah tempat yang selamat.
Jangan ambil mudah
Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memandang remeh isu ini. Anda harus mengambil tindakan menyelesaikan isu ini atau ia akan berlarutan sehingga memberi kesan yang lebih serius kepada anak yang dibuli.
Jika anda menyedari ada di antara anak anda dibuli oleh abang, kakak atau adiknya, cara yang terbaik adalah untuk berbincang secara bersemuka melibatkan anak yang dibuli dan anak yang membuli. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik demi keharmonian keluarga anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika terdapat bilik kosong di rumah anda, apa kata anda transform bilik tersebut menjadi bilik teater atau panggung wayang mini?
Menerusi perkongsian di facebook, kita dapat lihat bagaimana bapa ini menggunakan bilik kosong untuk dijadikan panggung wayang mini. Pastinya dengan panggung wayang mini di rumah akan menjadikan pengalaman menonton drama dan filem seperti berada di pawagam.
Ikuti perkongsian bagaimana membuat pawagam mini ini dan mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk anda buat juga di rumah!
Mini Home Cinema untuk Quality Time dengan anak-anak, Macam ni anak-anak mesti suka kan .
Boleh buat se-simple mungkin tapi kena ada beberapa item macam ni
Projector yang mudah sekarang mostly guna Android Projector sangat mudah nak operate dan sangat functional.
Kalau nak feel tu betul-betul macam cinema kena ikut la guna cat dinding kaler gelap..baru best.
Projector dah ada, White screen pun kena ada. But ada je option lain contoh pakai cat dinding kaler putih dah memadai.
Kids tent..benda ni anak-anak suka kalau ada, boleh sedia tent macam ni.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak mengidamkan anak-anak yang berilmu dan beradab. Paling penting sudah tentulah kita mahu anak-anak kita menghormati guru-guru mereka. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik supaya murid-murid menggunakan akal dengan bermoral.
Setiap ibu bapa mengimpikan dan mengharapkan anak-anak mereka, mempunyai akhlak yang baik, mendengar kata, tidak melawan ibu bapa dan taat akan suruhan agama. Cara guru dan ibu bapa mendidik mungkin berbeza.
Mudah-mudahan kita dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang perihatin.
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangka.
2. Bukan anak kita seorang sahaja dalam kelas itu.
Kita di rumah paling banyak anak 6- 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Bayangkan kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam itulah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tidak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Karakter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tidak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tidak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tidak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tidak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tidak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru lah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 -7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-Quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tidak apa. Asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Justeru itu, berlapang dadalah. Ilmu itu bukan bilangan “A”. Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Sumber: Sekolah Rendah Islam Alor Setar (Facebook)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!